Friday, October 28, 2011

Mihun Goreng Tomyam


Assalamualaikum..

Selamat pagi.. Dah sarapan belum? Sah  la dah kekenyangan kan. Takpun kalau belum sarapan terus aje makan lunch. Kadang2 ada jugak jenis perut yang tak berapa lalu nak makan sarapan walaupun sarapan tu penting. Ye le..perut masing2 kan. Hehee.. Macam saya pulak, dah terbiasa dari zaman skolah dulu, seawal 6.30 pagi perut dah kena isi. Jadinya mmg sarapan ni agenda wajib la dalam hidup walau busy mana pun.  

Bihun adalah slah stu menu sarapan yang simple tapi sedap. Kena pulak cara masaknya, haa memang sedaplah. Resepi bihun ni adalah resepi kak Nor SGN67. Sebenarnya dah 2,3 kali dah juga saya masak style kak Nor ni. Cukup ngan idak je bahannya.Pastu sempat dan tidak je nak snap gambo. Kali ni saya buat untuk anak2, jadi nyer saya skip  perkara2 yang mendatangkan kepedasan dalam resepi ni. Alhamdulillah ..memang sedap tau. Bagi yang belum mencuba la. Resepi ni dah berlegar merata dah. Dah lama pun ada dipost di myR oleh kak Nor. TQ kk Nor yeeee.... Senyum..tak perlu kata apa apa..kan kak Nor kan..

*Bihun saya ni versi pucat sikit sebab telah dikurangkan bahan2 yang mendatangkan kepedasan. 



MIHUN GORENG TOMYAM

Bahan-bahan ( 7 org makan )
1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan
300gm udang
200gm isi ayam
3 ulas bawang putih - diketuk
5 ulas bawang merah - dikisar
2 batang serai - diketuk sedikit
2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)
cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
1 biji telur
3 helai daun limau purut - dicarik2kan
sayur kobis - di potong pjg (halus)
carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)
2 biji tomato - dihiris nipis2
1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
daun saderi

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur
Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan
Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang)
Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus



50 comments:

K.Nor said...[Reply to comment]

^_______________________________________^
jah.. senyum akak makin lebor ni... hehehe

amboi.. mentang2 la udang dah dpt naik tingkat 17 :P

izahdaut said...[Reply to comment]

kak nor...
hahahhaa... biasaaaa... kalau dapat udang beso beso lagi best kan kak nor kan. senyummm senyum jgn tak senyum..

rahel said...[Reply to comment]

Selamat pagi Izah..sedapnya pagi2 pekena mihun...nyam..nyam..suka.

mala said...[Reply to comment]

assalamualaikum izah - singgah makan bihun. have a nice weekend!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...[Reply to comment]

Salam Izah.Tengahari ni kira tak payah masak la...keneng2 kat sini sepingan..boleh???

Tina Othman said...[Reply to comment]

saya pun suka jugak masak bihun tomyam ni, tak muat sebab ada rasa masam2 kan

Hezrin Ahmad said...[Reply to comment]

huwaaa... laparnye... nak sket

cik cek said...[Reply to comment]

Izah....
Kak cek nak sepiring...:D

tun_telani said...[Reply to comment]

morning kak izah! ^^ lama x nmpk mee kat dapur akak nih.. hihi.. tun pun sama ngan akak, wajib makan bekfes. bgn tido, mula2 tu cari air nk minum. pastu selagi x makan,selagi tu laa huyung je rasa.. low blood glucose.. pelik betol gemuk gini pun blh low glucose.. huhu

Liza said...[Reply to comment]

salam izah...dtg nak mintak bihun grg ni...kita tukor ngan kari tenggiri, nak? hihihi

Qhaifa Nur said...[Reply to comment]

meriahnya bihun ni penuh dengan udang...pasti menyelerakan

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Izah

mihun semanggkuk ya puan. cepat sikit ya, lapor dah ni. udang2 tu letak sikit tak apa..hahaha

ni mesti sedap sebab meriah betul mihun izah ni. Tapi kalau tak nak letak kiub tomyam ganti pes tomyam boleh tak izah. mesti lagi harum kan :)

Ribbon Clown said...[Reply to comment]

izah,

dr ritu lagi kita nmpk org buat mee/bihun tomyam goreng.. nmpk sedap sgt.. tp malas nak grg sendri hahaha


pos sket ke SG..!!! ;p

iva | in my kitchen said...[Reply to comment]

wahh..kalau sarapan mcm ni kan best! hehe..saya malas betul nak buat sarapan mcm ni..hubby dan anak makan cereal je every morning..jadi saya tak makan pun breakfast..terus pegi lunch hehe...thanks for sharing kak!

dZana said...[Reply to comment]

sedap ni izah.. teringin pulak dah ni.. tu yg malas nk BW .. hihihi

Kak Sam said...[Reply to comment]

Amboi dah mula menggoda balik. Akak pun dah beberapa kali buat. memang terbaik resepi ni. FYI hari ni akak bekpest nasi lemak + mee goreng + kek coklat cheese + donut + sosej+ karipap + macam2 lagi. Huahhhhhuahhhhhuahhhh dietku telah terkubur

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

nmpak pn dah tau... musti sedap ni... kalau dua beradik tu tak abis.. leh pos ke pj sikit.. hehe..

Mamasya said...[Reply to comment]

Aslmkum Izah...penuh udang bihun ni...nampak pun sedap.
re, Izah...betul tu kerutuk mmg femes belah Kelantan biasa dijadikan lauk kenduri..

Ezadlieza said...[Reply to comment]

Aduh izah..asal BW jer semuanya jd teringin...terung bersantan pun tingin...mihun ni pun tingin...aduhhh..

HaSue said...[Reply to comment]

cam bersengaja je udang tu duk di bibir pinggan..aku ni dah lama x mkn udang tau..aku nakk

Yatie said...[Reply to comment]

SEDAPNYA TNGK MEE GORENG TOMYAM NI..TERASA HARUM JE...lenkali nak masak mcm nilah..Hamka mmng suka tomyam....mesti dia suka gak mee mcm nikan....

inahar ali said...[Reply to comment]

tok..tok..tokk..nk tumpang lunch kt sini rini..akak x masak mamam roti jek tadi..huhuu!!

Totie@Tomy said...[Reply to comment]

WAH SEDAPNYA BUAT SARAPAN PAGI PUN SEDAP NI...

Ida,Japan said...[Reply to comment]

sedapnyer izah...mesti dh abisss ni...terlambat jer selalu

Rima said...[Reply to comment]

Oh noooo Izahhh.. tadi tak makan dinner and baru cakap dgn my hb that i feel hungry.. lagi ku blog walk lagi lapau perut ku ini.. lagi lagi tengok si bee hoon ni.. i like bee hoon.. tak kira lah masak aper..

Ryo Azhar said...[Reply to comment]

wahh.aku suka mihun gini.......nak nakk

quinnie said...[Reply to comment]

kita jugak yg tak pernah menerai resepi bihun kaknor ni....tapi pernah buat jugak dulu..ikut resepi chef wan...kekeke...selalu terbantut nak buat sebab tak dek daun..huhuhu

izahdaut said...[Reply to comment]

@rahel
bihun ni slaah satu menu sarapan yang ringan kan. tak berat sangat

izahdaut said...[Reply to comment]

@mala
waalaikumussalam warah matullah..
tq ... singah lagi ye.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot
kak ros.. jgn kenen2 kak ros, kak ros gi godek je kejap kat dapur. tak kisah la bebahan apa yang ada. yang penting ada paste tomyam tu. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Tina Othman
betul betul. pastu suke bila menggigit kobis tu. mmg saya suke kobis berbanding taugeh. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Hezrin Ahmad
nikan sekali hadap je hezrin. terpaksa la kena godek kat dapur sendiri ek. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@cik cek
kak cek dah jadi baja kak cek. ngehehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
ooo yekee... mmg wajib amik bf la kan tun. take care yee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Liza
wah kari ikan tenggiri. sedapnya.. tak sempat la nak merasa kari ikan kak.. tak sempat nak jenguk akak lagi. nanti saya datang ye kak

izahdaut said...[Reply to comment]

@Qhaifa Nur
alhamdulillah.. kdg2 tak kena ngan tekak kita, yang penting subjek tu yang berselera.. haha anak2 la tu. sapa ke lagi kan.. tapi bihun ni mmg best, tu dah 2,3 kali buat tu kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@CT Delima
betul kak ct, saya letk kiub je la sebab kiub ni kurang pedas dari paste. tapi memula dulu letak paste. mmg lagi sedap n wangi

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ribbon Clown
aiyakkk kalau malas mmg tak dapek nak tlong.jom kita pekena kat warung jela bihun. kdg2 saya suke org lain masak dari saya masK SENDRIK. HAHAHA

izahdaut said...[Reply to comment]

@iva | in my kitchen
anak2 akak pun makan careal gak, tapi kan diorg ni jenis cepat jemu. mmg tak mandang dah. hehe memang la kena pelbagaikan. hubby akak tu lagi ler tak leh menda berulang. aduhh pinjam selera suami eva jap.. huhu

izahdaut said...[Reply to comment]

@dZana
tu la kan kak zana. kalau boleh pakai ingat kat otak je terus cari menu. kalau bw ni..gii la penyakit nyer. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kak Sam
amboi kak sam.. melampo tu tak ajak saya sekali tu. ehehhee

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
a ah kak, susah jugak nak kena ngan selera budak ber2 tu. alhamdulillah kalai ni menjadi n kena ngan selera

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mamasya
terima kasih ma bagitau. kena cari rempah kerutuknyer la kan. tak nah nampak lagi ada kat supermarket

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ezadlieza
kena la try tu. mmg kena ngan selera tu. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@HaSue
tak caya aku ko lama dah tak makan udang. bukan ke stok udang tak pernah putus kat dapo ko tu? huhh

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
try la kak yatie.. bebudak ber2 ni suke. kena ngan selera diorg la tu kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@inahar ali
aloo ciannyer kakak sorang ni. busy ngan pesakit ke kak.. nanti makan ye ye ye

izahdaut said...[Reply to comment]

@Totie@Tomy
a ah mmg yg ni buat untuk sarapan. ada jugak saya buat untuk dinner

Diana @ Melley Mey said...[Reply to comment]

yg nie dari dapur akak nor kan izah.. akak dah perna buat dah.. memang sedap! tp x sempat pun ambik gambar.. huhuu... nak cepat.. wah mihun goreng tomyam izah nie meriah gitu.. berganda2 ler sedapnya kan... nak buat lagi nnt.. :)

lizz said...[Reply to comment]

wah yang ni pon sedap...bolah la try balik kejer esok hehe