CSS

Wednesday, October 12, 2011

Nasi Ayam Hainan


Assalamualaikum..

Nasi ayam hainan yang sempoi simple tapi sedap. Saya suka. Pasti dibuat lagi sebab utamanya ialah nasi ni enak dan mudah. Secukup rasa. Terima kasih Ros Jintanmanis. Cume akak derhaka tang sup tu je, letak sayur2 kat sup tu. Biar anak2 makan. Diorang tak reti lagi makan timun, jadi saya letak sayur2 dlm sup.  Walaupun ayam saya tu tak berapa nampak ke hainan nyer, sebab tak berkilat bila kulit ayam dah dibuang, tapi rasa dia mmg sedap. Anaak2 pun suke walaupun saya agak saspen nak bagi makan ke sikecik kot terfobia bau 'bawang putih'... hehe.. *senyum ke Kak Nor* .tapi alhamdulillah diorg makan dengan seleranya.


NASI AYAM HAINAN


Bahan-bahanya

Bahan A
1 ekor ayam ( ros guna yang se ekor 1kg tu)
3 biji bawang putih dicincang halus atau diblender
1/2 buku halia saiz sederhana ( dipotong nipis)
1 kiub pati ayam maggi
sedikit garam

Bahan B ( untuk sambal lada)
1 biji capcicum merah ( leh guna lada merah)
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana ( agak2 je)
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan


Bahan C
4 cawan beras biasa atau beras jasmine ( kuantiti beras ikut isi rumah)
2 sudu besar minyak
2 biji bawang putih
2 inci halia ( dihiris nipis)
1 sudu besar minyak bijan
( kalau nak letak daun pandan pun buleh kasi tambah wangi)

Bahan D ( sup Ayam)
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
daun sup

hidangan sampingan
salad
timun
tomato



Caranya ( untuk ayam)

1. Mula-mula letak se-ekor ayam dlm periuk dan masukkan air, biar ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam, rebus ayam hinnga masak lebih kurang 1/2 jam. angkat ayam dan ketepikan.
Air rebusan ayam tu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti.
bila nak makan nnt baru potong dan letakkan sedikit kicap cair ( ros guna soyu), renjis minyak bijan dan hias dgn hirisan daun sup.

2. Buat sambal lada- blender semua bahan B dan masak hingga agak pekat.

3.  Untuk sup dan nasi pula, Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bagi Bahan C iaitu bawang putih, dah halia, setelah agak garing separuh bahan tumis tu di curah dalam
dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam nanti,  masukkan separuh air rebusan ayam tadi, masak nasi seperti biasa dan masukkan juga sedikit minyak bijan.

4. Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api, ok dah siap, hidang bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu nasi ayam hainan ni. Walaupun step nye nampak banyak, tapi bila dah buat senang je, tak guna banyak masa pun. Selamat Mencuba.



42 comments:

Anonymous said...[Reply to comment]

sib baik dh petang...kalau tghri td..sah sah tergoda..pernah makan tak nasi ayam hainan kat kedai..ade satu kedai kat ssini..tang bahagian kulit die ala pinky2 gitu..:)

sabar dubai said...[Reply to comment]

salam..

alahai kak izah basah kite nye keyboard..hulur2 laa kat kite sepinggan hehehehe

Ruby's Delight said...[Reply to comment]

aduyaiiii..sedapnyer..nasib dah ke petang dah ni, kenyang..hehehe..

JaSSNaNi said...[Reply to comment]

nyum nyummmm... mai sini plak.. singgah petang.. oiiihhhh sedapnye nasi ayam... terus ingat nak balik ni wat.. ni tengah tepon anak kat umah soh jangan masak nasi.. kang kalau dia masak nasi tak jadi la nak wat nasi ayam..

zarin said...[Reply to comment]

oh! oh! oh! akak punya favorite nihhhh..tp jarang buat sbb hb suka ayam goreng huhu
lenkali kalau izah wat lg jgn lupa jemput akak dtg umah ye :D

eliyaezlinalias said...[Reply to comment]

ooooo..camni rupanyer cara mbuat nsi ayam hainan tu...hehehe..slalu buat nasi ayam melayu jek..huhuhu
mekasih la sudi share~~~

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

sama ngan akak kalau ayam... mesti semua di buang kulit sebelum dimasak.. tu kdg jd tak cun utk certain2 masakan.. hihi.. tp takperlah kan... demi kesihatan..

cantik nasi ayam izah tu.. nampak sebutir2 nasinya... pakai beras apa tu? akak masak guna beras murah jekk.. kekeke...

Lieya said...[Reply to comment]

Amboiiiiiiiiiiiii sedapnyeee nasi ayam hainannn,, meleleh air liur

Yana Shaiful said...[Reply to comment]

nyumnyumm..dh lama xmkn nasi ayam hainan..suka bau bawang putihnya.. hmm..wiken ni kna tambah vitamin R sikit kot2 jd nasi ayam nii..xtahan tgk kak Izah punya nasi hehee

Zalieda Zaliedana said...[Reply to comment]

Kak Izahhhh,tang bawang putih tuh ai fahammmm,sambil tersenyum,eh nak tergelak pon ya juga nih..Xperla utk kepentingan bkal adik muaz n abahnya,wakaka..Sy nasi ayam jenis hainan nih,mkn xpernah,wat sendri lagi lah xpernah kak..Sedap eks..

Yasminhamid said...[Reply to comment]

assalamualaikum.. minta izin nak link blog izah kat blog saya yer.. senang nak try resepi... terima kasih...

Nadz Nazharzan said...[Reply to comment]

Amboiiii..set nasi ayam diyer..cam kat kedai.. nak 2 set utk akak.. cantik pic izah...

Hanim said...[Reply to comment]

mmm nasi ayam...baru jer makan minggu lepas kat TCR(the chicken rice) camne ek nak buat ayam yg lembut cam diorang ek? lembut jer n xmudah hancur plak tu. anak kecik mkn banyakkk.

Juwita Jamaludin said...[Reply to comment]

yum yum.. ita suka juga nasi ayam hainan ni sedapkan

liemaopurut a.k.a ana said...[Reply to comment]

nasi ayam hainan memang sedap..lagipun proses nak buat tak susah. nyum nyum

Chah said...[Reply to comment]

Mula2 hulur 5 hengget utk sepinggan nasik ni..bila dh rasa terus letak 50 hengget...keep the change!

Aza/Rin/Na said...[Reply to comment]

..samalah kita bernasi ayam hari ni ya cik izah...cuma kak rin buat yang bese2 je - nak cepat tapi anak2 suka..yang ni nampak menyelerakan - insyaAllah ada masa kak rin cuba resepi ni pulak, tq

♥♥azatiesayang ♥♥ said...[Reply to comment]

salam izah,umah k.atie ni time anak2 blk bercuti br la rajin nk masak nasi yg pelbagai ni.bila tinggai berdua ni..masak simple2 jer :)

rahel said...[Reply to comment]

Waw..menyelerakan sungguh..tak pernah wat lagi..ada masa nak try gak...best ni..

Printable Recipes said...[Reply to comment]

great recipe. i have my own recipe for hainan chix rice if you wanna check out! here - http://singaporelocalfavourites.blogspot.com/2009/09/hainanese-chicken-rice.html

Arizakiah said...[Reply to comment]

Dah lama akak nak dapatkan resepi nasi ayam hainan.....terima kasih izzah!!!!!

izahdaut said...[Reply to comment]

@chikadakbiru
tu la sebab post ke petang2 sikit kan. hehee.. akak tak pernah makan nasi ayam hainan kat kedai rasanya. tapi mmg duk teringat la ayam dia tu berkilat2 gitu

izahdaut said...[Reply to comment]

@sabar kagawa japan
sepinggan cukup ke? dah gi godek sendiri. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ruby's Delight
hehe kak tun,betul tu, saya baik sikit kak..tak nak goda goda la kan.

izahdaut said...[Reply to comment]

@JaSSNaNi
kak nanai jadi ke nasi ayam hainan nyer? hehee..nasi dia elok lembut je ..mmg trasa la ke hainannyer

izahdaut said...[Reply to comment]

@zarin
tu memang kena ikut slera suami la kan kak. kalau makan luarr leh la cari nasi ayam hainan. tapi saya tak pernah lak try

izahdaut said...[Reply to comment]

@eliyaezlinalias
simple je kan. lebih menggunakan bwg putih n halia. simple tapi sedap

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
ye la kak, memang dah terbiasa buang kulit. kecuali kalau nak goreng tu ada la jugak yang tak buang nyer. itu pun kalau ayam tu mmg nampak sangat fresh n kulit di pun cantik. kalau tak mmg siat punye. hehe


ala kak madihaa.. saya pun pakai amik je beras nyer.ikut selera hati je kan.. huuu sabau jelaaa..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yana Shaiful
kaaann.. memang bawang putih elemen penting nak membuat ayam ni. tapi setara ngan rasa halianyer tu.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Zaliedana
hahaha.. ct senyum kan kan kan.. hehehe.. tu la, akak pun seingat2 mcm tak pernah je makan nasi ayam gini.selalu tu tengok je org buat n kat kedai. tapi tau la bau2 dia banyak bawang putih n halia. tak terliur sagat sebab ayam nyer putih je kan. tapi teringat bebudak ni suke ayam rebus2 gini. alhamdulillah ddiorg suke sebab ayamnyer lembut je. diorg ni ayam kalau goreng kureng sikit

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yasminhamid
trima kasih.. nanti saya terjah blog nyer.. eh ke dah terjah ye.. lupa lak. hehee..ke yang cikgu tu kan..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Naz / Nadz COSK
dah habis kak naz. gi buat sendrik. cantik ye.. tq tq..kombang idung den!!

izahdaut said...[Reply to comment]

@Hanim
kann.. saya pun tak de la jawpaan nyer. mungkin tu la rahsia diorang kan. ada la teknik2 n caranya tu.. cara perap ke cara masak ke.. kan.. hehehe...

izahdaut said...[Reply to comment]

@Juwita Jamaludin
sedap juga.. tapi bila tengook mcm tak selera sangat nengokkan ayamnyer yg putih gitu kan. tapi bila cicah ngan sambal nyer tu n nasi yg harum tu.. wah sedap

izahdaut said...[Reply to comment]

@liemaopurut
kan.. simple tu yang penting. kejap je embuatnyer

izahdaut said...[Reply to comment]

@Chah
hamboii baik nyer customer gini.. nak kena bagi extra hidangan la ni kan. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Aza/Rin/Na
yang ni pun simple jugak kak rin. tu yang saya buat tu. dah..sya dah tengok nasi ayam simple akak tu. mmg nampak sedap walaupun smple. nasi ayam campur kot. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@♥♥azatiesayang ♥♥
tu la kan kak. masak yg simple2 jela kak. nanti tunggu anak2 balik la nampaknyer kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@rahel
try la..simple tapi sedap gak layan nasi hainan ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@Printable Recipes
tq share the recipes. i will check it soon. tq

izahdaut said...[Reply to comment]

@Arizakiah
versi simple tapi sedap kak

HaSue said...[Reply to comment]

Ko pasti ke dah kayuh beskal banyak kali lepas mkn nasi lemak nih?kihkih
dah lama aku x mkn nasi ayam..kang aku pakai alasan ngidam nak suh ko buat leh dak leh dak?