Monday, October 17, 2011

Cucur Bom Manis


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.
Harap sihat2 belaka dan ceria.
Kalau belum breakfast boleh la dicuba buat bom manis yang simple ni.
Untuk minum petang pun layan ni.
Garing2 di luar.
Lembut di dalam.
Anak2 suka la cucur gini. Saya pun tak berenti mengunyahnya.
Anna yang bagitau, kuih ni senang n sedap.
Tu yang tak sabar nak cube.
TQ anna.. dan dah nampak juge kak shiela dan Tun Telani pun dah buat.



CUCUR BOM MANIS


sumber: annaqawina  

Bahan :

1 sdt yis
1 cawan tepung gandum
2 sdb gula
3 sdb susu pekat manis
secubit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Campurkan yis, gula, susu & sedikit air.L arutkan *Ana biar sampai pekat berbuih.
Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
Perap adunan dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng.
Panaskan minyak masak.
Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan dan goreng hingga keperangan.
*Izah tambah garam, gaulkan kemudian biar sebentar adunan nampak naik balik, baru goreng. 
Hidangkan.


*izah buat double adunan, tapi yis izah letak cume 1 1/2 sk dan air lebih kurang 250ml (50ml bancuh yis+200 bancuh tepung semua). 



34 comments:

quinnie said...[Reply to comment]

wah izah cantik bulatnya...kita pun dah buat hari ahad hari tu...suka kuih ni..lepas seketul2 duk masuk dlm mulut...hehhe

mala said...[Reply to comment]

salam izah - cucur manis budak-budak mmg suka ...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...[Reply to comment]

Salam izah,kak ros datang nak bekpes ni.Buat kopi sekali ya.

Kak Sam said...[Reply to comment]

amboi.. la ni semua pakat mengebom nampak. Jangan terkejut kalau terdengor bunya letupan malam ni.

missalongwani said...[Reply to comment]

kak izah..kalu makan ni mesti meletup lam mulut..pasal bom kan..huhuhu..kak...kembang 2 bijik je roti wani.hahahahah

rahel said...[Reply to comment]

Waaa..nampaknya demam mengebom lagi datang...Izah,comei2 nampak bom kecik2 tu,teringin pulak nak menerai..nanti akan dicuba gak ni.

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Izah

wahh..banyak molat2 lah cucur manis ni. k.ct suka makan. tapikan kalau ada lauk asam pedas semalam boleh gak cecah sekali. memang sedap k.ct suka buat macam tu :D

Sheila Shafeareen said...[Reply to comment]

salam Izah yeeee dah sampai...minggu ni semuanya wajih manis belaka hehhhe sdp kan mmg budak suka kuih2 mcm ni....lembut dan garing diluar...buat dan buat lg ni utk bekalan Mr.N gi memancing pg ni....x kerja saja ambik cuti...akk kena tinggal sbb ank ada exam akhir tahun

Arizakiah said...[Reply to comment]

zaman akak sekolah menengah dulu selalu bawa bekal cucur manis ni ke sekolah...sekarang ni akak selalu buat dengan macam-macam perisa... :)

ummiarissa said...[Reply to comment]

saya panggil kuih bom...kat sini tak jumpa dah kuih tu...

tun_telani said...[Reply to comment]

Hmm.. len kali tun nk kurangkan air jugak lah.. maybe aritu tun wat pekat sikit je dr adunan cekodok.. nnti nk wat 1 adunan, ikut sini 125ml la kan.. (still x puas ati akak nyer omey bulat.. hehe)

Chah said...[Reply to comment]

Kat umah saya panggil jemput soda..sebab mak mertua saya buat guna soda bikarbonat, saya pulak guna yis mauripan..hidangan kul 10 mlm di umah saya...hehehe...comey bolat2...kalau kurang manis cicah plak ngan kaya...waduhh!!

Liza said...[Reply to comment]

Salam Izah..dh ramai yg buat cucur ni..Liza jugak tak sampai seru lg..hihihi

cik cek said...[Reply to comment]

cekodok manis...mulat2...anak dara kak cek paling suka cekodok manis cam ni...lama tak buat dah...:D

Ucu Faridah said...[Reply to comment]

cucur manis..dah lama tak makan..

umi said...[Reply to comment]

ohh memang nostalgia sungguh cucur bom ni, all time favourite. tq izah sudi kongsi resepi ni, suka sangat!

izahdaut said...[Reply to comment]

@quinnie
tu la buat kecik comel ni mmg nikmat mengunyah nyer kan. dah entry dah ke kak Q?

izahdaut said...[Reply to comment]

@mala
TU LA.. ANAK2 SAYA NI LAK CEREWET GAK TU.. ADA JE KADANG2 TAK KENA NGAN SELERA. ALHAMDULILLAH DIORG MAKAN

izahdaut said...[Reply to comment]

@Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot
kopi tak de kak ros.. tea o ok kan kan.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kak Sam
haha kak sam.. jgn kuat2 sangat bom tu. karang ramai lak duk pakat ketuk pintu umah akak

izahdaut said...[Reply to comment]

@missalongwani
nasib baik ada gak yg kembung kan.. hehhe/.. tak pe usaha tangga kejayaan..

izahdaut said...[Reply to comment]

@rahel
cucur simple gini laju je kite mencubenyer kan. simple dan sedap. yg penting anak2 makan

izahdaut said...[Reply to comment]

@CT Delima
waalaikumussalam warahmatullah..
kak ct, sayakan kalau ada cicah budu pun saya cicahkan jugak. hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sheila Shafeareen
ooo anak2 nak exam final dah kan. tak lama lak cuti. lagi la merongeng akak kat dapur. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Arizakiah
ooo yeke.. sedap kan kalau buat perisa.. akak ada post resepi ke? leh kongsi2 lak resepi style akak

izahdaut said...[Reply to comment]

@ummiarissa
a ah kan. kuih bom gak. ikut si tun panggil cucur. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Chah
tu la..letak soda pun kembung gakkan. hmmm menarik

Amie said...[Reply to comment]

memang nampak kecomelannya kuih cucur bom manis tu...cute! sudah semestinya sedap sangat...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

comel jer kuih bom izah ni.. bulat2 elok. ni jemput ngan jari ke gunakan sudu? mcm nak buat jugaklah.. hehe.. tp tunggu hari cutila.. nak kena perap2 ni mmg hari cuti jer sempat buat utk sarapan..

Sue @ Nenie said...[Reply to comment]

Salam Kak Izah..nampak simple je kuih ni..sesuai gak utk bekpes ni...

HaSue said...[Reply to comment]

elok jer molat2 kuih ko nih..
sedap yer..nanti ku try

zeera said...[Reply to comment]

Sedapnyer nampak. Mcmmane nak buat bulat mcm tu izah? :)

izahdaut said...[Reply to comment]

@zeera
zeera.. saya jemput guna jari. tolak bagi bulat. insyaAllah jemput ni mmg jenis kembung bulat. jgn goreng skali banyak2..buat jarang n tolak ngan sudip slow2. nanti elok bulat

Rachelzkux said...[Reply to comment]

cekodok manis...mulat2...anak dara kak cek paling suka cekodok manis cam ni...lama tak buat dah...:D