CSS

Wednesday, July 20, 2011

Puding Aiskrim


Assalamualaikum..

Panas membahang pagi ini, sesuai la kalau dapat puding aiskrim sejuk sejuk ni. Tak silap saya sebelum pc saya rosak hari tu ternampak kak Rosaliza buat puding aiskrim. Tapi mengenangkan aiskrim saya tu tinggal sikit je, so saya guna  resepi chef Hanieliza yg asalnya Puding Aiskrim Keladi. Tapi kalau nak tengok puding kak Rosaliza yang smooth tu boleh tengok SINI

TQ HASUE, AKU TAK PASAN, MAKLOM LA ADIK BERADIK KATAKAN. hEHHEE...
SEBENARNYA BUKAN KAK ROSALIZA, TAPI KAK LINA-PG. KAKLINAA AMPOONNN.

Puding ni simple je bahan n caranya. Alhamdulillah memang licin lembut je bila dinikmati. Saya kureng sikit dengan aiskrim coklat, tapi bile dibuat puding, yang coklat tu pulak extra sedap. Bagi yang terasa2 nak menikmati jugak puding ni boleh la semak resepi chef ni ye. Terima kasih chef Hanieliza.




PUDING AISKRIM KELADI

Bahan
2 s/b serbuk agar-agar [1 bungkus agar-agar panjang tu] *izah guna serbuk
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 s/b tepung jagung
2 cawan aiskrim keladi *izah guna perasa coklat n strawberi
pewarna purple *izah tak letak pewarne
hiasan..sebarang pilihan

Cara
1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut dan mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan susu cair yg dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan mendideh.
4. Angkat dari api dan tapiskandalam mangkuk besar.
5. Masukkan aiekrim keladi dalam adunan puding dan kacau rata sehingga aiskrim cair.
6. Masukkan separuh adunan dalam mangkuk acuan pilihan dan bekukan sebentar.
7. Masukkan pewarna purple kedalam adunan yg separuh lagi.
8. Bila adunan dalam acuan telah mulai keras, masukkan adunan yg berwarna purple keatasnya dan sejukkan.
9. Terbalikkan puding dan hiaslah mengikut pilihan sendiri.
10. Hidangkan sejuk.

*Izah buat separuh adunan je. Dah cukup untuk kami sekeluarga.

42 comments:

Ayu said...[Reply to comment]

Assalam izah,
cantiknya puding mu itu..kena pulak dengan piring yang akak bekenan tu..
manis tak izah puding ni?..

Gee® said...[Reply to comment]

nakkkkk....!!!!! yummy

anymz said...[Reply to comment]

paham2..oooooooo...cenggini buatnya ya..mesti letak dalam bekas macam tu jugak ke zah?..lagi satu kan mesti letak atas piring yang ayu pekenan tu jugak ke?..muhahaha..

resepi mudah sudah semestinya akak angkut bawak balik..kihkih

Asmara said...[Reply to comment]

uish nampak menarik la. eh x manis sangat ke zah, aiskrim dah manis pastu letak secawan gula. oh ada guna 5 cawan air pulak eh. nice resepi! nnti nak cuba lah. :)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ayu
kak ayu puding ni tak manis sangat. lagi pun saya kurangkan sikit gulanya tu. pastu dah masuk semua bahan saya rasa sikit.kalau tak berpa berkenan kemanisannya tu boleh tambahkan gula.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Gee®
abis kak G. ni koleksi minggu lepas nyer menu. hehee

Fiza Nordin said...[Reply to comment]

tambah 1 lagi resipi dlm list...

* Rosita * said...[Reply to comment]

wahhh...sedapnyerr....


p/s: mintak jasa baik...tolong komen kat sini...tq

http://rosita-rizal.blogspot.com/2011/07/giveaway-saya-bertudung-dan-saya-sangat.html

umi said...[Reply to comment]

ohh..tergoda pagi2 ni, syukur tak puasa hari ni ..kalu tak, kurus pahala hehe... tq izah kongsi menu puding ni, mesti cuba YES!

tun_telani said...[Reply to comment]

uish.. pagi2 nan mendung ni pon tun terasa mcm nk mkn pudding ni jugak..

Mas said...[Reply to comment]

hhmm..puding aiskrim yerk..
menarikk tu...
ada rasa aiskrim tak mek puding tu...

HaSue said...[Reply to comment]

err..nih kak rosaliza ke kak lina_pg yg ko maksudkan nih mekk?kompius jap aku.hehe...sbb nama ko sebut2 kak rosaliza tp bg link dapo kak lina.hikhik..

apa2pun mmg gojes puding ko nih..ratu puding dah sampai lom?ehh dah tuka ratu cajun ke ek?hehehe..
sebelum papehal aku blah dulu laa..hihi

Yatie said...[Reply to comment]

cantiknya puding ni..geram je tngk..tngk pun dah terasa nyaman je kat tekak...hah3, telan air liur sendiri ghupernyaaaaa...ngeeeeee..

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Izah

cuaca panas kan kat KL ni, tekak pun dahaga jer memanjang. Bila dah nak dekat pausa ni, ginilah cuacanya panas kering.

Tu yang nak mai sini, melihat puding aiskrim yang ayu itu..hihihi. Kalau nak mintak mestilah dah habis ni kan. Izah.. kak ct kena buat sendiri ker..? alahhhhh...nak yang free jer.. hahaha

Ida,Japan said...[Reply to comment]

comei dan sedap nmpk pudingmu itu....plate tu cam pernah nmpk kaler & coraknyer kt japan izah...beli kat ner ye ..he..he
cam nk beli ari tu, ehhh...cam pernah nmpk kat mana ye?..Oooo..baru teringat..umah izah rupanya

izahdaut said...[Reply to comment]

@anymz
kak anim kalau tak de plate cam kak ayu berkenan tu sah tak jadik puding ni.. uishhh ngengada tau dia...

izahdaut said...[Reply to comment]

@Asmara
tak berapa manis as.. ejas sikit gula tu. just nice je. tak manisss sangat pun. tak tau la kot ikutkan eskrim jugak ke kan.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Fiza Nordin
panjang dah list nyer? hehehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@* Rosita *
boleh try kalau berkenan alhamdulillah. tq

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

Salam Izah...
akak memang tercari2 resepi yg menggunakan aiskrim ni.... ada dua bekas aiskrim lagi dlm esbox tu akak nak clearkan.. adeehhh.. budak2 ni eskrem baru beli jer dia layan.. pastu ada lebih dah tak mau ulang mkn.. last2 terbiar je dlm esbox tu... yg jd dua bekas tu sbb satu bekas tu eskrem kacang merah budak2 langsung takmo layan.. pastu yg sebekas lagi tu hasil eskrem lebihan yg dikumpul2.. akak campurkan jadi sebekas.. ayahnya suka benor beli eskrem.. maknya bukan tak suka mkn eskrem.. tp berjaga2 sikit mkn manis2 ni... heheeh... harap2 bila dah jd puding ni adalah yg nak melayan... kalau dpt byk boleh jugak sedekah kat jiran/baby sitter.. TQ ye izah.. akak salin resepi dulu.. thanks gak pd kak liza..

izahdaut said...[Reply to comment]

@umi
silakannn... kalau ada terlebih eskrim kan. kalau budak2 ni tau ada eskrim mmg duk ulang je nak makan, hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
mendung ye tun. kat sini hangat.. pagi2 lagi matahari naik merah warnenya.. apa pun puding ni sodap. rasa aiskrim didalam puding

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
aah makcik. rasa aiskrim sikit2 dan tambah lemak2 gitu.. sedap jugak, budak2 ni suke je makan

Kak Rosaliza said...[Reply to comment]

Assalam Izah, betul yg Hasue ckp tu, akk pun kata gak eh bila lak akk buat puding eskrem ni, heheh tumpang glamer kaat dapur Izah jap. Linapg tu yang Izah maksudkan, mmg link dia tapi Izah dok bayang2kan akk kekkeke

Nampak mmg sedap n nyaman sangat puding tu Izah, terliur rasa mcm nak ngap pic yang cun melecun tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@HaSue
eh betul la sue. hahahhaa.. marah kak rosaliza neh kalau tau. eh kak lina pun marah... habis la aku adik beradik ngamuk karang. kikiki.. tq sue.. ratu [uding tengah moody gamaknya tuu

sitiezahim said...[Reply to comment]

bes bes...kompom bes kan..akak ni saajeeee je :P

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kak Rosaliza
HAHAAHA.. Kak rosaliza dah ngomen rupanya.. sorry kak.. adik beradik ni saya dah ter compius la kak. hehee.. saya mmg teringat puding tu tapi dlm pikiran nama akak, tapi gi bukak blog kak lina. haii mcm mcm.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
wah maknanya air liur kak yatie best aa rasa puding ..hahaha.. marah kak yatie.. ampoonn

izahdaut said...[Reply to comment]

@CT Delima
waalaikumussalam warahmatullah..
betui kak ct. musim panas terik berhana gini sedap betul kan makan sejuk2/..hai tembikai dah 2 bijik habis sejak panas2 gini.. tapi makan tembikai biasa la trasa lenguh2 badan nak demam je.. berlawan gamaknya dalam badan. hehee..aipp nak free meh datang ampang. ehhee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ida,Japan
wah ada kat japan ye kak. ni cik abg saya beli kan. katanya kedai mcm gudang dia buka, pinggan mangkuk mcm mcm jenis gitu. masa saya nak pergi pulak, dah tak de dah kedai tu. dia buka sekejap je..pandai en abg saya tu kan, tak mau ajak bini skali pergi. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
sama kes la ni kak madihaa. bila yg lama sikit mcm dah tak best je kan. saya beli 3 jenis skali dia campur.rupanya bebudak ni suke eskrim vanila je. yang strawbery n coklat kureng sikit. boleh la try. sedap je ni. amnis pun dah ok

Zaliedana said...[Reply to comment]

Kak Izah,meh cikit nak rasa..Comey puding,cam tuannya juga..

Ezadlieza said...[Reply to comment]

izahhhh...akak nak juga....yg love2 tu juga..akak tak duli...kalau izah tak kasi...akakk..akak..akak...to be contd..ngehngehngeh..

izahdaut said...[Reply to comment]

@sitiezahim
hehe.. memang sajeee.. saja nak tunjuk ek... eh try la buat. sodap

izahdaut said...[Reply to comment]

@Zaliedana
ganti ngan mapin boleh.. hehhee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ezadlieza
kak lieza.. sabau jelaa..ni jangkit pnyakit abang mamat kalid yeee.. hii

Nieza said...[Reply to comment]

Assalam izah, menarik yer resepi puding ice cream ni...baru tau leh buat puding ice cream ni...teringin lak nk merasa...kena cari ice cream dulu la.hehe

ady said...[Reply to comment]

as-salam izah
cantik pudding tu..menarik memang debommm!

Naz said...[Reply to comment]

Izah, nak..nak.. akak nak yg sejuk punya tau.. Nak satu bokeh bosa.. boleh tak??

mrs plain-june said...[Reply to comment]

waduh.. meleleh airliurku! ko kijam izah!! kijammmm!!!!!

Mariam said...[Reply to comment]

Nmpk sgt menyelerakan.. Nnt mesti nk try... :-))

lina_pg said...[Reply to comment]

camana termiss lak puding eskrim ni..nmpk sedap tu izah..hehehe tak kisah pun sebut2 nama kak rosa..dah bagi link akak pun dah cukup bagus tu..tumpang glamer kat blog izah ni