CSS

Tuesday, October 4, 2011

Roti Manis


Assalamualaikum..

Alhamdulillah ..

Diberi tubuh badan yang sihat untuk kita terus berentry di alam blog ni.
Semalam sangat tak sempat nak ber BW, ketinggalan ler entry2 yang hangat dan meletops semalam. Hari ni insyaAllah leh la berBW.  Roti manis ni dibuat setelah lama je en BM tu tak bekerja. Bagi la kerja sikit kat dia kan. Resepi ni dah lama bookmark lepas ADIK IKA tunjuk kat blog nyer. Lama dah menyepi nyer tu. Ada ler tu projek tengah berjalan tu kalau senyap je kat blog. Hehehe..  TQ juge Mas dan Noorsha, *noorsha pun lama jugak senyap sunyi blog nyer* yang turut mempromosi n menggoda2 kan roti mereka untuk tayangan blog. TQ to allsss..



ROTI MANIS
 sumber: IKA@ arah  dari KResepi


Bahan A:
1/2 cawan air suam
1 sudu makan tepung gandum
1 paket yis-11g
1 sudu makan gula 

**Campurkan kesemua bahan ketepikan seketika sehingga berbuih

Bahan B :
2 sudu makan butter - cairkan-Ika guna 1sb butter cair dgn 1 sb Shortening

Bahan C :
1 cawan gula (atau 12 sudu makan) cairkan jadi sirap dgn 1/2 cawan air (ini untuk menguli tepung) masa menguli, kalo tepung kurang air boleh tambah air suam sedikit demi sedikit-gunakan air suam supaya cepat larut gula tadi
*izah kurangkan kpada 1/2 cwn gula 

Bahan D :
3 cawan Tepung Roti

Bahan Tabur :
Gula caster *izah guna gula pasir


Cara membuatnya :
Masukkan bahan D dalam bekas adunan.
Campur kesemua bahan2 A, B & C tadi pastu uli jadikan doh...
Sudah uli, agak2 dohnya kenyal2 mcm doh roti canai yg besa tengok kat kedai mamak tu ler. Tak lembik sgt, tak kenyal sgt... yg sedang sedang ajaaaaaaaa hehehe
Kalo terlembik, tambah aje tepung sikit2 uli jadi kenyal semula...
Biarkan doh rehat sampai dia naik gebu, agak2 dalam 1/2 jam ler kot.
Lepas dlm 1/2 jam gitu dah boleh bentuk2kan (Jangan tumbuk doh, biarkan aje gebu than terus bentukkan) Dah boleh bulat2kan pastu susun dalam loyang pembakar.
Susun rapat2 pastu biarkan lagi dalam 40-45 minit... doh akan naik semula.
Lepas dah naik doh tu dalam loyang pembakar, boleh masukkan dalam oven.. bakar selama 30-40 minit ~ suhu 180 degree - yg ni kita bakar dlm masa 15 min jerr :D bergantung pd oven masing2 ya..
    
** masa rehat doh, jgn tutup.. biarkan aje dia naik sendiri kena angin




  

43 comments:

Mas said...[Reply to comment]

makcik.....bestkan roti manis tu..
aku makan roti tu sambil cicah ngan teh o jerk tau..
mabelessssss...
geramm aku nengok roti kau yang gebu gebass tu...
lembutttttt jerkkkk...

aku pun baru hari ni start meroti..
tu bibik tngh menguli2....
lama sangat kasi bibik tu cuti kan...

hmm..nak cakap apa lagi yerk..
nak tanya soalan..
aku dah buat roti tu..
haaaa...
ada soalan...

kau buat 1 adunan ke 1/2 adunan ?

ada lagi tak roti manis tu ?

kau buat masa bila roti tu ?

muahahaha..apa ke jenis soalan daaa....
baik aku cabut sebelum ijah ketuk kepala ngan sudippppp....

Anna Qawina said...[Reply to comment]

jom sebarkan virus merotri lps raya lak kan..aku tgh pk nak wat roti apa lak nih..hahaha
ko uli tgn ke Jah? macam tak caya jer..hakhak
penin kau dgn Mas nih..hehe

..::tarabozu::.. said...[Reply to comment]

dah lama teringin nak buat tp x der seru lg.. ni tgk dah keluar balik resepi ni... nanti kena buat jugak..

Rabiatun said...[Reply to comment]

wahhhh...dah tiba musim meroti plak ni..hihihi...

Gee® said...[Reply to comment]

waaa...gebunya roti... nak seketoi

Acik Erna said...[Reply to comment]

Izah..tak de BM..camana nak buat roti..tapi tergoda betul denga roti manis ni..akak kalau beli roti dikedai ..memang roti manis ni la jadi pilihan

Zaliedana said...[Reply to comment]

Kak Izahhhh,gebu gebas nya roti,sedapnya cicah kopi/teh milo ka..Kek katbawah pon sgt tergoda..Sy pon bz klmarin,hubby xkja,so xda masa lah nak pegang lappy..

Mak Qis said...[Reply to comment]

ala comelnya roti izah tuh...neh akak pun buat roti lagi..tgh tgu dia proof jap...

Ayu said...[Reply to comment]

Assalam izah, lembutnya akak tengok roti izah ni..siap berlai roti tu ha..akak part roti meroti ni memang ada sikit eh banyak punya tak pandai ....nak buat, .. breadmaker dah ada tapi malas betul nak mengusahakannya..hehe
thanks izah for the wishes tu ya

rahel said...[Reply to comment]

Gebunya...emm best betul kena roti manis pepagi...macam nak ambik je seketul...

tun_telani said...[Reply to comment]

wahhhh.. nmpk gaya bibik2 semua org akan kembali bekerja.. gebus betul nmpk roti tu kak.. tgh pk penah try blom roti ni, byk sgt roti dlm list. hehe..

Sue @ Nenie said...[Reply to comment]

Kak Izah...Wahhh nampak gebusss je roti ni...makan ngan kaya mesti best ni....

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...[Reply to comment]

Salam Izah, roti ni rasa macam nak cicah kopi la...kat luar tu nak hujan !

JaSSNaNi said...[Reply to comment]

salam izah...
ade lagi tak roti tu? nak sket.. almaklumlah.. aku wat tak pernah jadi.. tak tau salah tang mana.. agak2nye sbb tak guna BM.. hehehe.. >>errr boleh ke alasan tu?<<

TopsyTurvyMum said...[Reply to comment]

Terliur aku zahh..
Bebaru ni aku suh BM aku uli donut.
Nampak macam merajuk je BM tu sebab dah 2 bulan tak guna..tak naik2 pun donut aku tu..huhuhu

Anna Cotton said...[Reply to comment]

salam izzah...
ana hari2 mengintai blog awk..tak sah hdp nie kalau tak bc blog u and mas dunia ku....hu..hu..hu...gebunya roti awak tu ..insyaallah akak ku kerah jgk BM tu weekend nie..thanks for the resepi

Kak Sam said...[Reply to comment]

Mula dah. Demam roti bakal melanda. Siap sedia semua. Nak pi pinjam BM sape le ni.

sitiezahim said...[Reply to comment]

semanis orangnye...hik hik hik (kasik up sket kat kak izah :P)

Ezadlieza said...[Reply to comment]

Izah....sedapnya roti...tulunnnn akak cam semakin lemau....bila ler semangat dari izah nak sampai nih...

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
*urut dada lagik*
mau hari2 aku kena besabo ngan org tengah meroyan komen box ni. akakkaa.. kuasa aku nk layan.. huhh..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Anna Qawina
tu la ana, klu kak anim suruh bagi panggg jek sebijik kt mas tu. hahha,,,tak de nyer aku nk uli guna tangn. bm ler

izahdaut said...[Reply to comment]

@..::tarabozu::..
mmg kna try la tu. hihi.. sedap jugak lyan roti manis gini.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Rabiatun
jom kak join musim roti sekali.. untung2 dapat jugak menmbah lemak sikit2.. hihihi

izahdaut said...[Reply to comment]

@Gee®
nah kak gee3 ketui.. tetibe baik hari ni haan. hihi

izahdaut said...[Reply to comment]

@Acik Erna
kna guna tangn ler nmpk nyer kak erna.. dedulu sblum ada bm gigih jugak saya meroti guna tangan. hiihi..dah lama2 baru kepingin beli bm

izahdaut said...[Reply to comment]

@Zaliedana
tu la ct..akk pun sama la ni.. hihi.. paham pahammm..akk kurgkn sikit gula nyer tu. jadinyer mkn ngn kari pun sodap gak ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mak Qis
memang dah musim gak nyer kak. memasing nak meroti bila nengokkan BM tu senyap je kan. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ayu
alaa.. kaka yu.. try la.. ke kurang sambutan roti roti ni kat rumah akak? tapi kan sekali kalau dah jadi gebu.. alamakk ketagih nak meroti kak

izahdaut said...[Reply to comment]

@rahel
dah habis.. gi nguli nun.. hehehe... memangkan , seketul ni pun dah kekenyangan sangat

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
CER TENGOK TUN, DAH TRY BUAT KE BELUM? KALAU BELUM BUATKAN TUK AKAK PULAK YO. MUEKEKE...KEJE SEKOLAH DAH SIPA BELUM? TETIBE TANYA LAK KAN. NAK SUH INSAF SIKIT.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sue @ Nenie
KAK DAH KURANGKAN MANIS MEMANG ELOK LA DISAPU KAYA. TAPI KALAU ASALNYER MUNGKIN KURENG SIKIT KOT SEBAB DAH MANIS DAH KAN

izahdaut said...[Reply to comment]

@Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot
KHAANN.. SESAMBIL NENGOK AIR HUJAN TRUN. WAHHH FEEL FEEL MCM KAT KAMPUNG LA PULAK

izahdaut said...[Reply to comment]

@JaSSNaNi
hahaha pandaiii la tu..
tak yah susah2 kak, gi beli je kat kedai. hahaha.. kena sumpahan roti la tu gamaknya. mcm aku buat apam dot2. tak pernah menjadi.. dot dot sungguh tauuu

izahdaut said...[Reply to comment]

@TopsyTurvyMum
weh jgn komen gitu, karang melekat badi ko tu kak kat aku. hahaha.. aku pun dah 2 bulan gak tak guna bm tu. ni baru la guna balik,. seb baik tak majuk weh

izahdaut said...[Reply to comment]

@Anna Cotton
tq tq.... a ah sebab ni 1st time nampak komen kat sini. tq ye sudi sudi jenguk blog saya ni.. boleh la try. simple je caranya tukan. insyaAllah tiup2 mandrem2 sikit kat roti tu, insyaAllah menjadi.. hehehe...

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kak Sam
kak samm gi ler tangkap sebijik bm tu. berbaloi kak.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@sitiezahim
ko jgn hajar.. akak ni dah terlebih up dah ni. dah bam bam dah pun. hahaha

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ezadlieza
ngapa yang lemau tu kak lieza cayang oiiii.. muaz duk ngamuk nak dapat adik abru ke? akakaka... saboo kak liza..saboo..kiki

mela said...[Reply to comment]

waaa..nampak cam senang ja nak buat.tapi kalau saya cuba entah menjadi atau tidak.nak try laa..

Yatie said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah,
akak mmng suka betul tngk roti2 yg Izah buat..semuanya gebu2, montok2 dan menjadi betullah..akak bab meroti ni ada angin malas sikitlah...lebih suka beli jek..hehehehe, banyak pilihan..lagi pun dah kat Msia, tunjuk2 jek..kih3...malas betulkan mak Hamka ni...

izahdaut said...[Reply to comment]

MELA..
boleh try.. jgn risau pasal tak jadi tu.. kalau tak jadi tu pengalaman berharga kan.. hehe.. *maklom banyak pengalaman gak roti tak menjadi. tapi once dah jadi tu insyaAllah ketagih je nak meroti

kak yatie..
waalaikumussalam warahmatullah..
kak yatie.. betul tu kan. beli je pun mudah. tapi kalau nak roti pelbagai tu, suke jugak buat,dapat jugak lain2 rasakan...pulak2 fresh suam2 tu yang mahal tu..hehee

mela said...[Reply to comment]

kak izah..saya dah cuba buat..cuba masuk tengok . ..terima kasih yaa..nanti nak buat lagi..try roti sosej pulak la..

xiao snow said...[Reply to comment]

dah buat semalam dan ikut semua step, betul manis seperti tajuk tetapi keras