CSS

Tuesday, March 6, 2012

Muffin Pandan Eggless (Eno)


Assalamualaikum..

Sapa lapor Muffin? Nah amik satu sorang muffin. Bekas kecik je ye.
Tak leh makan banyak2, nanti obes cik siti pulak.
*cakap kat diri sendiri*
Sebenarnya dah lama saya simpan resepi muffin ni dari MyR.
Cuma tak de kompiden nak buat lagi. Tapi lepas kak Dayang Jack buat, terus semangat.
Tapi cari2 Eno, tak jumpa pulak.
Terus lupa hajat dihati, tup tup bebaru ni terjumpa Eno elok je lepak dalam peti es.
Terus je godek muffin yang sangat gebu n sedap ni.




Bila dah letak eno dan tunggu 5 minit tu, adunan ni jadi mcm apam. 
Kembanggg gitu.
Macam adunan apam yg diperap 2-3 jam tu.
Sebab tu kalau kukus dia akan lagi moist dan gebu.
Tapi saya suke bakar sebb rangup kat atas gebu kat dalam.
Terima kasih kak Dayang sebab mengtestimonikan muffin ni. Hehhe.
Dan tq to Joayee untuk resepi mabeless ni. 



MUFFIN PANDAN EGGLESS (ENO)


Bahan-bahan ( 6 )
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula 
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan minyak masak 
1 cawan santan pekat (kurangkan sedikit kalau santan cair)
1 sudu besar Andrews Liver Salt/antacid or di malaysia- ENO
sedikit perasa Pandan + Warna hijau 

Cara-cara:
1.Campurkan bahan kering (tepung, gula, soda bicarbonat, baking powder) ke dalam satu bekas.
2.Campurkan bahan basah (santan, minyak, colour, perasa pandan) ke dalam satu bekas yang lain.
Masukkan (2) ke dalam (1), sambil dikacau dengan garpu.
Akhir sekali, ayakkan Andrew Liver Salt/ ENO. Kacau dengan garpu, biar sebati, tapi jangan terlebih kacau.
Rehatkan 5 minit.( cukup masa untuk ENO bertindak mengngeluarkan bubble)- mungkin tak berapa nampak, tapi mixture akan kurang likatnya.
Masukkan ke dalam bekas muffin, bakar selama 30 min, 160 deg C.


Untuk perasa lain boleh try contoh di bawah.
***Actually kukus lagi best kalau nak try option di bawah. kalau bakar kering sgt la pulak.
OPTION1: @Banana Muffin@: 2 biji pisang size kecil, 3/4 cawan susu soya [x]
OPTION2: @Apple Muffin@: 4 sudu besar Bramley apple source, 3/4 cawan susu soya
Dari resepi ni, macam-macam perasa boleh buat. Selamat mencuba.





21 comments:

Gee® said...[Reply to comment]

wah wah wah...!! tayang mapin segala yer...geram tau...

ummiakid-lily said...[Reply to comment]

nampak gebus mapin itu...dh lama gak memapin...mcm diseru² jer...

Mas said...[Reply to comment]

baru je td tayang kueh teow skrg dh menu muffin pandan eno plak. Bak lah seketul dua...lapar ni hihihihi

Mas said...[Reply to comment]

sayaaa nak mapin tu...
tapi 10 ketoi...baru kenyang..

spekk mata tu...
amboiiii...he3

DjDayang Jack said...[Reply to comment]

wahhh! comeynyaaaaaa! suke! suke!..
Izah, akak baru dpt blogging ni..tp x lame skjp je guna line umobile ade laju byk...ekeke.
rindu kat izah n mapin2nya...jgn lupe anto ke BA sedozen ye...hehehe

Sally Rashid said...[Reply to comment]

love u lah izah..kebetulan saya tengah cari2 resepi muffin untuk tempahan majlis pertunangan Ahad nanti.....

IeRA said...[Reply to comment]

Salam IZah...

Iera ni pun hantu mapin juga ni...

ady said...[Reply to comment]

as-salam Izah
These look fabulous and wonderful!

sitiezahim said...[Reply to comment]

wah wah lawo gambo...sepek siapakah yg kaler merah dan itam itu? hik hik hik

Ucu Faridah said...[Reply to comment]

petang2 mcm ni mmg sesuailah kita berjiran izah....bak mai 3 ketui..lapar ni..

Rohah said...[Reply to comment]

Dah lama kak tak memuffin Izzah..teringin sgt bila nengok muffin ni..

mimie said...[Reply to comment]

lorrrrr....sedapnya mapin nih.....da lama x mkn mapin...bak sni skit Jahh...ujan2 mkn sodappp...

Tina Othman said...[Reply to comment]

jengah2 apa mapin lah pulak, tak penah lg buat muffin sebab......

tak reti nak agak letak adunan brp byk dlm cup tu

Chah said...[Reply to comment]

mmg ratu mapin...warnanya memikat kalbu la jahh...eh cik kak, eno simpan dalam peti es eh??

ummiaisyah said...[Reply to comment]

pes taim dengo ni izah....mapin eno..hebat ratu mapin!

mama sara nur said...[Reply to comment]

assalam izah
sedap nih muffin pandan he he
pestime gak ni dgr muffin letak eno, yg penting sedap,lembut gebus kan izah..
dekat2 leh mintak sikit kan hi hi

RADIOKITA said...[Reply to comment]

salam, sekiranya tidak menjadi keberatan, dapatlah kiranya dimasukan code html radiokita kedalam blog ini ..
terima kasih

http://radiokita-malaysia.blogspot.com

#Siaran RADIOKITA boleh didengar melalui blog anda apabila siarannya on air.

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Izah

wahh..mesti rasanya sangat berbeza ni kan, naik gebulah ni kalau ada guna eno Jah. satu resipi yang baru, simpan dulu resipi ya Jah tq :)

Diana @ Melley Mey said...[Reply to comment]

akak x perna lg buat muffin yg bubuh eno nie.. mmg nampak menarik ler resipi nie.. muffin nie mmg nampak gebu dan sedap ler izah..

uncle nik said...[Reply to comment]

salam..saya nie silent reader,,,nak tanya..sukatan cawan tu lau guna timbangan berapa yer ..cawan yg mcmana digunakan..maaf byk btya..

asma' said...[Reply to comment]

resepi mufin polkadot xde ker kak?