CSS

Saturday, July 9, 2011

Award : Dari Hasue & Tag


Assalamualaikum..

Apa khabar semuaaaa? Dah kenyang dihidang mapin pisang aje 2,3 hari ni ye Maaflah tuan blog tak sempat nak menghapdate blog dek kerna kebizian yang dicari sendiri. Tak hagak2 amik order 500 biji mapin. Dalam ati, ala 500 biji, kcang ijau jeee.. rupanya2nya bila dah buat mulala duk pikir bila nak capai angka 300 biji ni. Mapin tu dah nampak mcm buah manggis je dah.. Hehe.. alhamdulillah siap jugak tempahan oleh kak Norlida. Harap akak puas hati yeee. Halal ye.

Berbalik pada award dan tag ni. Selesai aje menyetel hal mapin, sesambil membaca bismillah nak merehatkan badan dikatil sambil kelek anak, berbunyi lah sms dari cik puan Hasue ni suh amik award.Award ok je.. uikk ada tag sekali rupanya. Tak pe sebab Hasue ni nak tau 7 perkara aje yg dia tak tahu lagi ate kome boleh aje. Tapi banyak jugak sebenarnya dah tau kot kan? Maklum la rajin jugak nyembang ngan si Hasue ni kalau internet dia ok. Ye dia ni memang sinonim dengan internet aka brodban yang bermasalah. Agak2 nak marah kat brokband, saya la jadi mangsa keluh resahnya tu. Hahaha..

Ok award ni dipanjangkan dari dapur kak Jee retis Malaysia yg dah tak belakon lagi dah. Kemudian Sue bagi lak ke Izah Muffin Lover ni. Nak amik award kena pakai baju lip lap labuci katanya. Warne pulak kena tema biru. Yolah sangat. Apa pun mekasih sue untuk award nya. Dan tag nya pulak ialah:

7 PERKARA YANG ORG BELUM TAHU TENTANG DIRI KITA
*especially to Hasuriah

1. Masa mak aku ngandungkan aku dulu, mak pernah kata kat sepupu aku (spupu aku kawin tak dikurniakan anak) yang mak aku nak kasi anak yg dia kandung tu kat spupu aku . Dngan conditionnya kalau anak yg dikandung tu keluar sebagai anak lelaki. Maklum laaa anak yang ke 7 dah pun masa tu. Orang dulu2 ada ada ajee kan. hehe.. Pas tu sepanjang preggykan aku tu, mak aku cam cuak jugak sebab tendangan dari anak yg dikandung tu katanya cam tendangan bakal pemain bola kebangsaan. Tendangan sipi tendangan penalti semuanya agak dasat. Rupe2 yang keluarnya akuuu.. Weh aku perempaun hokey.. Jadi alkisahnya tak jadi ler mak aku nak bagi aku kat spupu aku tu. *mcm kisah drama lak.

2. Masa aku darjah 6 , aku ni tukang jaga koperasi ngan duitnyer skali yang ditaruk dlm balang gula2. Masa tu seingat aku, lepas aje koperasi tutup, aku dah terkinja2 untuk beraktiviti seterusnya iaitu aktiviti pengakap yg tengah bersiap sedia untuk preparation ke camping. Disebabkan terkinja2 aku tu, aku dah lupa nak simpan duit dlm balang gula2 tu. Aku letak aje atas meja kat kelas, terus callo gi tuko baju nk join the club. Tetibe esoknya cikgu paggil marah2 maki hamun aku dlm bilik guru. Sedihh sampai nangis2. Hilang macho!! Dan yang lagi haru 3 mlm 3 hari aku tak tido dan  nanges cemana nak menggantikan balik duit yang hilang tu. Partner kena marah masa tu Ana Salwa. Aku pun tak pasti cemana dia boleh terlibat sama, rasanya hari jaga koperasi tu aku partner ngan dia. Hahaa.. tapi terus aku glem satu bilik guru sebab katanya aku ni degil, suke menjawab n muncung panjang boleh ikat jadi ampai. Wat the .....?

3. Aku dianugerahkan dengan seorang abang long yang sangat garanggg masa aku kecik dulu. Kalau dia berdehem pun rasa nak terkucil. Masa aku sek rendah, dia dah jadi cikgu, nasib bukan cikgu sek aku. Tapi kalau ada kem motibasi sekolah2, dia mesti ada. Semua org takut ngan pelempang dia tu. Aku salah sorangnya. Tak sanggup nak ngaku dia abg aku, karang ada lak bebudak tunggu aku kat pagor belakang sekolah. Ye la sebb ramai gak yg merasa pelempang sulung dia. Tapi skrg dia dah tak garang. Bila adik2 dia dah masuk u, dia pun nak masuk u balik, dan dah jadi mcm kawan2 jela skrg ni.

4. Aku ada kenangan pahit bila ada budak lelaki yg gerun dan membuat pandangan loya melihat muka aku. Aku rasa masa tu nak sepak2 je muka dia tu. Sek men aku join kem motibasi luar, budak2 terlibat bukan sek aku lah. Tapi ramai geng aku join gak. Bila join ngan budak2 luar ni, biasalah adengan mengurat bagi sekut ngan air pepsi. Bukanlah aku wanita yang kena ngorat tu, aku wanita yang tukang menghabiskan air pepsi tu. Sebab yg kena ngorat tu takut nak minum, takut kena jampi. Aleee setakat baru baligh tu mana la reti sangat nak jampi serapah kan. Ada baiknya aku habiskan sekut n pepsi tu. Agaknya diorg tau aku ni tukang perabih, sorg mamat kaki urat ni leh block laluan aku, dan buat muka loya sambil berkata kehadapan muka aku.."eeee mukeeee".. nasib baik ada kawan aku sebelah pegang tangan aku. Rasa2 mcm nak c4 je budak lelaki kurang hajor tu. Hahhaaa..

5. Aku pernah kena kejor ngan sorang mamat 2 ringgit. Masa tu aku dari kampung nak balik u, naik bas, turun kat puduraya. Dari pudu kena bjalan kaki sikit untuk  amik bus lain ke PJ. Kat Pudu tu la mamat 2 ringgit ni tegor aku. Dia kata moto dia rosak ,nak pinjam 2 ringgit. Rupe sket punya smart tapi nak 2 ringgit. Ah ..kose aku nak bagi.. aku blah, tapi dia duk pujuk aku nak 2 hinggit sampai ikut aku lintas jalan, naik jejantas, turn tangga.. giler cuak aku tengah2 bando berkejar kejaran. Kalau pilem hindustan ok gakkan. Lastnyer aku lompat naik bus ke PJ, tengok blakang mamat 2 ringgit tak de. Syukurrrr..

6. Aku pernah di sexual harassment kan di dalam LRT. Tang mana tuuu? Ala kalau tak situ, sini kan? Masa tu aku buat cambering aka praktikal. Nak balik umah bujang naik LRT. Kejadian berlaku diwaktu bukan org sesak pun. Dalam keadaan tenang aje. Tu la kata org air tenang jagan disangka tiada buaya...lrt tenang jangan disangka tiada buaya darat kan.  Orang 'gila' tu org berbangsa sama dengan aku. Tu la. kalau time sesak naik LRT, aku lebih selesa 'dipaksa kepit' oleh bangsa Cina. Entah ngapa, tapi kalau Cina lelaki aku rasa selamat sikit dengan org berbangsa lain. Hehee.. kire aku bukan perkauman kan?

7. Eh dah 7 dah ek.. hehe. Lastnyee.. aku suke sangat alam blog ni sebab pada aku, keikhlasan dapat dilihat dan dinilai dari blog seseorang itu sendiri. Tak sangka tanpa bertemu muka puN boleh sangat mesra. Kadang2 kalau takonline terasa kehilangan dan kerinduan pada teman2 especiallynya kalau teman yang selalu bergurau senda, bertanya kabar dan bertukar2 pandangan. Menggigil kepala lutut nak cari line internet jugak kan. 

Wehh panjang dah weh... Letih menaip. Senget dah kepala ni. Orait Sue.. nak tau banyak lagi ke? Aku orait aje. Hahaa.. semoga kite terus menjadi teman seperjuangan yang erat n jitu. Cewah..

Terasa nak tahu perkara yg belum tahu pada orang2 ini. Betul2 nak tahu ni.. ececeh.. mcm mak bedah kepoh lak..hehe:


  

11 comments:

HaSue said...[Reply to comment]

hahahak..tak henti2 aku sengih2 baca kesah ko nih mekk..cam baca kisah pengalaman saya je nih..apa2pun seronok jer baca. banyak kisah menakutkan terjadi pada ko yer.sibbaik x jadi apa2..
pastu brutal kemain ko sekolah rendah ye..haha..patut laa dlm perut pun brutal smcm jer..part tukang minum air pepsi mmg x boleh blah!haha
part x sabo aktiviti pengakap tu sama laa..jaga koperasi sekolah(menengah) pun ada gak..(aku suka bau koperasi sekolah masa tu sbb bau barang2 bau belaka)hehe..

apa2pun mekasih byk2 sudi menjawab tag ini dengan panjang lebor..eksesais jari setelah cuti blogging 2 hari kan..hihi..

semoga perkenalan di alam cyber nih berpanjangan ler sampai bile2..

P/s:tu belum citer part anta kad raya pastu harap balasan dari kwn2 kan..hahaha

Azlita Aziz said...[Reply to comment]

kah kah kah.. lawak giler baca N3 kali ni.. sampai guling2 akak adoiiii... abis keluar semua air mata air idung...

aiii... pengalaman lama2 ni mmg lawak kalau ingat balik.. uiii.. banyak yg sama pulak tu...!! tu yg dok gelak sakan tu.. dapat bayangkan situasi tuuu...

yg paling tak boleh tahan bila akak pulak yg kena tag... makkkk aiiii... apun dekkkk.... adoiii.. nati akak bukak balik lipatan sejarah lama akak ye... hihi

eeemmmm.... tgh mengelamun sekejap sambil sambung gelak guling2.. hihi

K.Nor said...[Reply to comment]

fuhhhhh panjang novel izah arini... patut la awal masuk tidur smlm sbb nak mengarang pg ni :)

Mas said...[Reply to comment]

sebelum tu aku nak gelak dulu..muahahaha...
aku dah banyak tempias dah...
kene gak batang hidung aku...
no 1 kau letak nama aku mek..
japp lagi la aku balas tag kau ni...rasanya julia pun kasi aku tag yg sama....kikikiki

malas betoi nak memikir balik kenangan lalu...banyak...kikikii

tun_telani said...[Reply to comment]

wahhh... terharu nengok nama tun ada kat situu... hihi...
x abih lg sengih baca n3 akak nii.. bab kene marah dlm bilik guru mmg xleh tahan. cam sama je dgn apa yg tun penah alami. haha...

Gee® said...[Reply to comment]

lawak la izah ni...

Unknown said...[Reply to comment]

ohh gitu ceternyer....tapi bestkan mengimbau kembali kenangan silam ada suka ada duka..:D

lizahanum said...[Reply to comment]

petang2 time ngantok nie,tetiba baca kisah kengan izah....terus terbeliak mata nie tak jadi nak tido.....lawak gak kisah izah nie...kirenya,izah pun brutal gak...hehehe

Acik Erna said...[Reply to comment]

Izah..dah tau dah..tapi sikit sangat..7 je..
rasa tak caya bila anim kata izah ni pendiam..he he..
macam suka bercakap je bila baca tag izah ni..

Mieza said...[Reply to comment]

kelako la citer izah..sengih2 akak baca..ganas rupanya izah ni :) tapi ganaz pun teror masakkkkkk

Nur-nba said...[Reply to comment]

Salam. Apa khabar Kak Izzah? Seronok baca kisah Kak Izzah yang panjang lebar ni. Boleh tahan brutal jugak akak ni.. hehe..

p/s: Kadang2 memang pelik, walaupun tak pernah berjumpa dgn rakan siber tapi mesra macam dah lama kenal je kan.