Thursday, October 27, 2011

Terung bakar Bersantan..


Assalamualaikum..

Sebenarnya nak buat pengakuan.
Saya tak ingat la nama lauk ni. 
Pencuk terung ke?
Rasanya ada jugak orang panggil kerabu terung bersantan.
Pikir punya pikir namanya asyik duk tangguh je nak ngentry lauk ni.
Lastnya tajuk yang selamat ialah terung bakar bersantan lah. Hehee..
Sangat sedap tau. Aroma terung bakar digaul sekali dengan santan lemak, ada bau2 bawang tu. Memang best. Kalau nak pedas biasanya boleh letak hirisan cili. Atau nakkan rasa lada hitam leh campurkan serbuk lada hitam sikit. Yang versi ni saya hanya letak terung bakar, sikit bawang n santan pekat. Sebab saya dah buat sambal lain. Jadi saya nak nikmati terung ni lemak2 gitu. Fuh mmg best. Biasanya kalau kat kampung, banyak terung mak tanam, menu gini mesti mak buat punya. Memang sedap!! 

UPDATE:  Sumber dari kawan2 semua, kalau di pahang lauk ni memang dipanggil pencok terung. Yang juga dicampurkan dengan ikan masin talang bakar. Kata kak Madihaa, boleh juga diletakkan lada hitam. Lauk ni nama lain nyer lawar terung atau pecal terung. T kawan2 yang sudi komen!! Sangat menghargainya. :-)



TERUNG BAKAR BERSANTAN
 by: izah

2 biji terung purple size sedang
* bersihkan, jangan dipotong. Terus aje bakar terung bersama kulitnya. Bakar sehingga kulit bertukar hitam dan lembik texturenya. Angkat terung, potong menggunakan sudu, dan kukut isinya menggunakan sudu. Ambil isi sehingga tinggal kulit hitam sahaja.

1/2-3/4 cawan santan pekat sedang* kelapa diperah menggunakan air masak. Kalau beli santan mentah kena masakkan dulu la. Biasa untuk menu ni saya perah kelapa guna air masak, sebab menu ni tidak dimasak. 
2 ulas bawang kecil-hiris
garam secukup rasa
cili padi*optional


Campurkan santan bersama bawang dihirs dan cili padi. Perasakan dengan garam. Kemudian tuang ke dalam isi terung yang telah diasingkan dari kulit. Gaul2kan rata dan hidang.



48 comments:

quinnie said...[Reply to comment]

slruppp...sedapnya izah..kita paling suka terung...buat bakar lagi la best...terasa2 kewangian bau terung bakar itewww....hehehhe

mala said...[Reply to comment]

salam izzah, nampak sedap. tak pernah makan. mau bertambah nasi ni!

Wanieyra said...[Reply to comment]

salam izah....

sejak akhir2 ni ira dah pandai makan terung, sebelum ni mmg tak pernah. Biasanya makan pajeri atau goreng bercili je. Sekali sekala buat mcm ni best juga ye...

umi said...[Reply to comment]

salam izah. wahh dpt dibayangkan mcmana rasanya terung yg dibakar, pastu ada santan nyum2 mcm ala2 kerabu eh?

K.Nor said...[Reply to comment]

jahhhhhh... ^_______________________^

ain sweet thots said...[Reply to comment]

sedap nih. akak pon suka sgt dgn terung. dah boleh bygkan kesedapannya tu, dpt lawan dgn ikan masin & nasi panas2 .. uih ... lupa dah diet segala.

Noor Farahni Johari said...[Reply to comment]

Sedaapnyaa..lama tak makan ni. Arwah Uwan (nenek) saya panggil ni Lawar Terung.

tun_telani said...[Reply to comment]

uwaa.. sedapnyer!! tun dh lama x makan terung.. selalu angin teruk bila makan terung.. xtau la skrg dh ok ke x. x berani nk try..

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Izah

Haa..tenet okey sikit tu yang cepat2 nak masuk blog dan mengomen. adoiii..boleh pitam kalau tak boleh masuk blog kan..hehehe

Tak pernah makan lagi menu macam ni Izah. semalam pun masak terung berlada tu makan sikit jer takut kena angin kat ulu hati..hehehe. apa pun nilah menu yang lain yang pernah k.ct tengok mesti sedap ni kan :)

chikadakbiru said...[Reply to comment]

1st time tgk lauk gini...mula2 td ingat mcm buat masak lemak putih tuh..rupa2nye tak payah masak yer...nih menu org pahang ker?kalah dh ade terung bakar..confirm sedap

Gee® said...[Reply to comment]

waddduh...rasa nk berlari ke ampang nak rasa terung sedap tuh... k.gee kalau terung ni mmg fav... menggoda betol laaa

Mas said...[Reply to comment]

sedapnya... nak sikit :)

Hanim said...[Reply to comment]

nampak sungguh lemak berkrimnye hehehe

noorsafone said...[Reply to comment]

salam Izah...sedapnya...membuka selera ni,tak penah buat lagi ni...nanti nk try lah

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

wahh.. sedap sedap!! family akak panggil lauk ni PECAL TERUNG.. hehe.. lama akak tak buat.. ni menu feberet arwah ayah akak ni izah. kalau mak akak buat.. dia letak lada hitam & udang kering tumbuk sikit selain bahan2 yg izah tulis tu.. tp bwg goreng tak pernah lak diletak.. suami akak pun dah suka gak lauk ni kalau akak buat.. hehe.. mmg best ni...

Anna Qawina said...[Reply to comment]

Jaaahhhh....ooo..gitu yer..hehe..lambat lak aku mai..ada kuih tak nih?

Rai said...[Reply to comment]

kalau family saya panggilnya pecal terung..kalau mak masak lauk ni memang menjilat jari lah.. rasa macam taknak berenti.. saya suka pedas2 cili padi..

Ida,Japan said...[Reply to comment]

mesti wangi jer baunya....sodap

Chah said...[Reply to comment]

waahhhhh...tk penah tau ada masak cm ni..jakun jap 4 raun..selalunya dok bakar cicah sambal jep...sajelah tu izah ni nk suruh ai menambahkan lemak2 lagi...

♫ mokwo® ♫ said...[Reply to comment]

huuuishh3x..mesti sedap walau tak bernama!!tak pernah mokwo bakar terung...rebus2 adelah..ciccah tempoyak!!

rahel said...[Reply to comment]

Kak Izah..Rahel dah sampai ni..ada lg k terung bakar tu? emmm sodapnya..my fav ni..

Yatie said...[Reply to comment]

akak peminat setia terung, masaklah apa2 mmng kegemaran akak....sedapnya menu Izah ni..

izahdaut said...[Reply to comment]

@quinnie
kan kak q.. memang sedap kalau terung dibuat bakar. aroma tu wangii je kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@mala
kalau tak pernah kena try la ni. hehe kalau terung purple ni mudah skit nak jumpa kat kedai kan. try la buat sebiji dulu kot suke. sedap

izahdaut said...[Reply to comment]

@Wanieyra
hehe..kalau ikutkan masa kecik2 dulu banyak je tak suke makan kan. tapi bila usia dah bertambah sikit sikit ni makin suke makan menda2 yang dulu nyer kurang suke. setuju? hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@umi
mcm kerabu sebab tak dimasakkan. cume terung tu je dibakar. cubelah.suke pedas letakkan hirisan cili padi. sure layannn

izahdaut said...[Reply to comment]

@K.Nor
hehehehhehehee... saja la tuuuu

izahdaut said...[Reply to comment]

@ain sweet thots
betul kak ain. lawan dengan ikan pekasam goreng garing2 ngan sambal kentang ke. sambal telur ke..fuhh dah cukup untuk menambah bersenduk2 nasi. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Noor Farahni Johari
tq sudi share info tambahan. ni kan memang lauk2 nosttalgia. lauk org tua kan kan. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
laaa angin ye.. eh labu boleh lak makan tun? akak tak berangin lak makan terung gini. alhamdulillah...

izahdaut said...[Reply to comment]

@CT Delima
kak ct pun tak brapa boleh makan terung jugak mcm tun ye kak. ooo berangin. saya nasib baik ok je. hehe.. sian kak ct tengah berperang ngan intenet mengong. hehe.. sabo kak saboo

izahdaut said...[Reply to comment]

@chikadakbiru
rasanya org ganu pun pernah jugak kot buat lauk gini. a ah memang tak yah masak sebab tu ada juga panggil kerabu terung gitu la. sedap dina. leh try nanti

izahdaut said...[Reply to comment]

@Gee®
sama la kak gee.. suke gak saya ngan terung ni. biasanya buat sambal je, kalau tak sambal buat masak gini la

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
ni skali hadap je dah habis mas. hehe.. nah amik terung segar lagi ni leh godek kat dapur. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Hanim
tu la lemak berkrim lawan ngan terung bakar tu mmg sedap.

izahdaut said...[Reply to comment]

@noorsafone
kak noor leh la try. simple je pun. kire kalau tak de lauk berkuah, boleh la buat sayur gini. simple je

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
akak bawang goreg tu pedaah je tu. buat hiasan je. hahahaha

a ah kak memang letak jugak lada hitam tu. tapi saja saya tak letak. just nak rasa terung tu je yang lebih tanpa diganggu rasa lain. ehhehe... ooo pecal terung ek. ok tq kak

izahdaut said...[Reply to comment]

@Anna Qawina
ko nih, sik kuihh je. hehehe.. aku buat kaswi semalam. tengok ler kalau rajij aku buat entry..hehehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Rai
pecal terung ni area mana rai? terengganu ke? sedapkan.. a ah memang biasanya buat pedas2 tu sedap. tapi saja tetibe tak mau letak hirisan cili tu. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ida,Japan
memang la kak ida, bau terung dibakar lawan ngan santan/. ehhehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Chah
ala kak cha.. apa barang diet diet ni.. hahahah *ayat dengki org sibuk berdiet. ala skali skala layan lauk gini. sedap kak chah. kalau ada ikan masin ke pekasam ke.. jawabnya.. terbongkanggg.. hahaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@♫ mokwo® ♫
cer la skali mokwo buat bakar..rasanya jauh sedap dari direbus. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@rahel
dah habis dah pun.. hehe.. skali hadap je kalau lauk gini. sedap

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
kak yatie pun suke terung ye. mmg terung ni slalu je ada stok dlm peti kan. sebab tahan lama pun iyer. senang bila diperlukan. hehe

Amie said...[Reply to comment]

Selamat pagi Izah,
Kak Amie pernah makan menu begini tapi jiran yang bagi... memang sedap!

Sally said...[Reply to comment]

Izah,
dah kuar ya...ingat tak Sally pernah tanya pasal masakan ni dulu..lama tunggu baru muncul versi Izah punya..

izahdaut said...[Reply to comment]

kak amie..
nanti boleh la try kak amie buat sendiri. sedap kan bila terung dibakar


sally..
yep betul sally yang tanya. masa saya buat entry ni saya terpikir2 ada yang menanyakan resepi ni. rasanya nama nyer ada double L. hehehhe... maaf ye berkurun baru keluar resepi ni. khas untuk sally. hehe

HaSue said...[Reply to comment]

aku x pernah lg try buh santan nih..nmpk cam best ajer tu
selalu wat kerabu terung bakar pedas2 sket jer..x pun versi kerabu terung berkuah..selera org kmpung..

kalo buh sntn ni mesti ada kelainan ek.. eh terbyg lak lemak2 extra g bakal join skali ..haha.. patut laa diet org tu jatuh ke dasar laut..hihih