Assalamualaikum..
Selamat pagi.
Projek donut di suatu petang minggu lepas. Donut feberet kakak sepinch garam. Katanya antara donut yang menjadi kegemaran famly kak Nor. Lepas kak Nor bagitau tu, saya pun tengok kat myresepi donut by skyblue ni. Tapi gambar donut yang ditunjukkan tu sangat la familiar. Bila ditenung2 ditelek2 rupanya asal resepi donut ni dari allrecipes. Yang mana memang dah lama saya simpan resepi ni. Sebab resepi ni memang mendapat pujian dan rating 5 stars oleh kebanyakkan yang dah mencubanya di allrecipes.
Memang ternyata donut ni gebu, lazat dan sedap dikunyah. Saya buat dalam bentuk mini donut. Dua kali gigt je dah habis. Agak2 mulut besor tu boleh masuk sebiji je terus. Anak2 pun sukeee sangat dengan donut ni. Berbaloi mencubenya. Tapi topping nyer tu saya tak sempat nak buat. Ingat satu hari nanti saya nak buat betul2 ikut resepinya tu. Terima kasih kak Nor dan skyblue yang mengongsikannya di myR.
DONUT
Recipy: kelly@allrecipes
sumber : skyblue@myR
Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )
3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
*kurangkan susu segar kerana doh agak lembik
*kurangkan susu segar kerana doh agak lembik
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng
Topping:
1/3 cup butter
2 cups confectioners' sugar
1 1/2 teaspoons vanilla
4 tablespoons hot water or as needed
Cara-cara
Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.
29 comments:
As'salam Izah
nampak comel sangat2, sukanyaaaa..hihihi. nak cuba gak buat dah lama tak mendonat ni izah. kalau macam mulut kak ct ni 3 kali gigit baru habis kot.. hahaha
mintak amik resipi, insyaAllah nak cuba buat petang nanti. thanks izah cayangggg!
nak donut 5 boleh?
Assalamualaikum izah...
selamat pagi...
wah pepagi nampak donut gebu n cantik nie membuatkan perut akak nie berbunyi2 tau izah... nak ckit... rajin betul izah buat donut..
KAKAK IZah!!! nak donut byk2! tu akak buat byk kan? jgn lokek2 kita ari ni malas betullah kak, Psst>hari2 malas wakakaka.... ni dah kuar donut org seterusnyer adalah KAK MAS kan kak mas hihihi nanti dah buat kita pulak buat :D
Assalam kak izah,akak,kak anan,kak mas,mmg rajin mendonut kan..Sy malas cikit,sbb sy n syazana jer yg suke,hubby kureng,tggu syifa besaq baru nak rajin cikit mendonut lah..Mmg nmpak sodap n gebu jer donut akak nih..Pasni,yg pastinyer kak mas akan wat n kak anna juga..Hihi..
salam izah - donat pagi gini...mmg sesuai sesgt tu minum ngan kopi o panas.
comei mulat2 jerk....
macam sape yerk makcik....he..he..
wehhhh..aku baru nak stop mendonut...
rasa macam meroyan lak nengok donut kau ni....
nak cubit gak ijahh ni..
menggoda aku ngan donut lagi...
tutupp mata...
tak nampak donut tu...
tak nampak.....
tak nampak....
mmg gemar donut ye bebudak kat umah tu?aku tahan napsu dulu nak mendonut nih..diett2..haha..tp nak mkn puding2 segala..diet kah itu?ahak
gebunya donut mu itu..terasa2 je kelembutannya..ahh,bersabarlah hasuriah..
comelnya donut izah pagi ni...dah lama tak buat donut..nak sebiji nak cicah dgn kari daging akak ni...org cicah kari dgn roti akak tukor cicah dgn donut!
ooo resipi asal dr situ ya.. ermm sedapkan donut ni.. mmg the best :)
uishhh mendonut lagi zah...roti mayo dlm proses ke?jap lagi dtng lagila mkn roti mayo izah pula..hehe
donut? apa itu donut? tetiba aku rasa macam tak pernah makan donut..cer ko hulur 2 pinggan membumbung kat aku jah..kot2 lepasla hajat kan..hikhik..
Sungguh comel donut itu..
nk try gak la..
assalamualaikum...yea..yea...singgah nak makan donut comeyyy plak..wahhh, kenyang dah pagi ni duk makan bekpes kat rumah kenkwn..hihihi...
Izah...
Comelnya donut...mkn sebjij tak cukup ni...sekali ngap je masuk dalam mulut ni...nak kena makan lebid dari sebiji ni...he he he..:)
banyak nyer donut...krm kat sini cikit...
memang bes donut skyblue ni..aku da byk kali wat...lembut n gebu walo da seharian.. peberet donat eber... nak seketullll...hehe
ni mmg resepi kegemaran, tiap kali buat donut mesti nak ikut resepi ni, memang terbaek!
rajinnya kak izah buat donut...nak sikit boleh?
Nota : umi tak sedar diri, badan pun macam donut..hehehe
comey comey belako kueh donut tu...kalu saya makan, 2 bijik terus sumbat dalam mulut...sb saya species pelahap...hikhikhikhik ;0).
Assalamualaikum Izah, Kak follow blog ni ya. Terimakseh menjenguk blog akak last time. Donut nih faveret anakx...akan dicuba.....tq for the recipe.
rasanya akak pun dah pernah buat donut resepi ni...dah ingat kat kepala daaaaa....tapi mmng tak jemukan makan donut, senang plk tu..comel je donut Izah secomel tuannya...
iazah... mmg tau suka goda2 akak dgn kuih donut... hihi
izah akak dah buat cookies yg sedap tu! akak buat lagi.. dan lagi dan lagi... hihi tak jemu makan..
terima kasih adikku....
Comei2 nya... senang nak ngap. Tingin nak makan tp mana laaa ada masa nak nguli2 tepung....huuu gigit jari je lah dulu....
Tak mo cakap bnyk2 lah..nak..nak... Mulut akak boleh masuk dua ketul sekali gus kot hihihihi..
yg dlm bekas tu sume mie punya kan...
aiipppp...jgn geleng2 pale...(buat2xnmpk)...
cuma hangguk kepala je dibenarkan..hhehehehe....
mehla kita share 70-30 yg dlm bekas tu...
kitakan geng....kan....kan....kan...(smbil tunjuk muke lapo)
comel2..senang nk mkn! ank kite suka sgt donut tp ibu dia x brp nk rajin..x time nk mguli la zah..apa kata izah tlg uli,pastu anta sini :))))
Assalammualaikum Izah...comeinya saiz donut tu...mmg sekali ngap.anak2 kalau donut suka donut betul mrk..
Assalammualaikum,
Cutenya donut. Izah guna acuan apa ye?
Post a Comment