CSS

Thursday, October 13, 2011

Rendang Ayam Gaharu


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. Harap semua2 nya ceria dipagi yang nampak cerah ni. Dan doa-doa saya buat insan2 tersayang semoga urusan dipermudahkan Allah dan sihat tubuh badan fizikal dan mental untuk mencari rezeki hari ini. 

Rendang ayam ni dibuat setelah Ct payung post rendang ayam feberet suaminya. Memang duk terpikir nak habiskan ayam bersepah dalam esbox tu. Bukan bersepah apa, ayam yang lebih2 kepak, lebih2 tang tulang, paha sikit2 tu la. Sbab biasa untuk anak2 saya guna kan isi ayam, jadi lebih bahagian tu bila simpan, nak buat goreng karang, terpikir saya je beria2 makan. Orang lain kureng sikit ayam goreng. So bila tengok rendang gaharu resepi Cik Mat Gebu ni, sangat memikat hati. *jangan ditanya kenapa namanya gaharu..hehe* Memang saya ikut resepi sebiji sebijik tak de derhaka. Sebab memang saya gunakan dalam 17-18 potong bahagian ayam. Agak2 dlm sekor ayam la tu kan. Dan pada saya rendang ni memang sedap. Cukup rasa rendang nyer. Pedas sebab menggunakan cili padi. Cume kekanda saya komen kurang kuah. Aaa itu selera dia la, nak banyak kuah kan. Terima kasih CT dan CMG.




RENDANG AYAM GAHARU
resepi: CMG


BAHAN-BAHANNYA :

1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
500 ml santan
2 camca besar kerisik
3 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
5 batang serai, hiris halus
1 inci kunyit hidup
25 biji cili padi siam *izah lebihkan

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus



CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.
Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.
Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti...



23 comments:

Mama Hawa/Mama Nani said...[Reply to comment]

Slmt Pagi Izah...
wah3x menggancam sungguh mama tgk rendang ayam gaharu.. kalau dpt ayam kampung yg liat2 lagi sedap kan3x

izahdaut said...[Reply to comment]

mama hawa..
mama pun suke ye rendang ayam kampung. sama la kita.. rendang itik pun sedap. tapi nak kena gaya jgak memasak nyer tu

Anna Qawina said...[Reply to comment]

sudah gaharu cendana pula
sudah ku tahu nak tanya juga,
itu rendang saya suka,
sudah habis atau masih ada?

ok tak pantun aku? hihi..

Ummi said...[Reply to comment]

Izah, sedap kan rendang ayam ni...nasib baik akak dah penah buat...xpun mst garu-garu dagu nak mintak dgn Izah....hehehhe, tp kalau nak bg akak, apa salahnya...kecil tapak tgn, mangkuk sioorrr akak tadahkan... :))

Anonymous said...[Reply to comment]

tak pernah lagi cuba rendang ayam gaharu nih...mesti sedap kan..tgk bahan2 pun dh tau memang menyelerakan..tq for sharing da recipes

Yatie said...[Reply to comment]

wowwwwwww..menyelerakan sungguh pepagi tngk rendang ayam gaharu ni..lapor lerrrrrr...akak pun dah pernah buat ikut resepi ni...sedap sungguh...

rahel said...[Reply to comment]

Sedapnye lauk Izah Hari ni...

Ida,Japan said...[Reply to comment]

nmpk dh tahu sedap sgt rendang izah ni....ngaper namanyer gaharu erk

♥♥azatiesayang ♥♥ said...[Reply to comment]

salam Izah..rendang gahuru ni dah berbau sampai ke umah k.atie ni..mai sepiring:D

cik cek said...[Reply to comment]

Dtg sini pepagi...nak ngendeng rendang ni...:D

Azmie & Vivie said...[Reply to comment]

wah!rendang ayam gaharu...pasti sedap! nak sikit kak! =0)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...[Reply to comment]

Izah dah nampak rendang tu terasa nak masak nasi impit pulak.Kalau makan dengan nasi impit pun mesti sedap ni kan?

Acik Erna said...[Reply to comment]

izah..rendang baru ni...belum pernah jumpa rendang gaharu.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

izah.. ingatkan rendang ni nak kena letak kayu gaharu.. hehehe.. jenuh ler akak nak cari kayu gaharu tu.. kalau setakat kayu manis tu mmg byk dlm gobok buruk akak tu.. kekeke....

mmg nmpak sodap tuu.....

Nadz Nazharzan said...[Reply to comment]

Assallamualaikum Izah..
Cantiknya kaler rendang. Akak suka yg cam ni.. Basah2 sikit.. Sedap makan dgn nasi atau makan dgn nasi impit..

Chah said...[Reply to comment]

ohh..ada buah keras ek? mesti lagi lemak merdu..nape nama gaharu??..nape? nape? orag tk bagi tanya gedik juga nk tanya..LOL tq izah..

Zalieda Zaliedana said...[Reply to comment]

Kak Izah,sy pon ritu mmg ikut sebiji2 resepi tanpa diderhaka kan,mmg sedap kan..Kira mmg secukup rasa kan..Smpai print resepi bawa g dapur la,mula igt nak bawa lappy ajer,pastu hb tlg printkan rcp,hihi..Suka betoi ngan resepi nih,mmg the best..

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

izah,wangi mcm bau gaharu ke ayam ni..kalau tgk mmg tahu yg bau wanginya mesti 1 rumah..:)

*dah cuba teknik hari tu..kalau izah buat mesti lagi cantik..imej bunga kantan tu aperture f/3.1,focal 5mm,ISO 125...

pastikan sekeliling malap..subjek lebih kurang 1,2 kaki frm kain hitam.

ibundo said...[Reply to comment]

Kok ada tanah tebiat kat kampung tu tanam pokok gaharu zah, boleh jadi toke minyak wangi hehe..
ayam ko nampak very the sedap ma.. colet ngan nasik impit mak ai...

HaSue said...[Reply to comment]

serius aku lapo nengok rendang ko tgh2 mlm nih..
memula tgk gaharu mmg aku terbyg pantun cam si anna qawina tu.. pastu baru ingat gaharu yg satu lg..hee.. napa ek nama dia ayam gaharu?eh..ko ada larang supaya x tanya ke ek?cer ko jwb

quinnie said...[Reply to comment]

makan rendang ni paling best kalau ada lemang sebatang...hehhehe....raya boleh cuba masak rendang gaharu ni..ada beza skit dari yg kita selalu masak..ada taruk belacan pulak....lama betul tak makan rendang....

Sue @ Nenie said...[Reply to comment]

Salam..ye ye ye..saya pun dah buat rendang ni..sedap dan berbaloi-baloi...

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

wah menyelerakan sungguh tgk rendang tu izah.. akak pun masak rendang ayam smlm.. tp versi segera punyanya.. :)