CSS

Monday, August 8, 2011

Telur Rebus Berkuah Kismis


Assalamualaikum..

Maaf ye, saya tak sempat nak BW  sepenuhnya lagi. Membusykan diri sedikit, nak melayan bebudak ber2 tu lagi. Dah ler sorang tu tak reti nak tidor siang dah sebab time tido dia dah lain. Bila time kita bangun sahur, dia pun nak bersahur sekali. Bila lepas sahur tidur sampai kul 9 baru nak bangun. Jadinya tenghari ke petang busy la melayan budak kecik tu. 

Menu telur nikan pada saya sedaaap sangat. Lain la rasa bila letak kismis atau kurma dalam kuah sambal. Saya guna kurma lembik2 sikit tu. Letak dalam 4 biji gitu. Memangg sedaapp. Masak untuk sahur lauk ni, kebetulan terbangun awal, boleh la buat lauk gini. Hehe.. pastu ada lebih leh la di shoot disiang hari. Simpan dlm peti ais, sahur esok leh makan lagi. Eh macam acar pun ada bila letak buah gitu kan. 

Mekasih buat kakak kakak comel mak dara terdiva ituw. Kalau bukan kak Dayang punya resepi la. Dan kak Anim tukang penglipur laranya. Ngehehe.. Kak Anim tengah sibuk mengukis nampaknya tu. Mulut tu jangan tejuih juih sangat kak sambil memicit tart ye.. kikikiki.. Tq kak Dayang. Besttt lauk ni.


TELUR REBUS BERKUAH KISMIS
sumber: kak Anim

bahan-bahan :
5 biji telur rebus (dibelah dua)
3 biji bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris)
1/2 sudu makan rempah beriani (rempah kurma pun ok)
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu makan puri tomato * ganti tomato sos
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu makan sos cili
sedikit hirisan daun ketumbar/daun sup
2 sudu makan kismis (prune atau buah kurma pun boleh) * letak kurma
1 batang kulit kayu manis
sedikit air dan susu cair
sedikit minyak sapi/minyak masak
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara :
Bancuhkan rempah beriani bersama serbuk cili dengan sedikit air. Ketepikan.
Panaskan minyak sapi/minyak masak secukupnya di dalam periuk/kuali. Tumis kayu manis, bawang merah, bawang putih dan bawang besar hingga terbit bau.
Masukkan bancuhan rempah beriani tadi dan diikuti puri tomato. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sos tiram, sos cili, air dan susu cair(optional) secukupnya. Apabila sudah mendidih, masukkan kismis, daun ketumbar/daun sup, garam dan gula secukup rasa. Gaul-gaulkan sebati.
Setelah masak, siramkan kuah ke atas telur rebus tadi. Hidangkan.


27 comments:

RaNiA said...[Reply to comment]

nampak menyelerakan la kak...;-)

ijayuji said...[Reply to comment]

Salam KAKAK Izah!! wakakakaka tak leh pakai komen mulut yg terjuih juih tuu meh sini kak anim pas tgn tu kat kita kita sekehkan KAKAK Izah nii wakakakaka.... acar buah kita suke! nanti leh try jugak! selamat berbuka ya!! budak2 biasalah tuuuu, ank pompuan kita hari ni pun bgn kul 9 :D

Amie said...[Reply to comment]

macam2 resepi telur ye... boleh makan dengan roti jugak ni..

Mas said...[Reply to comment]

masuk list resepi ni...
aku nak buat gak la..
sedappnya tengokkk.....

♥LOVE2COOK♥ said...[Reply to comment]

WOW, looks delicious and inviting! Something different with eggs :)

Ummi said...[Reply to comment]

Salam Izah...waaah lauk sempoii yang sedap eksss...kena buatlah..yep, pasti buat nnt...hehe..tp pedas ke idaaakkk? Anak2 akak nak yg pedas2 jek..hehe

tun_telani said...[Reply to comment]

alaaa.. tun x suka letak kismis dlm lauk. kalau nasi yg ada kismis2 tu pun tun kutip buang.. kui kui.. tp acar buah tun makan.. kalau letak kurma tun makan kot.. hihi.. ngader2 x? ;p

Sue @ Nenie said...[Reply to comment]

Salam Kak Izah..Selamat Menjalani ibadah puasa buat akak sekeluarga semoga mendapat rahmat dan keberkatan dariNya....

Sempoi-sempoi pun sesekali layan best gak ni....

anymz said...[Reply to comment]

sedap kan zah?..akak pun rasa telur ni macam acar je..

haiipppp...bila kala pulak mulut ku terjuih2..nampak eh..hahahaha memang punnnnn.

jah o jah..cuba gi balik tgk komen ko tu kat entri akak hari ni..akak tak berapa nak paham tntg tauhu tu lah jah..ada nama nor sekali tu..akhir2 ni akak byk tak paham ckp org apa lagi berbentuk soklan..ke ijah yg salah taip..ce tgk..ce tgk..pastu ce citer balik kat akak ni ya..

quinnie said...[Reply to comment]

izah..kita nak cuba masak telor ni tapi tak cuba2 lagi...nampak sedap sambalnya tu...asyik makan ayam je 3 hari ni..kena tukar pd telor lak...:)

Juwita Jamaludin said...[Reply to comment]

nak uby delight nak telur juga leh tak izah.. hiiihihihi rajin masak sahur ita panas lauk yang dimasakkan je

HaSue said...[Reply to comment]

sesambil posingkan telo ni..ko kompom ke takde terjilat jari kot2 terpegang kuahnya tu ke...kann..haha...kalo kat umah ni sambal gini aku pun konfius..kdg2 cam suke..kdg2 cam duka..tp kalo aku suke je ratah ni skit2...lapo lak aku.
ni aku bw kan mapin cekklat tuk ko nih..kata mapin laber kan..harus la anta biar stgh ketui pun

izahdaut said...[Reply to comment]

@RaNiA
kalau menu sambal gini mmg tak leh tahan kan... memang tak tolak baik sahur atau berbuka..hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@ijayuji
Adik ikaaa... itu la krojenyee menyekeh je.. ingat dah tobat time bulan pose nehh.. huhh.. ni sah tak pose kan.. hahhaaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@Amie
beetul tu kak amie.. cicah ngan roti seda jugak

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
aku letak lada kering sikit mas.. tak guna serbuk. kalau serbuk mcm tak puasss jee..hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@♥LOVE2COOK♥
yep.. betul tu.. sedap ada rasa2 mcm acar buah pulak

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ummi
saya letak lada kering kisar tu kak ummi. mmg pedas la, kalau serbuk tu cam ttak puas je rasa pedasnya tu.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
a ah memang ngengada.. hehe... kalau kurma boleh makan? leh la letak kurma lak tun.. tenyeh2 sikit kurma tu. kalau letak prune lagi sedap kot. ada rasa masam manis sikit

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sue @ Nenie
sama la sue, semoga kita sama2 beroleh keberkatan di bulan yag mulia nii

izahdaut said...[Reply to comment]

@anymz
itu lah kesilapan dibulan ramadhan yang mulia ni kak tun.. eh silap lak kak tun lak.. muahahaa... ah malas layan kak non.. eh kak non lak...

izahdaut said...[Reply to comment]

@quinnie
tukor tukor,, tapi lauk telur ni apa aje sedap je...goreng gitu pun dah ok..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Juwita Jamaludin
kebetulan bangun awal ita.. tapi kalau sahur mesti nak satu lauk yg dimasak jugak. sebab lauk panaskan mesti bo layan je... uishhh geram betul. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@HaSue
kurang sambutan ye.. aku kan, lepas kawin ngan org kedah ni, mmg kegemarannya sambak2 gini la. dari tak reti jadi reti la masak sambal tumis... semua2 nak disambalkannya.. hehee

Rima said...[Reply to comment]

Salam Izah
Si dak sonia ni pun timing nap dah tukar.. pukul 3 baru dia tido dah tu bangun dekat pukul 6 petang waktu kita sibuk nak prepare masak buat buka and of cos tidur malam jadi lewat.. one thing for sure bila kita sibuk bangun sahur dia tak terjaga if not.. adehhh dia punya tak reti duk diammm

Happy fasting!

Diana @ Melley Mey said...[Reply to comment]

yg nie akak dari ari tu lg dok tergoda tgk... alaaa cuti lama lagi... x boleh ler nak masak.. huhuu... tgk mmg sedap ler telur nie izah.. anak2 mesti suka kan

Nur Alkaf said...[Reply to comment]

unik resipe ni.. Mcm mesti cuba ni ;D Salam Ramadhan Kak Izzah.