CSS

Thursday, July 28, 2011

Kari Sotong Mamak Style










Assalamualaikum.

Terima kasih semua yang mengucapkan tahniah dan juga sudi mendoakan. Semoga semuanya akan terus suksess ye. Entry pun cepat2 jugak ni. Haii makin kelam kabut lah cik jijah sekarang ni. Entah pe la yang kelam kelibut nyer ek... Rumah macam tu jugak, asik kena sound sistem ngan en suami.. Habuk tu bila nak lap, buku ni bila nak susun.. Tapi kan sebenarnya rumah tinggi ni, kepantangan masuk angin kuat sikit, mesti habuk banyak. Nak kena laphari2, mop 2 kali sehari... *ayat kaber line. haha..

Jom tengok resepi kari sotong mamak style ni. Entah ler sama ke idak mcm mamak, sebabnya dah lama tak makan mamak2 ni. Kalau ikutkan jaraangg jugak la makan.  Tapi rasanya memag sedap, cume saya buat kurang pekat sikit. Da kurang masin.. pastu ada la mulut pot pet komen kata tak berapa terasa. Haha... rasakan.. Mekasih Mas Duniaku yang sangat laaaa rajin memasak. Sungguh tabik ngan wanita ini, sehari 2,3 das entry dia keluar bab masak2 ni. Tak gitu mas. Tq ye mass



KARI SOTONG MAMA STYLE

Bahan :
1/2 ekor ayam - dipotong ikut saiz yg anda suka *tukar sotong

Bahan a -
10 biji bawang putih dan 3 inci halia - diblender.

Bahan b -
1 biji bwang besar - dihiris2
4 tangkai daun kari
1 batang kayu manis dan 3 kuntum bunga lawang

Bahan c -
2 biji tomato - belah 4
2 batang serai diketuk
2 helai daun pandan

Bahan d -
8 sudu besar serbuk kari ayam baba's - bleh kurangkan sukatannya
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
serbuk cili kering - byknya ikut yg anda suka la serbuk cili ni. lagi pedas, lagi best
semua bahan d gaulkan sebati dgn air. air jgn banyk sgat.
Ubi kentang - ikut suka byk mana ( Mas tak letak )
3/4 santan atau susu cair

Bahan e -
serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis. kuantiti, ikut yg anda suka
garam secukup rasa


Cara :
Tumis bahan a sehingga naik bau kemudian masukkan bahan b dan bahan c. Tumis hingga daun kari agak garing.
Masukkan ayam dan ubi kentang. Tutup periuk. Masa menumis ayam ni mesti anda akan mula terbau aroma wangian masakan ni. hmmm....pasti memikat. ni la ramuan rahsia. sebab tumis dengan serai n pandan tu. Tumis lebih kurang 3 minit. Pastikan anda masak dgn api perlahan. Ni ikut petua yg jiran sya bagi tu la.
Masukkan sedikit air, dan tutup periuk semula, biarkan lebih kurang 5 minit atau sehingga air aroma ayam tu keluar.
Tambah air mengikut kuantiti kuah yg anda suka. Tutup periuk dan biarkan air mendidih.
Bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan d dan masukkan bahan e. Masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati. Ingat selalu tutup periuk dan masak dgn api perlahan. Kalau nak dapatkan rasa yg lazat. Jadi kena ikut petua la ni.
Bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk, barulah masukkan santan@susu cair dan garam. Mengikut kata jiran saya ni garam masuk last, tapi kalu sya, dah cuba sebelum ni, bleh gak masukkan awal2, masa menumis ayam tu. . kemudian biarkan kuah ni mendidih dan semua ramuan ni cukup masak dan sebati, dan bolehlah dihidangkan.


Untuk sotong, cara saya, semua bahan2 dah masak dan kuah dah agak pekat, saya masukkan sotong last sekali. Bagi mendidih dan agak2 sotong dah lembut terus je angkat dan hidangkan.



26 comments:

cik cek said...[Reply to comment]

Wah!...dah siap menu lauk lunch hari ni...best ni kalau dapat tumpang makan...kak cek ni asyikla dtg nak makan je ek...tak tahan oooo..tgk itu sotong berenang dalam kuag kari...ada sambal belachan ...ulam2..perghhh..mau tak cukup satu pinggan ni...:)

Ida,Japan said...[Reply to comment]

banyak nbenor bhn2 dia..cam nak msk kari ayam la pulak..tapi mesti sedapp

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Salam Izah maaf banyak2 dah banyak dah tertinggal kereta api hu hu hu.. aperpun windu2an lah kat Izah ni.. perutpun dah lapo.. nampak sotong tu memang menggoda.. ajaklah lunch hu hu hu.. he he he

Cheq Sue said...[Reply to comment]

piwitt... kurs semangat sutun tu... pasni xleh panggil akak dah la yer... sebaya lak kita
:)

Zaliedana said...[Reply to comment]

Kak Izah,kalo kari mamak mmg pekat kak,tapi kari akak nih nmpak sedap ajer nih,kalo cicah roti pon best..

Amie said...[Reply to comment]

Selamat tengahari Izah,
kita datang sini dapat makan nasi lauk kari sotonglaa... sedapnya, dah kenyang ni... kita balik dulu ye..

anymz said...[Reply to comment]

akak pun buat kari mamak hari ni..daaaaaaaan sama la kurang masin..kat tekak akak lah..abg kata okay aje..dah akak memang kuat masin kan.

haiisshh..sapelah yang pot pet pot pet tu ya..laki sape lah tuu..hahaha..udah ku bayangkan jah..

Sue @ Nenie said...[Reply to comment]

Salam Kak Izah..Woooowww wiiieeee...kari sotong sedap nya...

Mama Hawa/Mama Nani said...[Reply to comment]

alamak sotun!!! cedap2x nih :P
Bak sini sikit..tukar ngan lauk daging pulak..ki3x

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

salam izah..
rasa2 tak pernah lg akak wt kari dgn sotong.. actually.. lauk kari mmg jarang2 singgah kat dapur akak tu.. hihi... serbuk kari kalau beli memang peket besar.. tapi selalunya habis buat perap/gaul garam+kunyit+serbuk kari utk ikan atau ayam utk goreng2 aje.. hahaha.. best tau goreng ikan / ayam + serbuk kari selain serbuk kunyit stail mak2 kita dulu..

tahniah dah ramai follower... akak salah sorang peminat setia izah.. teruskan berkarya yek! apalah yg disibukkan tu agaknya yer? ambil tempahan kukis raya ker?

re: pasal apam dot dot mendap tu.. akak rasa mungkin izah guna api terlalu kecik kot.. atau mungkin juga izah kukus masa air belum mendidih. sebaiknya.. kena tunggu air mendidih dulu barulah letakkan apam tu.. then api guna sederhana kecil.. jangan besar sgt & jangan terlampau kecil sgt apinya... try lg nnt yekk..

izahdaut said...[Reply to comment]

@cik cek
a ah kak cek cakap pasal sambal belacan ni. haiisshhh na membelacan gak la petang karang. leh amkan tuk dinner.. sodapnyeee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ida,Japan
memang asalnya aym kak ida.. banyakkan bahannyer... hahaha.. berderet gituu

izahdaut said...[Reply to comment]

@HALAMANKU
tu la erma.... memang lama jugak tak berjalan ke rumah erma. banyak menu baru tak? lama gak ta mengupdate kan? hehe... apa apa pun jom makannn

izahdaut said...[Reply to comment]

@Cheq Sue
tu la..selamat panggil cheq sue je kan. hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Zaliedana
tu la, kalau mamak ni biasa pekat2 sikit kuahnya kan. akak buat beriar sikit sebab nak cicah ngan roti la tu. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Amie
akak jangan lupa bayor kat kaunter ye.. hehehhehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@anymz
hahaha.. kak anim.... jgn dibayangkan ye.. haisehh mcm2 la kak nim ni. hehe... sama ek kari sotong. yang ni kanmain banyak bahan kan.. nak masak cam ni, satu lauk cukup. sebab dah kepenatan dah. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sue @ Nenie
tu la mamkan ngan roti canai pun layannn ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mama Hawa/Mama Nani
mama masak daging ye.. ala taks epat lagi nak memenegoknya ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
sama la saya pun kak, jarang2 pun masak lauk kari... kalau teringin baru la masak. kadang2 tak berapa kena ngan selera jugak pun ada.

akak pasal apam tu, yang api tak de masalah memang duk study dah pasal api. mmg ikut nasihat seratus pratus dah. tapi still tak jadi. sob sob

Ayu Safieza @ Humaira' said...[Reply to comment]

haloooooooooooooooooooooo tokey mapin.....owh ari ni masak sutun yer....mmmmm sesekali ubah selera best gak yer........

Mas said...[Reply to comment]

makcik.....kari tu klu kau buat pekat sikit....
lagi bestt tau..he..he..
apa pun, aku tetap terliur nengok sotong kau tu....
berkelar2...he..he..cantikkk....

quinnie said...[Reply to comment]

izah kita kalau kari versi mamak ni memang fav....tetiba teringin nak makan kari....huwaaaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ayu Safieza @ Humaira'
ye ler.. sik ayam je kan. dapat sotong sodap jugakkk

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
betul tu. kalau pekat lagi sedap. saje buatc air sikit..hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@quinnie
tu la.. kalau mamak2 ni sedap aje kan... kena lak yang pure kari nyer tuh, fuhhh sodap benor