CSS

Thursday, August 25, 2011

Biskut Bebola Cornflakes


Assalamualaikum..

Ramai dah yang buat entry mengucapkan SELAMAT HARI RAYA. Maknanya tu, ramai juga yang akan start bercuti esok. Biasanya cuti esok tu nak buat persiapan akhir la kan. Nak mengemas, nak cari kukis buah tangan balik kampung..hai mcm2 la nak disediakan. Bila balik kampung biasanya memang tak sempat nak jenguk blog la pulak. Pulak2 kalau kampung yang signal internetnya lomah. Jadi buat yang nak bercuti esok saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA , Maaf dipohon andai kata ada silap dan salah selama kita berkenal di alam blogging ni. Terlebih gurau.. terlebih komen, terlebih bicara..harap dimaafkan. Juga ada komen2 dan soalan2 yang tanpa sengaja tidak direspond juga harap dimaafkan. Berhati2 di jalan raya ye. 

Buat yang tag kad raya buat saya, akan saya tepek bila nak dekat2 balik kampugn nanti. Kad raya saya pun blum siap lagi ni. Dalam proses.. insyaAllah saya sekeluarga akan pulang hari Ahad ni, ke kampung SAYA!! *huruf beso.. akkakaa.. Kampung BERCHANG, KUALA LIPIS, pahang. Buat siapa2 yang lalu di Kuala Lipis sepanjang hari Isnin hingga ke hari Khamis, sudi2 la singgah ke rumah kampugn saya ye. Pintu luas terbukeee... Sila sila... 

Weh panjang nyer ucapan, berbalik pada kukis bebola ni pulak. Resepi dari kak Ummi, dah ramai jugak yang saya nampak buat biskut ni. Tadi ni HASUE pun dah tunjuk sekut nyer tu. Sedap kan Sue... Anak2 pun suke sekut cornflakes ni. Tq banyak2 kak Ummi dan mintak izin share resepi di sini pulak ye. Saya terus buat 2 adunan. Baru padan nak membahagi nanti. 





BISKUT BEBOLA CORNFLAKES

Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji telor
1 sudu teh esen vanila
2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
cawan kertas saiz kecil secukupnya

Cara Membuat:-
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.
Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.
Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.



14 comments:

Hezrin Ahmad said...[Reply to comment]

Selamat Hari Raya

nuanza said...[Reply to comment]

nak wat gakkkkkkk

HaSue said...[Reply to comment]

kalo dekat pasti aku singgah ngabiskn kek n sekut kat umah ko zah..hehe..
aku pun buat 2 adunan gak..satu adunan tu skali bako terus kan..tgk ada bhn lg,terus jer wat lg 1 adunan.hehe

Ummi said...[Reply to comment]

Waaaaaaaahhh Izah...agaknya ni jasad jek kat KL, hati dah kat LEPIIIHHH dah nih...mentang2 balik kampung dia eh...tulis komain besar...hahahhaha.. Izah, thanks sudi cuba cookies sempoi tuh...rangup sesangat kan...kan... Jaga2 kalau x soroksss, mesti licin dulu sblm raya...hahaha... Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir batin dari akak buat Izah...semoga riang ria di hari raya yea.... Kad ucapan akak pun x tau ke mana hala lgk...xdan nk cari...hehehe

Yatie said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah,
mmng nmpk sedap biskut cornflakes ni, apa2 yg berkaitan dngn cornflakes ni mmng rangup dan sedapkan...

Amie said...[Reply to comment]

dah tak sabar nak balik raya ye Izah... baik-baik jalan ye, jumpa lagi

Unknown said...[Reply to comment]

سلامت هاري راى عىد الفطري عزة معاف اتاس سالة دان سيلف

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

akak nak beraya umah izah leh tak? hehe.. akak blk raub... tp lepis ateh lagi... kg jauh tak dr raub?

akak pun wt kukis ni gak izah... tp tak secun yg izah punya ni.. hehe..

Anonymous said...[Reply to comment]

selalu LadyD buat cornflakes ni..thn ni mcm malas jer...but i like it..

Juwita Jamaludin said...[Reply to comment]

sedapnya izah.. tambah conflake anak2 tentu berebut nak makan..:)selamat hari raya izah

Mas said...[Reply to comment]

ijah...sedap nengok kukis kau tu...
aku masukkan dalam list dulu resepi kak ummi ni...
nanti2 aku nk try buay gak...

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

Assalamualaikum izah akak cayang...
Salam Aidilfitri buat izah sekeluarga... andai ada terkasar bahasa... terlanjur kata... terguris hati... akak mohon maaf yer izah.... izah balik kampung yer... pasti seronok beraya kat kampung kan izah...

tgk cookies tu cantik ler izah.... semestinya sgt sedap kan cookies nie izah....

Fiza Nordin said...[Reply to comment]

selamat menyambut lebaran izah ;D ampun dan maaf andai komen2 ade yg menyinggung perasaan...

cornflakes ade berlebih tu tp mood menggentel dah habis kot...sekarang ni tumpuan kat kek tempahan pulak...lepas2 raya pun boleh gak buat ye tak...utk kudap2 anak2 dan mak budak hihihii

fiqah said...[Reply to comment]

favourite neh..sdpnya