CSS

Friday, August 5, 2011

Puding Roti Marble





Assalamualaikum..

Menu kegemaran forever n eber.. Anak2 lagi la sukeeeeee.. Sapa2 tak try lagi sila la buat. Best sesangat. Dah masuk 62 kali kot saya buat ni. Haha.. tipu tak bekk bulan ramadhan. Tq kak Hana..i lebiu.. Saya buat memang satu adunan selalunya. Buat tengahari..malam karang selamat semua finish. Alhamdulillah... Anak sapaa la tu kuat mentakedarah... kikiki



RESEPI PUDING ROTI MARBLE COKLAT
source : hanamemories

Bahan-bahan

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.





42 comments:

Cheq Sue said...[Reply to comment]

ALAMAK...MAKRUH DAH PUASA....

anymz said...[Reply to comment]

akak belum pernah buat lagi jah.pernah makan je...:)

Kaz said...[Reply to comment]

Selamat berpuasa Izah. Mmg Kaz tabik lah kat Izah ni, semua yg Izah buat nampak menyelerakan. Bila Kaz buat, npk biasa2 saja. Nanti nak try resepi puding ni, npk sedap sgt, dah tergoda betul2 ni.

Watierman said...[Reply to comment]

Assalam Dik Izah.....wah suka tau goda2 Akak...malang nya...puding yang semalam pun masih berbaki sikit lagi...puasa2 ni....tak banyak makan kot...anak dan anak dara akak makan ciput jer....control diet agaknya...sebab jaga badan!...maknya yang tergolek-golek makin tembam!

HaSue said...[Reply to comment]

Aku dah 63 kali buat..banyak sikit dr ko.hahaha...
rajin ko wat lapis2 yer...cantik2..part x rata tu belah atas ke bwh..tp tu yg nmpk sdp tu...
bak aku sikit kerajinan ko tuh..nak wat azimat.

Anonymous said...[Reply to comment]

taknak puding ni cepat beku, kena letakkan atas api ke sampai abis buat marble tu? ke tak payah?

Nurul said...[Reply to comment]

Alahai, sumer nya sedapppp.. :)

Amie said...[Reply to comment]

inilah rezeki Allah... tangan yang dianugerahkan untuk merekacipta hasil masakan, tangan yang kreatif...makannya pun kena cara kreatif jugak ni...

Sizuka said...[Reply to comment]

izah,

dah lama akak tak buat puding ni. everyday, byk food yg lebih especially dessert.

my girls makan nasik, dah tak larat nak makan dessert. hari ni we all berbuka dgn leftover sekaya and bread pudding and maybe roti jala with serawa durian :)

Mas said...[Reply to comment]

ijahhhh......aku lupa aku dah buat ke belum puding roti ni....kikikii
rasa macam nak try juga nanti...
sedapnya tengok...
wehhhhh...aku rasa maknya yang kuat mentakedarah tu...kikikiki

cik cek said...[Reply to comment]

Aduh!...sambil masak2 kat dapo..sambil jenjalan blog kengkawan...Izahhhhh...pudingmu menggoda imanku...hu hu hu...cam terasa2 pulak dah...potong markah posa hari ni...he he he...

Rabiatun Adawyah said...[Reply to comment]

salam izah...cunnyer lapis2..suker..suker...

Nazrah said...[Reply to comment]

baru sat tadi member citer pasal puding roti..tengok rumah izah dah ada...memang cun giler...

Dilah Naim said...[Reply to comment]

dah bnyk kali tgk org buat ni..tp buat sendiri belum lg..

bila la nk buat ni..hihi

quinnie said...[Reply to comment]

izah...nak seketul leh...hehhehe...kita ni makan rajin...nak membuatnya malas....ngeee

Azmie & Vivie said...[Reply to comment]

belang-belang rimau yer,kak =0).
beberapa hari ni, saya berusaha nak amik gmbr mcm kak izah..adjust kamera sana sini..tak reti2 jugak..adoi..sungguh menguji kesabaran..nasib baik bulan puasa..
alih2 saya pun guna setting scenery je lah alamatnya...(T___T)

Anonymous said...[Reply to comment]

sedap nyer puding nii.... mengoda iman .sungguh menguji kesabaran..sabor jer lah

izahdaut said...[Reply to comment]

@Cheq Sue
hahaha...main tengaok aum cak aum cak je la... baru tak makruh

izahdaut said...[Reply to comment]

@anymz
haruss la buat kalau kat rumah suke dessert gini. budak kecik 2 org tu laju je kak anim dior makan. saya buat tengahari, sampai dekatt nak berbuka tu separuh je diorg yang makan.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kaz
selamat berpuasa juga.. tak de la.. biasa biasa juge.. hehe.. cume kalau memang sedap tu saya akan bagitau mmg sedap n kena ngan citarasa saya.. try la anak2 mesti suke ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@Watierman, rmanbkr
waalaikumussalam warahmatullah..
bagus anak2 sekarang kan kak. kalau saya dulu2 tak pernah nak pikir diet. time puasa amboii balunn kanmain lagi. hahhaa.. dah tua ni baru la sedar nak makan berjaga2 kan...

izahdaut said...[Reply to comment]

@HaSue
sue ko nak buat ajimat tu ko nak simpan je la kan.. hehhee.. yang tak rata tu yang atas la. dah nak keras dah sebab aku buat lapis2 gitu kan. tu yang tak rata tu. hahaa..nampak aje budak sorang neh.. haiishh

izahdaut said...[Reply to comment]

@Anonymous
sebenarnya puding ni asalnya marblekan aje. kalau marblekan memang tak sempat keras la. tapi kalau nak buat lapis, agak2 puding tu nak berketul2 gitu panaskan baliklah.

tapi saya buat ni, cara lapis letakkan dalam kiub ais loyang tu. so dia akan cepat mengeras. dan sempat la adunan tu dilapiskan tanpa dipanaskan semula. tapi lapisan last tu je dah berketul2 jugak. hahhaa.. malas nak panas kan terus tuang kan jugak. perasan tak lapis tak rata kat atas puding tu? hehe..so kalau dah nak berketul tu kena panaskan balik la

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nurul
yang ni pasti sedap nurull

izahdaut said...[Reply to comment]

@Amie
alhamdulillahh... semuanya datang dari Allah..kena selalu bersyukur.. kadang2 hal ni jugak satu ujiankan.. ujian untuk lihat kita ni bersyukur ke tidak

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sizuka
betul la kan kak shidah.. makan apa yang ada jela.. tak berlebih2 kan.. saya ni pun ada 3 ketul kuih yang tak dimakan niha.. rasa bersalah je bila tengok kuih ni.. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
haii makcik.. mulot ada insuran juta juta nampak.. hahahhaa...

aku mmg suke jugak puding ni, tapi lagi suke tengok anak2 makan la mas.. tak sampai hati nak makan banyak2.. diorg leh makan puding ni sampai tak makan nasi pun.. huhhhh

aku rasa ko dah buat kot. tapi nak buat lagi apa salahnya.. sedappp wehh

izahdaut said...[Reply to comment]

@cik cek
tetttt.. kena potong markah puasa... hahaha... kak cek ni sabau jela.. kalau agak2 menipiskan iman tu kak cek jeling2 k je la yeee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Rabiatun Adawyah
namanya rajin tak bertempat.. hehehhee.. tetibe suke melapis lak ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nazrah
akak dah try tak? sedapp ni.. banyak je versi puding ni. dah mcm perisa pun dah bat. ada yang buat kosong je..ada yang buat rasa strawberry.. semuanya sedap

izahdaut said...[Reply to comment]

@Fadzillah
kena try buat ni. sedap.untuk sedekah juadah kat jiran pun elok sangat la puding gini.. puding ni kalau terkeras pun dia sill enak sebab memang gebu ada roti tu kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@quinnie
dah pinis dah... sila sila godek sendiri.. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi
vee akak pun kadang2 guna scene jugak.. semuanya mmg kena depend pada cahaya kan.. lately akak banyak guna scene food je..hahhaa..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sha HomeMade Cake n Choc
menggodaa kan kalau puding gini.. dah try buat lum? sedaaappp

K.zai said...[Reply to comment]

salam izah..wah tinggi nya puding umah kondo...sedap tu kalu dpt mkn bln posa2 ni...sejuk je masuk tekak

Unknown said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah...


Semenjak Puasa Ni Kak Lin Tak Buat Puding Lagi.....Bila Entah Nak Buat...Hehehe.

P/s: Rasa Ondeh2 Tu Taklah Liat...Tapi Lembut Dan Sedap...Ada Rasa Keledek...

Yatie said...[Reply to comment]

cantiknya puding rotimu itewwwww..mmng sedapkan, akak pun dah wat bnyk kali...

DYatie ABakar said...[Reply to comment]

saya buat puding nih semalam...tapi tak dapat buat lapis2 cantik macam tuan empunya...saya kongsi kan resepi di blog saya ye...will credit to tuan tumah...

Anonymous said...[Reply to comment]

saya nak tanya.. :'D Resepi ni untuk talam/acuan saiz berapa?

izahdaut said...[Reply to comment]

@SitiHajarBintiMochlis
size 6/7 inci talam tu

Unknown said...[Reply to comment]

guna coklat mskn blh x

Unknown said...[Reply to comment]

guna coklat mskn blh x