CSS

Tuesday, July 19, 2011

Angle Hair Goreng Berempah Pedas


Assalamualaikum..

Dah masuk lunch dah. Hari ni kemalasan sungguh. Dalam kepala nak masak simple simple aje. En suami pulak tak berapa hadap sangat makan makan ni. Suka makan buah je pulak. Macam- macam perubahan selera pulak dah. Kadang-kadang kite dah tung kletang kat dapur masak, siap ada soalan yang mengembangkan telinge, "laa napa susah susah masak?". Haaaa soalan apakah.. Kalau soalan tu berlaku sebelum memasak i like it bery bery much.. huh

Okay la, berbalik pada angle hair ni, sapa2 yang belum sudi menerai masakan ni silakan lah ye. saya dah jadi addict juga ngan masakan dari angle hair ni. Sukee sebab lembutt je. Pulak ngikutkan resepi kak cajun..oppsss marah kakak secubitgaram kite tu.. hehe. memang kena ngan citarasa. Pedas tu kan selera orang timur mcm kita kita ni. Saya  pernah juga buat guna macaroni, tapi tak sempat nak snap sebab big boss nak bersantap dah. Memang segan nak keluarkan kamere kalau dah duduk beradap makanan kan. Yang ini buat untuk saya sorang je. Tapi ada jugak dak kecik yang ngendeng. Mula la dah makan siuut siuut kepedasan. Ngahaha..

Mekasih kak Nor untuk resepi angle hair ni. DUTA CAJUN tau.. ikiki..ada tagline tak kak Nor?
Agak2 kalau kak Nor jadi duta bebetul, apakah tagline yang best?


ANGEL HAIR GORENG PEDAS BEREMPAH

Bahan:
200 gm angel hair
150gm daging kisar
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar *
1 biji tomato (besar) * (*dipotong dadu)
1/3 biji capsicum merah *
1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong panjang)
1/2 batang lobak merah ~ disagat kasar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar ~ kurangkan jika tak nak pedas sgt
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 1/2 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur ~ dipukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup ~ dihiris
minyak

Cara:
Rebus angel hair sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 1/2 cawan air rebusan)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging kisar dan masak hingga bertukar warna putih.
Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
Masukkan angel hair dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan masakan yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka pasta yg kering)
Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.

* Daging cincang boleh digantikan kepada hirisan ayam.



45 comments:

Ida,Japan said...[Reply to comment]

sedapnyer...izah nk tanya? angel hair ni, spagheti yg paling kecik tu erk....
psssst..cantik le header baru, emmm baru jer ni lagi....tadi rasanyer belum lagi..

canteq said...[Reply to comment]

sedappnyee... nmpk best sgt
tp btol ke buat utk sorg byk tu...
apapon... jom kita xchange link... bole x? i dah add u okay...
i punya : http://canteq.blogspot.com/

Ezadlieza said...[Reply to comment]

wooo cptnya izah...dah berangle hair dah...baru terpegun dgn mapin tu...dah bertukar angle hair...ngehngehngeh.....

cik cek said...[Reply to comment]

Wah!...dpt tumpang makan kat rumah Izah bestnya ni....emmmm...makan sambil pejam2 mata...he he :)

p/s...Izah..sudi2kanlag amik award kat blog akak ek...tq...:)

nOOrsha said...[Reply to comment]

AKU NAK PUJI LANGSIR BARU UMAH KO NIH.. ALALALA CANTIK NYER.. SCALLOP KAT ATAS TU PUN CANTIK... GAMBO PEMANDANGAN SEANTERO KL GITEW... AWWW!~ NI LANGSIR SEMEPENA NAK POSE YER IJAH? SOK LANGSIR RAYE KOMPOM MELETOP LAGI KAN.. HAHAHA.. APEPUN LANGSIR BARU MU YG KALER2 PASTELBEGINI MEMBUATKAN GAMBAR2 MAKIN CANTIK MENARIK TERTARIK KO MEMANG DEBOM!~

anymz said...[Reply to comment]

Jah,dah cuti seminggu balas dendam betul ko ek?..tak nyempat2 masuk entri.akak baru nak panaskan vontot.

muhahaha...boleh akak bayangkan cara en daut kita tu bila bercakap..kan ke dia kata ritu balik KL nak diet..hah diet sungguh2 le tu gamaknya ya..
Abg kat rumah ni suka betul dgn cara en daut makan..siap kata.lenkali kalau buat jamuan jgn lupa ajak izahdaut tu..seronok tengok diorang..
betul zah,bila tengok cara dia bersantap hilang penat akak seharian masa memasak utk izah tu hari..hehehehe

Ayu Safieza @ Humaira' said...[Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
Ayu Safieza @ Humaira' said...[Reply to comment]

jah...waloopon sini masih pagi subuhnya..dan rambut aii belom bersikat nih...muahahaha...tetap ku mau disuap dengan angle rambut mu yang spicy itew.....aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrr......tgh nga nga ni jah!!!!

Amie said...[Reply to comment]

rupa parasnya pun secantik namanya.... rasanya pun mesti sedap!

quinnie said...[Reply to comment]

ramainye yg dah buat angle hair ni...kita ni nak suruh cousin belikan angle hair ni.dia sendiri pun tercangak2 bila dengarnya..hahahah...adeehhh...tengok je la org duk masak...sob...sob...

psstt...izah dah tukar rumah baru ek!! hhehehe

tun_telani said...[Reply to comment]

mula2 bukak terkonpius jap.. eh, rasa mcm click nama kak izah td, tp mcm salah masuk umah.. laaaaa.. tukar langsir2 n hiasan2 umah rupa2nya..

inahar ali said...[Reply to comment]

izah cayang..alahai lama x kesini..mcm2 menu melotupss akak termiss sudaaa..huhuu! kempunan sehh..

K.Nor said...[Reply to comment]

kak cajun? duta cajun.. hamboiiiiiiiiiiii.. kaya hakak! amin... hehehehe.. dah pandai sgt kata akak duta cajun, reka sendiri tag line, nanti akak bg komisyen 0.25% ngeeeee

jgn jd cam mek siam, dah kata benda ni pedas di tambahnya lagi dgn lada hitam hihi

che'iza said...[Reply to comment]

kompem pedas eh izah.... Wahhh I like spicy food.... Lagi pedas lagi syiok.... Kenalah cari angle hair nampaknyer ni....

Mas said...[Reply to comment]

ijaahh..aku pun suka angel hair masak gini...
sedapp kan...
weehhh...romantikknya langsir baru kau ni.....
cantikkkkk.....

HaSue said...[Reply to comment]

aku pun jatuh chenta ngan angel hair nih...dah buat2 lupa pada spagethi(tun telani je masih suke spagethi-dia ada tak kat umah ko nih jah?aku ngumpat dier nih?)haha..
sedap yer mekk..aku nyer stok angel hair dah abis..gi super aritu pun dah abis gak!

Zaliedana said...[Reply to comment]

Uii igt slh msk umah tadi..Awalnya gantung langsir baru..Angel hair mmg lagi sedap dari spageti kan,suke sgt,msk camner pon sedap..
Pstt kak Anim,amboi nak jemput izahdaut jer ke..

Anna Qawina said...[Reply to comment]

ada lg belen lps buat menu ni haritu..nnt nak try lagi menu lain dlm kategori angel hair..hehe

Naz said...[Reply to comment]

Izah, pc dah sihat la tu eh.. Akak gak yg masih menumpang-numpang lappy BIL ker komputer hubby kat opis ker.. huhuhu.. betul2 suruh rehat ni sampai dah rasa kemalasan nk update blog dah..

Best nampaknya menu ni.. Akak jugak yg tak termasak lagi 'rambut' ni hehehe..jgn mare ye..

Mama Hawa/Mama Nani said...[Reply to comment]

Salam Izah..aduh tak terkejar mama ngan N3 izah yg berderet2 nih...kejap* hehehe penat lah!!
Semua nyer best esp pizza upside down :P really looks delicious man!!

Yatie said...[Reply to comment]

eehhhhh ingat salah rumah tadi, header baru lagi...manyak cantek woooo...dahlah gambar2 makin lawo gilerrr..menu2 pun makin mantoppp..ghupernya masih Izah yg samalah..cayalah, semoga terus sukses..akak jadi verangan ni nak beli kamera yg canggih..kih3...

resipe-masak-makan said...[Reply to comment]

salam izah, uihh sodapnya rerambut pari-pari tu, mano nak dapek bondo tu

Juwita Jamaludin said...[Reply to comment]

gambar semakin meletop izah.. hihihih cantik.. sedap nampak angle hair awak tu..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ida,Japan
a ida, memang baru pun. baru lagi duk gode2.. hehee. betul tu, angle hair ni spageti yang halus kecik tu..

izahdaut said...[Reply to comment]

@canteq
a ah tu makan sorang tu. hehehe.. kuat tul melantak ek. nampak banyak tapi tak de la banyak sangat. sepinggan gitu la. saja lebih kan sikit sebb dah tau karang ada yg ngendeng. hihi.. dah link

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ezadlieza
kak lieza.. aci lah seminggu cuti. menu kiv belaka ni kak

izahdaut said...[Reply to comment]

@cik cek
kak cek mekasih sudi bagi award kat saya. nanti saya tampal ye awardnyer tu. meh kak makan, nanti saya buat lain utnutk kak cek...ehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@nOOrsha
woohh tq tq.. nanti raya kena ropol lagi banyak la ek.. ko tolong jahitkan leh sha. aku tak de masa dah ni.. nanti sah sah bz nak membiskut nak mendodol nanti.. ececehh.. yo yo jee

izahdaut said...[Reply to comment]

@anymz
hehehee.. malu aiii kak nim kata gituu. dia kalau makan gitu la kak nim. tapi time tibe tak de selera kite pun naik pening kak nim. lain kena air tangan org berpengalaman ni, cam kata ct tu kan.. sodap nyer tu.. fuh.. tu duk demand laksa kuah pekat kak nim tu. hahaa... bini dia tak reti nak buat. kalau nak amakn lagi suh gi umah kak nim jo.. kiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ayu Safieza @ Humaira'
oiitt gi gosok gigi dolu baru ngaga.. hahahhaa... apo lah ko ayu.. klako jeee..hehhe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Amie
kak amie kena try barumagine camner rasa dia. sedap.. 2 kali berturut2 saya duk makan ni. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@quinnie
tuko langsir je kak.. belum rumah baru lagi.. kiki.. lorr angle hair ni mmg la kena menelek sikit nak beli. karang tersilap lak karang.. tak pe nanti gi cari sendrik ek

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
sempena romadon ni, kak anim tuko langsir kkite nak tuko jugak.. hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@inahar ali
kak inaaaaa.. a ah lama tak nampak kak ina lepaking kat sini.. tak per, puan doc tak leh lepak slalu... kena mencurahkan bakti kan. ehhee

izahdaut said...[Reply to comment]

@K.Nor
kak norrr.. hahahaa.. uii dpt percent nak kena cari idea la ni...kak nor.. saya tambah gak lada hitam. baru wanggiii gitu. tapi mmg extra pedas. yg pelik dak kecik tu boleh pulak dengan tegarnya ngendeng angle hair pedas ni. pastu ke tandas ler dia.. heheee

izahdaut said...[Reply to comment]

@che'iza
aaa kompom memang pedas.. siuutt siuutt gitu. tabur sikit ngan lada itam mmg extra pedas gtu. kat macaroni pun boleh. tapi rasanya saya suke pada angle hair lagi

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
wahh makcik dah pandai makan menda alah ni ye.. tu la kan dah suruh try masak. memang kena gaya masak sedapkan. ce try lat macaroni lak. aku suke rebus macaroni tu lama sikit. laki aku suke lembut2 tak mo keras mcm kat restoren tu. sedap,,

izahdaut said...[Reply to comment]

@HaSue
eh ko tak buat lagi ek angle hair kak nor ni. sedap weh. aku pun blajo ngan ko la ni angle angle ni.. dulu aku tak nah beli sebab laki aku tak suke spegeti. tapi angle hair ni lembut sikit. sedap

izahdaut said...[Reply to comment]

@Zaliedana
hehehee... a ah langsir baru sempena romadon.. kiki.. sedapkan citi. akkak pun suka. lorr kak nim nak jemput tuuu..segan gamaknya. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Anna Qawina
apa lagi na, sebelum ko bersalin habiska stok. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Naz
kak naz, bila akak sebut rambut tu cam gerun lak dengar. kiki..

a ah kak naz, pc saya dah kebah dah. alhamdulillah

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mama Hawa/Mama Nani
ma kena buat pizza tu. recomended. kesedapan dia lagi up bila inti dia sedap. try aa

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
apa lagi kak yatie, tangkap la sebiji.. alaaa mintak la abang doctor akak belikan. kikiki... a ah header baru.. en suami saya tolong godek2 kan...hehhee

izahdaut said...[Reply to comment]

@resipe-masak-makan
trima kasih chef sudi jenguk blog saya .. uiikk chef lagi tau kann.. sajee tuuu..hihi

izahdaut said...[Reply to comment]

@Juwita Jamaludin
tq ita.. ita dah try ke masak gini. sedap. leh la try kalau nak versi pedas2 gini