CSS

Tuesday, March 6, 2012

Kue Teow Goreng guna kicap special..


Assalamualaikum..

Dah sarapan ka hang pa semua?
Cek cakap penang skit no.. boleh ka? Hehe..
Semalam pertama kali Bais melalui pengalaman exam.. ujian awal tahun.
Minggu ni memang semua sibuk kot dengan ujian awal tahun kan.
Keluar je dari pagar sekolah terus dia excited bercerita.
Dia bercerita yang cikgu nya bagi kertas putih, suruh tulis. suruh circle siap buat gaya2 tangan lagi.
Dia kata, cikgu cakap, cikgu je boleh cakap, Bais senyap.
Hehe.. hari ni pulak exam mate ngan bahasa arab. Hmm tak study apa pun. Biar dia gembiraa melalui pengalaman awalnya. 



Berbalik pada kue teow ni, agak special sikit sebab menggunakan kue teow halus n lembut tu. Keluaran produk Muslim yang dijual hari belajar mengaji kat surau sekolah Bais. Siap dengan kicap. Apa lagi... tangkap la terus sebotol. Teringat mak Yung sorang tu tunjuk kue teow halus tu, terus teringat2 je. Hehe.. Dah 2 kali buat char kue teow, kali ni saya buat kue teow sahaja.  So kering jela tak de kuahnya. Masih gunakan kicapnya. Memang sedap!!




KUE TEOW GORENG KICAP SPECIAL
by: izah

bahannya:

2 ulas bawang putih ketuk
1 sb cili kering blender
8 sb kicap cher kue teow
2 sb sos cili
1 genggam ayam hiris
2 genggam kue teow
1 genggam kucai hiris
semangkuk taugeh
1 biiji telur

caranya:
Tumis bawang putih, kemudian masukkan cili kering.
Hampir garing masukkan ayam. Kacau2.
Masukkan kicap dan sos. Msukkan sedikit air.
Masukkan kucai. kemudian kue teow. Kacau2 sebentar.
Dengan api yang kuat, masukkan telur dan taugeh.
Kacau2 sebati. Angkat n hidang.
Jangka masa memasak hanya 4-5 minit.

nyumm nyumm 
^___^









24 comments:

Qasey Honey said...[Reply to comment]

nyum..nyumm...
nmpk myelerakan...terus aje terasa lapo perut ni...tgk kue teow goreng tu

Mas Sani said...[Reply to comment]

assalamulaikum izah, slmt pg...
Mas belum sarapn lg ni tu yg dtg umh izah nk mintak sepinggan boleh ke? Hihihi...
Tak pernah plak tgk kicap tp nk carilh nnt :-)

Gee® said...[Reply to comment]

Aduhhh..pepagi lagi k.gee dh tergoda dek bau wangi kueteow goreng...main lagu keroncong terus perut nih...melampau la jah ni...

Unknown said...[Reply to comment]

mana nak cari kicap tu izah..?? ada jual kat kedai ker..??

Anonymous said...[Reply to comment]

sedapnya kuetiaw, mmg peberet ni, tapi mana pulak nak carik kicap tu, yg tukang jual tu tak ckp ke kat mana ada?

Anonymous said...[Reply to comment]

kicap keluaran chet kan? siapa berminat sms sya...0134515221

quinnie said...[Reply to comment]

izah kita pun suka kuetiau yg jenis halus nih...sedapnya...:)

Melly Octaviana said...[Reply to comment]

Morning.. melly suka makan kue teow apapun recipe nya.. hehe
sama kak ,anak anak melly juga tengah ujian sekarang,sibuk dikit lah temanin mereka belajar.. hehe

Mas said...[Reply to comment]

adakah aku yg ko maksudkan jah..he3
haaaa...betulll kan..
kuetiaw jenis halus lebih sedappp kan..
aku klu terdesak..
akan cari kuetiaw jenis halus ni kat pasaraya hero.....
ada dijual..
dan memang org melayu yg buat....

bebel2 ni....
meh sepinggan kuetiaw goreng ko tu...
sedappnya tengokkk....

izahdaut said...[Reply to comment]

@Qasey Honey
sedap dimakan bila2 masa kan. sama la.. klau org tayang kue teow..memang mampu menggugat selera ..;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
saya buat sikit je mas.. kue teow ni goreng sikit2 lagi sedap sebenarnya kan. ke saya je agak fail kalau goreng dlm kuantiti banyak? hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Gee®
lagu keroncong ramlee sarip ke kak? eh ramlee sarip ada lagu keroncong ke? hehehe herman tino lah

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sally Rashid
dn Tina.. dah try sms ke?

izahdaut said...[Reply to comment]

@Anonymous
boleh post kan ke? yep cap chet

izahdaut said...[Reply to comment]

@quinnie
lembut kan. goreng kejap je

izahdaut said...[Reply to comment]

@Melly Octaviana
ye, anak2 skrg busy exam kan. anak saya kecik lagi, so biar la 1st time diaa laluinya dengan gembiranya. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Melly Octaviana
ye, anak2 skrg busy exam kan. anak saya kecik lagi, so biar la 1st time diaa laluinya dengan gembiranya. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
spa ke lagi.. ko ler. asik tunjuk kue teow jw. sbelum ni aku tak nah jumpa. atau memang tak amik tahu kot. tapi bila dah ada depan mata mmg sambar terus la.

sabar dubai said...[Reply to comment]

waduhhh kueh teow...dapnyeeee tp kt dubai nii xdak jual kueh teow..org arab xreti makan bnd mee2 uwaaaa..alahai kicap tuh pon adoyaii kite tertinggal kt msiaa ni nk nangis tgk menu akak nih...

IdaShazana said...[Reply to comment]

kenapa nampak sungguh menyelerakan?..

Chah said...[Reply to comment]

Skiping utagha? Ishh sapa kata x bulehhhhh, buleh sangat aihhh...ni mami nak habaq mai la izahhh oii...seyyypa tk beli kt mami sebotoi kicap tu ha, nak la jugak mami meghasa...isk, letih ngat aih bercakap sambey goyang gelang...huuu dap ke dok rasa kicap tu? Tingin nih...tp kue tiaw halus tu mmg terserlah ke'penang'annya...

Unknown said...[Reply to comment]

amoiii3x....sedapp nyer kuey teow nih.....tingin plak nk mkn kuey teow....
weken ler nk wat...hihihiih

Anonymous said...[Reply to comment]

klu byk sya boleh poskan ler...klu sebotol x berbaloi lak akak byr courier.....apa2 akak sms sya...013-4515221

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

wah akak tergoda ler tgk kueteow tu izah... sedaaaap ssgt tgk tau... ermm.. akak x perna lg tgk kicap tu kat sini... kalau ada jual kat sini pasti nak beli juga...