Wednesday, October 5, 2011

Kuih Kukus Bawang Goreng


Assalamualaikum..

Maaf ye kalau sehari dua ni, ada soalan atau komen yg tiada respon dari saya. Membizikan diri sikit sehari dua ni. Hehe.. Ok ini lah kuih yang " oh senangnya dalam hati..Bila buat kuih menjadi...lalalaala" yang distatus FB ritu. Kuih ni simple je rasa dia, tapi sangat sedap pada tekak saya. Kombinasi rasa pandan, lemak dan kemanisan berserta texture kuih ni sangat sukar dilupakan ketika mengunyahnya.  First time saya rasa kuih ni masa bulan puasa baru ni. Akak Long saya aka akak ipar saya yang buatkan. Kak long saya ni org Pekan dan sangaaat pandai masak2 kuih muih traditional atau pun makanan glemer2 org Pekan. Walaupun anak tunggal, tapi pandai sangat masak. Kira nya dapur mak saya kat kampugn tu dah diambik alih oleh kak long dah la. Sebab dia memang ligat didapur. Hehee.. 


Pernah ke sapa2  makan kuih kukus gini? Memula saya tengok ingatkan kuih kasidah, yang mana saya tak berapa pandai nak makan kuih tu. Macam tak berapa kena ngan selera. Tapi rupanya jauh la rasa kasidahnya, Cume ada bwg goreng tu je yang nak sama. Memula saya makan kuih ni, hamboii haiii sedapnyer. Rasa lemak, pandan dan manis yang elokk je dan terasa2 campuran bawang goreng tu. sukar dijelaskan. Sedappp.. texture kuih ni pulak lembuttt je. Kak long saya tak de sukatan buat kuih ni, kan org pandai2 ni tak sukat2 pun. Main tengok je kat adunan sebelum dikukus. So, teringat2 je dalam kepala nak try jugak 1 day. Alhamdulillah.. hari yang indah..dan sungguh cerah.. bila buat kuih pakai sukat2 sendiri ni menjadi. Tapi ada la sedikit derhaka ngan resepi asal dari kak long saya tu. Resepi asal tak guna tepung ubi. TQ so much kak long. Sedapp.. cume tersilap saya terletak lebih bawang goreng tu. Bawang goreng tu kena letak jarang2 je. Baru sedap menggigitnya. Kalau bawang banyak sangat jadi tak sedap pulak nanti. Jadi pahit.



KUIH KUKUS BAWANG GORENG
by: izah

3/4 cawan + 2 sb tepung gandum 
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan gula halus
1 cwan air pandan *5-7 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau apple * jika suka
1/2 genggam bawang goreng

caranya:

Panaskan kukusan. 
Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan.
Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
Kukus sehingga masak (30-40 minit).
Tunggu sejuk kemudian hidang.


 *kuih ni dapat kecik comel je.  Kena gunakan loyang palingg kecil.
*disyorkan menggunakan bahan2 semula jadi. Contoh: bawang goreng buat sendiri, santan perah dan daun pandan.
*bawang goreng kena letak sikit aje, nak kasi rasa lite lite gitu. Dalam gambar tu, saya letak terbanyak bawang goreng nyer. sedikit menjejaskan rasa. 


67 comments:

Lieya said...[Reply to comment]

Wahhhh nampak macam sedap je... sedap ehh kuih ni.. tak penah plak try...

anymz said...[Reply to comment]

ya lah zah mula2 akak ingatkan kuih qasidah.pastu ada iras kuih bingka atau kuih bakar pun ada gak kan?..dah terasa2 je bawang goreng kat anak tekak akak ni zah..nak cuba gak nanti..

eh!masssss kalau dtg kang cuba peratikan piring hitam dot..dot tu mas...hahaha

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...[Reply to comment]

salam Izah .kak ros tak pernah makan.Sedap ya.Nak kena cuba la ni!

izahdaut said...[Reply to comment]

LIEYA..
pada tekak saya kuih ni memang sedap, lembutt je dan sedap terasa2 bawang goreng tu yang sedapnyer. saya pun 1st time rasa kuih ni. tak pernah tahu kewujudan dia sebelum ni.

kak ANYMZ..
Betul kan, memula pun saya ingat kuih kasidah. tapi lain. sedap kak anim,ritu try gugel2 kuih ni tapi tak berjumpa resepi nyer. so main taram buat alhamdulillah menjadi. cume terlebih bawang goreng. bwg goreng tu kena letak sikit je, nak kasi lite2 je rasanya. tapi kena guna pure la .guna daun pandan bukan paste.. guna santan perah bukan kota.. tu yg up n pure rasanya tu.. satu lagi.. guna bawang goreng buat sendrik, bukan yang beli. sekian.

kak animmmmmmm.. nyampas tau. hahah.. tu saya guna loyang yang paling kecik tuikk tu. ingat tak loyang tu. padan la dengan pinggan dot dot tu. hahaa. saboo jela kak nim neh. si mas tu pantang disebut, ade jela karang tuh

izahdaut said...[Reply to comment]

PUAN ROS..
tu la, saya pun sebelum ni tak pernah rasa. tapi 1st time merasa dulu, teringat2 kesedapannyer tu. tapi rasanya kena guna bahan2 semulajadi kot. baru lagi up rasanyer tu

Zaliedana said...[Reply to comment]

Kak Izah,mula2 tadi igt khasidah tapi org pahang panggei kuih kukus bawang goreng,kut la len tempat len nama,rupanyaer iras2 jer eks..Huhu kalo nak wat kang takut xda sambutan,kna melantak sorang haru gak nih,tapi nmpak mmg sodap,nmpak jnis yg lembut ajer kan..Khasidah sy mmg xsuke ,tahla nape,mmg xleh nak telan..

Nazrah said...[Reply to comment]

sesuai untuk minum petang ... rasa bawang tu mesti wangi

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

eeiiiii sedapnyer izahh!! kompem akak suka ni... kuih qasidah pun akak suka.. pendek kata kuih ada bwg goreng semua akak suka.. pernah sekali dulu akak buat bingka bawang goreng resepi godek2 sendiri.. yg itupun akak suka.. hehehehehe...

kt bwh ni link bingka bwg goreng tu kot2 nak tgk.. kekeke..
http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1495971

ain (sweet thots) said...[Reply to comment]

nampak sedapnya. cam terbau2 wangi bwg goreng kat btg hidung ni ...hehehe ..

Cheq Sue said...[Reply to comment]

aihhh...sekali pandang macam cheesecake lak jah..

Cendana Kasih said...[Reply to comment]

lebih kurang bingka jugak ler kan...

Sheila Shafeareen said...[Reply to comment]

Salam Izah betul lah mula negok pic ingat kuih kasidah tadi...tp akk cam bekenan pulak kuih2 yg ada bawang ni..npk sungguh selera...seakan kuih talam belauk pun ada ...rasanya akk suka letak bawang byk2 hehhe nak cubalah....menarik resepini

tun_telani said...[Reply to comment]

1st time tgk niii..jakun pulak rasanya.. mcm bingka ye?
bukan mcm khasidah ye? tun sukaaa sgt mkn khasidah. hihi

~Norul Mas Hana ~ said...[Reply to comment]

salam izah,
nampak sangat sedap kuih ni..
kalau cukup bhn leh le koi menerai.. =)

Kerull said...[Reply to comment]

Salam Izah...lama tak singgah sini..bak le sikit kuih tu..sedap je nampaknya bawang goreng tu...

Diana @ Melley Mey said...[Reply to comment]

Assalamualaikum izah cayang..
mmg mengoda sungguh ler kuih nie izah.. dgn gambar2 yg cantik nie mmg terliur tgk tau.. suka nya akak... ada bwg goreng lagi.. pastinya sedap sesangat tu .. suka2!.. masuk list dulu nie.. kena buat nnt..

Gee® said...[Reply to comment]

sedap jer nampak...rajin la izah nih...

Nieda said...[Reply to comment]

MAcam bengkang . Bengkang bawang goreng ke ?

Nampak lemak berkrim . Tentu sedap.

rahel said...[Reply to comment]

Izah,
mesti sedap sangat ni kan...wangi bwg kan..

eliyaezlinalias said...[Reply to comment]

konpom! ni lah bingka tumis yg kita wt aritu cuma bezanya izah kukus tapi kita bakar---wangi sgtttttttt kan?!
tapi izah punya cun melecun kita k[punya huduh sgt! hehehehe

eliyaezlinalias.blogspot.com/2011/10/bengkang-tomeh.html

Sally said...[Reply to comment]

gambar 1st mcm pizza jer Sally nampak!!. bahan2 senang jer nmpk gayanya..copy dulu la ya Izah..tunggu time sesuai kita tayang jugak nnt...hhehe

Hanim said...[Reply to comment]

tol cakap eliyaezlinalias tu, kalau kat sebelah utara ni (penang n kedah) orang panggil bengkang tomeh aka bingka tumis tp dibakar. selalunya wana putih dan letak bawNg yg ditumis ngan minyak. sedap dan wangi bau bawang yg di tumis tu tp ni stail kukus pestime dengar. balik kg leh la try sbb ramai yg suka :)

K.Nor said...[Reply to comment]

laa.. ingatkan qasidah versi moden td :)

kzai said...[Reply to comment]

izah..npk kesedapan kuih ni..akak mmg suka kuih kukus2 ni..one day nk try lah..kalu terajin lah tu..tp mmg sedap kalu wat bwg goreng sendiri kan

Mas said...[Reply to comment]

sedapp weh aku nengoknya...
boleh try la nanti..
kiranya kuih ni rasanya manis2 berlemak yerk jah..
tepung ubikayu tu klu ditukar ngan tepung lain boleh tak..
tepung apa yerk jah..he3

JaSSNaNi said...[Reply to comment]

sedap gak nampak kuih kukus tu ek.. lagi2 ade wangi bawang goreng tu.. ni ade rasa cam bingke pandan apa? mcm senang je nak wat ni.. ade lagi tak jah? nak rasa sket.. nanti kalau free2 nak wat la...

Ruby's Delight said...[Reply to comment]

aduyaiiii..terjawab sudah yer Izah..hahahahaa...kuih yg menjadi suspen kat FB tuh..hahaha,..nnt nak cuba makan...jap lagi

Yatie said...[Reply to comment]

uwaaaa..nmpk menyelerakan kalau kuih kaler ijau ni..Hamka dok senyum je bila akak tunjuk...tapi tak taulah kalau akak buat dia makan ke idak sbb ada bawang goreng kat atas tu..rasanya mesti sedapkan sbb harum bwng goreng tu..

cikmanggis said...[Reply to comment]

ehhh cm suka sangat kuih yang begini...mesti bau bawang goreng dan daun pandan tu wangi kan....ala ala bingka pandan perisa bawang ke ni?

quinnie said...[Reply to comment]

wah..menarik ni izah...nak buat pun senang....nanti nak cuba...:)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Zaliedana
ct sama la dengan akak. akak pun kalau kasida tak berapa boleh nak telan. boleh la makan sepotong gitu. tapi kuih ni lain. sikit je pun dpt nyer. ank 2 akka suke je, cume tang bawang tu akak potong la. dah tau dah diorg musti tak suke punya.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nazrah
betul kak naz, kombinasi bwg tu menyedapkan kuih ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
bila akak bagi link kan, baru saya teringat, mak mertua saya memang buat bingka letak bawang goreng. memang sangat laku dan mmg sedap pun. kuih kukus ni tak kurang sedap nyer. sebab bwg goreng tu la penambah rasa

izahdaut said...[Reply to comment]

@ain (sweet thots)
hehe.. masa ngukus tu pun dah terbau2 gabungan pandan ngan bwg goreng. mmg berseleraa je bau dia

izahdaut said...[Reply to comment]

@Cheq Sue
hahaha cheq sue, ko baru bangun tido ke sue? sabauu jela.. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Cendana Kasih
a ah.. beza bingka dibakarla kan.. berkerak lak tu..yg ni kukus

Nurul said...[Reply to comment]

nurul x pernah jumpa lagi kuih ni... sedappp yer... :)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sheila Shafeareen
kalau letak bwg banyak2 ni bukan per, nanti kat atas tu pahit. kalau bawnag goreng yg sedap tu, sedap la kot. ikut selera la kan kak.. kita yang buat dia.. tak gituu.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
mcm bingka tu dari segi adunan kot. tapi jauh la beza ngan bingka.bingka kan bakar n ada kerak. yg ni lembut mcm kasidah tapi rasa dia tak de rasa kasidah ler. rasa kuih kaswi gitu kan tapi ada aroma bawang goreng

izahdaut said...[Reply to comment]

@~Norul Mas Hana ~
boleh je.. kot la berkenan kat tekak kan.. hehe simpel je tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kerull
a ah.. nikmat ketika mengunyah...

izahdaut said...[Reply to comment]

@Diana @ Melley Mey
heheh tak panjang lagi ke list akak tu? masuk jgn tak masuk.. kuih ni pujn dapat sikit je. elok la bagi siapa yang nak try aje kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Gee®
tu tengah rajin kak.. kalau malas jgn ditanya menu apa yang ada dia atas meja...haha

izahdaut said...[Reply to comment]

@rahel
pada tekak saya memang sedap sangat la.. boleh try kalau nak rasa

izahdaut said...[Reply to comment]

@eliyaezlinalias
dah tengok dah.. kompom jugak itu ler rup bingka my mil buat. depa buat berjual tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sally
insyaAllah.. sila la cube. maybe kena ngan selera

izahdaut said...[Reply to comment]

@Hanim
bila dah bagitau gitukan, baru teringat kuih mak mertua saya selalu buat tuk berjual. memang warne putih pastu ada bawang . memang sangat sedap. kuih tu la saya nak belajar tapi duk tertangguh tangguh je. tq sebab mengingatkan saya. tapi tu bingka la kan. ini kukus punya

izahdaut said...[Reply to comment]

@K.Nor
hehe kak nor.. kasidah versi moden tah ditambah strawbery apa.. kiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@kzai
tu la kak zai, suami saya tak berapa suke bawang goreng yg dibeli. kalau menu nak ada bwg goreng, kena buat sendrik la. buat banyak2 simpan. tahan lama pun iye jugak kan.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
sebenarnya akak long aku buat semua guna tepung gandum mas. tapi aku ni kes nak ngabiskan tepung ubi, tawakal ngan bismillah banyak aku campurkan sikit tpung ubi tu.. alhamdulillah menjadi. kalau ko kompiden cer ko guna tepung gndum semuanya mas. tapi ko kena tengok la adunannyer tu. ko biasakan buat kuih kukus ni. kengkadang dah paham jugak pekat cair kuih kukus kan..

izahdaut said...[Reply to comment]

@JaSSNaNi
tu la kak nani, ramai yg kata mcm kuih bingka yg ada bwg goreng. gitu la kuih ni bezanya dikukus je

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ruby's Delight
kak tun dah siap buat. sila sila kak... sila menjamu selera. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
hehehe... memang hamka ni.. masih suke ngan hijau. mesti suke ben10 sebab wane hijau kan..

sedap kak. bebudak ni makan je kuih ni cume saya kena potongkan la tang bawang tu. hehepepaham jela kan bebudak mana ler makan bwg gitu

izahdaut said...[Reply to comment]

@cikmanggis
tu la, ramai yg kata mcm bingka. mmg lebih kurg la, tapi ni versi kukus kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@quinnie
try la.. hehe saya kan bila nampak kak Q terus saya teringat ke kuih jongkong. adehhh gile ngences nak merasa kuih tu weh.. hehee

Juwita Jamaludin said...[Reply to comment]

izah menariknya resepi ni.. tentu rasanya unikkan..

izahdaut said...[Reply to comment]

NURUL..
tu la, baru jugak tahu kweujudan kuih ni. petama kali makan kuih ni.. terus teringat2 kesedapannyer tu

Anna Qawina said...[Reply to comment]

wah..harus ku coba. nih...

Yana Shaiful said...[Reply to comment]

sudah tergoda dgn kuih ini..nak p cari santan asli dulu..kat umah ni ada stok santan kotak jee..harus try kuih ini :=)

Nieza said...[Reply to comment]

menarik ya kuih ni zah...tak pernah mkn lagi..1 st time dgr ni.:)

HomeKreation said...[Reply to comment]

Aslmkm...... datang ketuk2 pintu ni...hehe. Tadi nampak kat rumah Rabiatun, terus masuk list... dapat ke tidak kejadian malam ni...hehe. Kita xpnh tengok kuih kasidah apa lagi nak merasa... so blur2...

izahdaut said...[Reply to comment]

JUWITA..
tu la.. rasa simple lemak kuih kukus tu terasa up dek wangi bawang goreng

izahdaut said...[Reply to comment]

ANNA..
harusss... kot la sedap kat tekak ko tu kan. tapi dapat kecik je tau kuih ni

izahdaut said...[Reply to comment]

YANA SHAIFUL..
sila sila yana... kalau guna yang asli ni lain rasa dia. up santan lemak nyer tukan dengan daun pandan tu.

izahdaut said...[Reply to comment]

NIEZA
tu la nieza, saya pun baru tahu kewujudankuih ni. mmg sedap sesuai buat minum petang

ALONG..
boleh try long kalau ada bwg goreng banyak lagi tu. saya ni pun pasal teringat ke bawang goreng tu la. hehee

HomeKreation said...[Reply to comment]

Mai lagi ketuk2 pintu... nak rasa kuih yg Along buat tak...hehe... sedap lembut kenyal2 manja... hubby suka. Maceh Izah, Along share kat umah ALong juga ya.

Norhaya said...[Reply to comment]

Salam izah. Setiap hari akak mesti bukak blog izah. dah cuba, mmg sedap sgt bingka bawang goreng nie. Ingat hujung minggu ni nak buat lagi. Thks