CSS

Wednesday, February 29, 2012

Kuih Talam Cincau


Assalamualaikum..

Nak share resepi kuih talam cincau yang mabeles ni. Sebenarnya banyak menu2 ni semuanya dah lama dlm simpanan. So ni semua gambar2 lama la ye. Bukan la hari2 makan macam ni. Kalau ada demand, baru la masak. Atau pun ada bahan2 yang nak hampir expired ke kan. Bukan la menunjuk gambar masak2 ni nak menunjuk kemewahan makanan. Bukan.. sebab bukannya hari2 masak gini. Kadang kalau anak mintak nak makan kuih ke, atau nak memulang pinggan mangkuk jiran ke. Kalau ada demand dari anak pun, saya akan buat dlm kuantiti yang sikit je. Untuk minum petang dan dibawa ke sarapan esok. Takut juga di ajar anak ni makan mewah2. Nanti tak reti pulak makna susah.



Kuih talam cincau ni, memang sedap. Setiap layernya memberi rasa yang berbeza tapi sangat sedap bila dikunyah bersama di dalam mulut. Rasanya dah 3 kali saya buat talam ni, tapi tak sempat nk sharekan resepinya kat dalam blog ni. Layer colkat tengah2 tu sedap n lemak. Layer putih tu lemak2 aje tanpa gula dan layer hijau wangi dengan pandan. Kepada yang gemarkan kuih kukus gini, masukkan dlm list, sebab tak rugi mencuba kuih ni. Feberet saya. 



Diingatkan ini bukan resepi saya, bukan saya nak promote resepi sendiri dan memuji2 resepi dan masakan sendiri. Tapi setelah diuji sampai 3 kali, memang terbukti ianya sedap. Dan setiap kali saya buat kuih ni saya akan perbaiki teknik kacau adunan atas periuk kemudian dikukus. Dulu2 mesti tak pandai. Tapi sekarang insyaAllah.. sikit2 dah nampak menjadinya. Cume bab potong kuih gini, masih fail bnyak. Kikiki.. Resepi diambil dari mjalh RASA Ogos 2007. Terimakasih buat chef Fauziah Jusoh.


KUIH TALAM CINCAU
sumber: MAJALAH RASA ogos 2007
resepi: Chef Fauziah Jusoh

BAHAN 

A
550 ml santan pekat
200 gm cincau * dihiris memanjang
175 gm tepung beras
sedikit garam

B
500 ml santan
150 gm gula
3 biji telur * izah letak 2 biji
90 gm tepung gandum
1 sk serbuk coklat * izah lebihkan
secubit garam

C
500 ml santan
90 gm tepung gandum
2 sk tepung jagung
1/2 sk pes pandan *izah letak 1 sk
1 sk esen pandan  * izah tak letak
120 gm gula *izah kurangkan
secubit garam


caranya:
Panaskan air kukusan sehingga mendidih.
Kacau adunan A dalam periuk di atas api sederhana. sehingga sedikit pekat
Masukkan ke dalam loyang dan kukus slama 10 minit.

Kemudian satukan bahan B di dalam bekas, sebatikan dan kacau atas api sederhana hingga sedikit pekat. Lapiskan bahan B atas adunan A yg telah dikukus. Kukus pula selama 10 minit.

Sambil itu, satukan bahan C, kacau atas api sederhana sehingga sedikit pekat dan tuang atas lapisan B yang telah dikukus.

Kemudian kukus kuih dalam 20-30 minit. Sejukkan dan boleh dipotong.




Tips elakkan kuih berair dipermukaan =dari ratu talam kita, kak Yatie:

1. Pastikan air kukusan betul2 menggelegak. Baru diletakkan kuih. ini mengelakkan bahagian atas kuih kukus berair dan lembik.

2. Salut penutup kukus dengan towel untuk mengelakkan air menitik atas kuih.

3. Atau jika tidak disalut tuala, lapkan tudung kukusan 4-5 minit sekali.

4. Atau tutup loyang dengan aluminium foil untuk elak air menitik.

5. Jika terdpt juga sedikit air dipermukaan kuih, ambil tisu dan tekapkn dgn perlhn dipermukaan kuih. 








30 comments:

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Salam Izah aperpun kuih2 Izah tetap best.. kerajinanmu tetap menjadi Idola he he he.. tak kiralah bila ko masak Zah.. yang penting erma akan terliur tiap kali tgk n3 mu itew hu hu hu... nampak sedap tu.. lapisan yang kemas..

mala said...[Reply to comment]

salam izah, cantiknya talam tu ... rajin dan mmg sabar sungguh izah ni buat kuih2

Nadz Nazharzan said...[Reply to comment]

Wah Izah..nak lawan ratu talam kita kak yatie ker ni..hehehe..
Comel3x kuihnya..
Potong kuih cam ni mmg tricky sikit kan. Kalau tak hati2 jadi bersememeh lak.. Eh??? Paham ker bersememeh tu????

Akak nak setengah loyang tu ok!

Mama Ann said...[Reply to comment]

Buka aja blog tengok kueh talam cincau pulak..Ish..ish..ish..rajin sungguh anak mama ni..Tk tidor agaknya Izah ni..resepi yg dulu2 tu pun mama tk terbuat lg..Shabas Izah..love you..

Gee® said...[Reply to comment]

Rajin bebenor la ko ni Jah oii... teringin pulak nk mencuba...

Unknown said...[Reply to comment]

nampak terpikat la izah...

Liza said...[Reply to comment]

salam izah...rajin buat bnyk lapis cmni kan...mmg berbaloi la kan, sbb tgk pun dah tau sedap...ingat dihati nk mintak sikit, tp mst dh jd baja kan....ekekekekekee

tun_telani said...[Reply to comment]

sungguh! tun malas nk wat kuih talam. seumur hidup belum pernah wat sekali pun. bila ntah nk pecahkan rekod diri sendiri mencuba wat kuih talam nih. agak2 bila buat xleh berenti pulak kan =)

Kamalia said...[Reply to comment]

jeles..yang ni tak dapek nak buat..huhu.
terliur nampak kuih ni tapi buat2 keraskan hati..haha

Qasey Honey said...[Reply to comment]

nti htr yea kuih talam ni kt umh sya ptg ni...
sedap la pulak tgk

Only Fish Recipes said...[Reply to comment]

wow...I'm totally impressed....from where do u get such lovely recipes.....they look absolutely gorgeous n so colorful :-)

Anonymous said...[Reply to comment]

kuih mcm ni suka tgk ye, makannya tak gemar, tapi cantik je combination kaler dia kan

HaSue said...[Reply to comment]

Izah guna cincau dalam tin tu ke?atau dalam tin minuman tu atau izah buat sendiri?hasue sukaa cincau2 ni..cincau susu sedapp tau..tapi itu minuman ler kan izah kann...kuih talam gini hasue tak pernah buat lagi..kalau benar sedap,nak juga mencubanya nanti.. *sila baca sepenuh perasaan

Anonymous said...[Reply to comment]

Assalam Izah, rajinlh izah, tabik springgg..akk mmg tk leh..akk suka dgr celoteh izah tetap menghibur..i likeeeeeeee....dh puji2 ni..tk kan tk hulur kuih talam tuu...nakkk cikitttttt..... :)zila66

izahdaut said...[Reply to comment]

@HALAMANKU
terima kasih erma dgn kata2 sokongan tu. tambah semangat lak ai.. hahaha... tapi lapisan tu mmg cantik sama tinggi nyer kan. tu sebab resepinya la.. yang tukang buatnya ikut aje. he

izahdaut said...[Reply to comment]

@mala
buat cepat2 je ni, time anak2 lepak tidur ke tgok cartoon ke, aaa mcm lipas kudung ketung ketang kat dapur. hahaa...tapi kuih ni nampak cam susah. sebenarnya mudah je

izahdaut said...[Reply to comment]

@Naz / Nadz COSK
wooooooooo kak naz, tak terlawan saya dengan ratu talam kak yatie tu kak. hahaa.. jauh ketinggalan.. tu la. kuih ni mmg kena pastikan betul2 sejuk baru elok dipotng, sebenarnya saya nyer pisau plastik ni bengkok sikit. sebb tu potongan tak cantik. kiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mama Ann
i love u too mama.. ala mana ada rajin sangat. bua cemil2 lan anak2 je mama. pastu nak pulang pinggan mangkuk jiran, dah mcm buat rete sendiri dah mama. hehe..ni pun gambar laam2 tertangguh. bukan tiap2 hari pun rajin nak buat kuih.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Gee®
kuih talam ni sedap kak gee. saya nah jugak try withou cincau. buat bodo gitu je kan. sedaapp. suke layer yg tengah tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@norlieharumaini
tq.. saya pun terpikat dari gambar majalah.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Liza
a ah kak, baja cap apa dah kejadiannya. hahaa.. amik resepi jela kak liza ek

izahdaut said...[Reply to comment]

beum pernah buat kuih gini ek. try la sekali. bawak gi bakat.. eh bakat ke apa majlis tu tun? hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kamalia
sebab apa lak ko tak leh buat kuih ni lia? santan tak de ke? kiki.. tak pe la. buat2 ko pandang sekut mayat jela kuih talam sedap ni ek. kiki...

izahdaut said...[Reply to comment]

@Qasey Honey
ala dah habissssss... kena buat sendrik la nampaknya QH

izahdaut said...[Reply to comment]

@Only Fish Recipes
thank you dear...

izahdaut said...[Reply to comment]

@HaSue
mcm tak dep erasaan je aku baca komen ko ni sue? ko tak sihat ke? akakkaa

izahdaut said...[Reply to comment]

kak zilaaaaa.. akak la satu2nya kawan yang saya tunggu muncul dengan blog. napa tak mo blog kak? share resepi2 kak. jom jom.. tq kak kata2 yang memeberi semangat tu.. hhee

Acik Erna said...[Reply to comment]

assalam izah..tergoda betul dengan kuih talam izah ni.mesti sedap kan.

Yatie said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah,
bila petang ni baru free sikit...alahai buat akak terliur lerrr tngk kuih2 mcm ni...warna yg menawan dan tentunya memikat selera....mcm skrng je nak buat...dah kira ok sangatlah Izah kuih tu...potongannya pun kemas...

pssttt...Izah akak ada satu permintaan....tolonglahhhhh..tolonglahhhhh jngn panggil akak ratu talam...ramai lagi kawan2 di luar sana yg lebih mahir buat kuih2 mcm ni...akak takmo ada yg rasa meluat dngn akak di sebabkan gelaran itewww....pleassseeee..rentikanlah ya....ni akak ckp betul2 tawwww..harap Izah faham ya..

Unknown said...[Reply to comment]

assalam Izah!! huhu...saya mai ni dpt aura kuih talam ni terus terjah sini...wahhh memang best ni nanti boleh terai..hehe tq:)