Monday, October 10, 2011

Lala Sos Pedas


Assalamualaikum..

Saboo jela makcik sorang tu tau.. Dah boring makan karipap katanya. Yela yela... Update la niha Mas. Jangan jemu makan lala pulak ye. Lala ni seeeddaappp buat masak sos pedas gini. Dah berkurun rasanya tak makan  lala. Bila masak sendiri ni terjamin sikit. Ni kes makan lala disatu gerai dan termakan lala yg berbau. Terus lamaa dah tak makan. Resepi kak Nor yang memang kena ngan citarasa kami sefamily. Tq kak Nor.. sedapp..secukup rasa..masam manis pedas masin wangi..  Kak Nor i lebiu... 



LALA SOS PEDAS
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1kg lala ~ dibersihkan dan toskan
3 ulas bawang putih ~ diketuk
1 in halia ~ dihiris spt batang mancis
2 batang serai ~ dihiris serong
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos ikan
2 helai daun limau purut ~ dicarikkan
sepokok daun ketumbar ~ dihiris
1 bj cili merah ~ dihiris
1 biji limau kasturi/nipis
1/4 cawan air
garam
gula
minyak



Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga cili garing.
Masukkan kicap manis, sos tiram, sos cili thai dan sos ikan .
Kacau seketika dan masukkan air.
Biarkan hingga mendidih dan masukkan lala, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
Tutupkan kuali dan biarkan lala masak (sehingga kulit lala berubah warna kemerahan)
Masukkan daun ketumbar, jus limau dan cili merah.
Padamkan api dan kacau.
Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.



34 comments:

K.Nor said...[Reply to comment]

ai lebiu 2 :)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...[Reply to comment]

Salam Izah.Lalai kegemaran kak ros..suka...

Amie said...[Reply to comment]

selamat pagi Izah,
sedapnya lala.... ada lagi ke... ngences nih!

Qhaifa Nur said...[Reply to comment]

morning

sukanya dengan lala ni..selalu letak sos tiram je..

tun_telani said...[Reply to comment]

nak lebiu jugak!! hahaha.. nyebok betul budak tun ni kan ;p
tun xpenah makan lala! huhu.. rasa dia mcm kerang ke? tun x suka mkn kerang.

Mas said...[Reply to comment]

aku kau tak nak lebiuuuu...
tarik telinga ijah...

wehh jah...aku pun..
lama dah tak makan lala...
sedapnya tengok......

Anna Qawina said...[Reply to comment]

tumpang ratah lala Jah...jrg benar dapat mkn lala..oh lalalaaaa

chikadakbiru said...[Reply to comment]

rugi la tun_telani....lala sikit punya sodap...tp bila terkena part tanah liat yang bushuk tuh yang tak besh..

adess dr hari tuh cari lala ..tp takde plak kat pasar ini

Ezadlieza said...[Reply to comment]

akak ni sama ler dgn tun tak makan kerang...hehehehe...tp tgk izah maasak lala ni nampak menyelerakan...

Sue @ Nenie said...[Reply to comment]

Salam...Wahhh nampak sedap ni.....

Lieya said...[Reply to comment]

Amboiii lala sos pedas, "kellas kau jah.." eehehe

JaSSNaNi said...[Reply to comment]

lalalalalaalalal... >>sambil nyanyi lagu siput lala<<
sedapnye lala masak tu ye.. aku kalau wat tumis ngan bawang.. letak cili kering ngan serai je.. lepas tu nyum nyumm.. makan sorang2.. abis sekilo.. kekekeke

Chah said...[Reply to comment]

mata dan hati saya kata...wahhh sedap!!

Yatie said...[Reply to comment]

lama akak tak makan lala...tngk Izah masak ni, jadi teringinlah pulak...sok nak belilah kat pasar...kalau ada, kira rezekilah....kalau tak..jawab sendirilah ya.....

Zaliedana said...[Reply to comment]

Uikss tun xpernah mkn lala,uii ruginyer,sedap tau,Kak izah,lala nih rebus gitu letak serai pon best,mask lemak pon best kan,ermm sedapnyer,Nanti kalo da lala,nak try resepi kak nor pulak la..

Yana Shaiful said...[Reply to comment]

Waaahh..sini ada lala jgk..jom tukar kak..yana punya berperisa tom yam hihii..Yana xmkn kerang tp lala suka sgt..1kg kejap je lah abiskan :=)

Nieza said...[Reply to comment]

sedapnya!..lama tak makan lala ni...ada ke tak kat sini tak taula...hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@K.Nor
i lebiu 3 kak.. ngeee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot
isinyer pun manis kan kak

izahdaut said...[Reply to comment]

@Amie
biasala kak amie..menda gini, skali buat skali hadap skali habis. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Qhaifa Nur
cube try masak mcm ni pulak. amboii sedapp.. memula saya makan lala pun lebih kurang dimasak begini jugak.

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
lai rasa dia tun, kerang tu ada satu bau yang lain. lala ni maniss je. susah nak ckp cemana . kena try la dulu. try beli n buat. sedap n manis. lagipun isi dia kecik coet je

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
tk kuasa nak lebiu ngan makcik. ikikiki.bagi sekilo lala dulu..hehe

mas.. jom pakat beli lagi. aku suke la cara kak nor masak ni. mmg kena ngans elera aku. sedap je kuah sipi2 dia tu makan ngan nasi

izahdaut said...[Reply to comment]

@Anna Qawina
jarang jumpa pun ye kan anna

izahdaut said...[Reply to comment]

@chikadakbiru
kan cb..lala ni manis sedap dari kerang lagi rasanya..aaa akak kena part tanah liat la kot ritu terus cam serikk je nak makan. hehee.diorg tak cuci bersih. kalau masak sendrik ni kite leh pilih satu2

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ezadlieza
duluuuuuuuuuuu saya pun tak makan kerang kak. ingat lagi kalau abah beli kerang, mak rebuskan adikbradik laon pakat ratah gitu je. saya tengok je tak suke. tapi bila dah naik remaja...dah reti mekmati makanan....baru ler pandai makan. tapi kak lieza pandai amkan lala tak? sedap manis lain dari kerang

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sue @ Nenie
bookmark sue.. sedap

izahdaut said...[Reply to comment]

@Lieya
hahaha... mmg kelasss..

izahdaut said...[Reply to comment]

@JaSSNaNi
tu mcm lala masak serai kan. aku nak try gak cam tu. tapi masak gini pun febret ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@Chah
kalau dah buat nanti mesti llidah pula kata..sedap

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
hehe..menda gini tak jangka kan kak. kalau ada memang rezeki nak makan lala la tu. susah juga nak jumpa..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Zaliedana
tu la.. akak tak pernah lagi masak rebus2 gitu. nanti nak try jugak insyaAllah

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yana Shaiful
tu la akak tengok kat tingkap ada lala tomyam. samaaa..hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nieza
tu la nieza.. lain tempat lain hasilnyer kan. sedangkan kat bumi mesia ni pun lain pantailain hasil. hehee