Sunday, August 7, 2011

Kerabu Jantung Pisang





Assalamualaikum..

Hari ahad ni deme buat mende weh. Bersantai2 je kat rumah ye.. Ke baru bangun tido.. Haishh.. Saboo jela.. tak menda nye kalau baru bangun pun, kan ke malam tadi penat sikit buat solat tahajjudkan. Kata en suami kite kena selalu husnu zon iaitu berbaik sangka dengan semua orang. Baru hidup kita senantiasa tenang dan senang. Kalau sebut senang jangan la duk pikir senang material aje.. senang dlm hati ni lagii pentingkan. 

Semalam saya sangat terinsaf dengan satu drama 100 HARI. Mengisarkan cerita 100 hari sebelum mati dan tanda-tandanya. Tibe2 saya diserang dengan gerunnya untuuk menghadapi saat itu. Bagi saya cerita tu bagus, sebab sampai ke  hati. InsyaAllah hal mati ni memang tiap2 hari kena ingat, sebab mengingatinya membuatkan ibadah kita bertambah hebat.. Tanda 3 hari sebelum mati antaranya mata hilang sinarnya, sakit di atas dahi, dan bagi yang sakit tenat tu, hidung nampak jatuh, kaki terlunjur jatuh dan telinga, kening  pun melepeh. Terus teringat arwah abah, yang mana 3 hari before dia dijemput Allah, dia ada cakap gaya berseloroh  sambil pandang cermin dengan adik saya, katanya hidung, mata n dahi dia dah nampak jatuh. Agaknya abah dah nak mati ni. Lebih kurang gitu la ayatnya.. Tapi abah saya bukan la sakit tenat, sebelum meninggal dia alihkan kereta dan parking ke bawahh pokokk terperosok tepi rumah bagaikan tahu nanti banyak kereta yang akan datang ke rumah..hmmm

Menu? Kerabu jantung pisang. Seeeddaaapppp.. Saya suke sangat. Duk meratah je pun sedap. Bila tengok gambar tu tak de la menyelerakan sangat nampaknya kan. Tapi besttt sangatt. Saya berbuka makan nasi n kerabu ni je.. Terima kasih Kak Ayu Sg yang diambil resepinya dari majalah Jelita dan tuan resepi bernama HANA. Terima kasih kakak!!


KERABU JANTUNG PISANG
Sources:-From Shamsinah Mohd Said aka Hana@ Majalah Jelita Jun 2011


Bahan2nya:-
1 biji jantung pisang
air untuk merebus
sedikit garam

1 biji limau kasturi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cli padi
1 biji cili merah
sedikit belacan
1/2 biji bawang besar dihiris
1 biji tomato dibuang empulur dan hiris
sedikit garam
sedikit gula
ikan bilis goreng secukupnya-(Ayu gunakan silverfish-ikan bilis yang kecik2)

*izah tambah 1 batang bunga kantan

Cara2nya:-
Kupas kulit jantung pisang yang keras hingga sampai pada kulit yang putih. Belah dua dan rebus bersama sedikit garam sehingga lembut lebih kurang 15 minit. Tus dan titiskan separuh air limau sebelum hiris.
Tumbuk bawang merah bersama bawang putih, cili padi, cili merah dan belacan sehingga lumat.
Campur jantung pisang yang dihiris bersama bawang besar dan tomato.
Bubuh sedikit garam bersama gula pasir dan bahan tumbuk.
Masukkan ikan bilis goreng.
Perahkan limau kesturi. Gaul rata.Hidang segera ketika ikan bilis masih rangup.


40 comments:

Cheq Sue said...[Reply to comment]

cheq sue dan tgk kejap je citer tu...tapi memang berkesan la... gerun je rasa kan...

izahdaut said...[Reply to comment]

cheq sue..
kan.. trasa2 je lepas tu... teringat2 je time nak tido.. susah nak cari drama gtu

ilahjy said...[Reply to comment]

ting tong tuan rumah salam .....
kak suka mkn kerabu jtg pisang kalu celur dan cecah air asammm emmmm...

Umi said...[Reply to comment]

Woo sedapnya kerabu tu..mknan pnmbah susu tuk ibu mnyusu ni hihi..

tun_telani said...[Reply to comment]

uhuk~ tersedak jap org yg bgn lambat.. kui kui.. ni problem kalau tido pas subuh nih.. bln puasa mmg sgt tempted utk tido pas subuh, sbb bgn awal sgt kot.. huhu.. iA akan berusaha utk tdk tido lepas subuh..
perut tun menyanyi laa kak tgk kerabu nih. uhuk uhuk... pokok kayu balak je byk yg belakang umah nii.. nk gi cari jantung pisang pung xleh. huhu..

anymz said...[Reply to comment]

salam zah,semua tanda2 tu akak nampak masa arwah mak nak pegi.3 sebelumnya mmg akak yg menjaga mak dan meninggal pun di depan akak..alhamdulillah pemergiannya di iringi dgn senyuman mungkin berkat perangai arwah mak yang cukup2 suka bersedeqah(kalau musim buah siap ketuk canang dgn org kg suh dtg ambik dan makan) dan mengangkut org kg ke masjid sbb diorang tak ada kenderaan..teringat lagi mak meninggal 15 ramadhan.al fatihah.

semalam waktu ke pasar tani dah nampak jantung pisang tapi buat derkkkk je..apasal lah ko lambat sgt kuar kan entri jantung ni jah..mmmm..sabtu depan nak rembat lah jantung kat pasar tani tu..:)

HaSue said...[Reply to comment]

aku tgk last minit je citer tuu..masa ngan dikapankan kat masjid..tu yg pemandu org kaya tu yer?(bace sinopsis kat info je nih)
aku tengok citer rambut dibelah 7 kat tv3 mlm td...ko phm jelah maksud tajuk tu.mendalam gak kan..kena lak arahan rashid sibir.huhu..
ckp pasal tanda kematian tu hb aku pun dia tengok muke FIL aku nampak jatuh jer..masa dia nak pergi. pastu sebulan sebelum tu kot dier dgn nada seloroh gak suh cari kayu berlian buat papan kubur dia katanya..biasanya kn org guna kayu berlian sbb thn lama kan..hmm..

kerabu tu sibbaik ko x close up..kalo x terliur aku tgh2 hari nih..hehe

Ida,Japan said...[Reply to comment]

wahhhh..jantung pisang, sedap ni..lama tak mkn ni izah

ijayuji said...[Reply to comment]

Salam KAKAK IZah!!! pernah baca tanda2 100 hari dah nak dijemput ilahi, hanya org2 yg beriman ajerr yg akan perasan tanda2 tuu atau DIA ajerrr yg bg petunjuk pd org2 yg terpilih ajerr,tapi kita bukan tgk citer tu lah baca kat artikel mana ntah rasanyer kat FB kalau tak silap.

Woooooo! kerabu jantung KAKAK IZah ada tak??? hihihi... lama tak mkn jantung pisang tauuuu! nanti nak CUBA eli lagilah! mintak2 tak kena yg keras kalau takkk mmg tak mo beli lagilah jantung pisang siam niii dah lah kerasss bila di rebus birat dia lain macam! ahahaha... Selamat berbuka puasa yer kak! :D

Ayu said...[Reply to comment]

Asa lam izah,
Akak Dari rumah yat terus singgah sini,
Dah tengahari baru balk Dari pasar... Relax kejap ni.
Kerabu jantung pisang akak pun suka. Recipe hana
Memang pun makan dengan nasi aje pun dah sedapkan izah. Thanks Sudi cuba .mana dak hana dah lama diam age ni ya...

Ayu Safieza @ Humaira' said...[Reply to comment]

Assalamualaikumwbh Ijah.....mmmmwoish.....gempak tul recipe jantung pisang nih. Ari tuh ayu ada nampak ni kat pasar sini...puenye la tak tahu nak wat mende ngan jantung pokok nih......ekekekekek.....mak simpan resepi jah.......

Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi said...[Reply to comment]

kak izah...nanti nak cuba jugak kerabu ni..tapi kena cari jantung pisang dulu la alamat nya..=0).
saya tak nengok abis crita tu malam tadi..nengok sekerat je..

Anonymous said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Cik Puan Izah,

Semoga kita pergi dgn baik seperti mana bersihnya kita datang ke dunia ini, begitu juga bersihnya hati kita bila pergi bertemu Allah swt nanti.

Hati yang bersih dgn keikhlasan seperti berlian tersemat pada diri kita, nilainya tinggi sehingga boleh mengelapkan perkara yang lain bila ianya bersinar di pancar cahaya. Walaupun kecil, cahayanya tetap bersinar utk tuannya. Bayangkan seluruh badan di saluti berlian(keikhlasan)..matinya sudah pastilah amat bernilai....

Jadilah hambaNya yang ikhlas dalam semua keadaan hanya kerana Allah swt. Kerana hanya ikhlas menjadikan amalan kita diterima Allah dengan jelas dan bersih.

Keikhlasan hanya datang dr HATI yang bersih drp sifat2 hati yg tidak baik...penyakit hati!

Just to share, Mr Dxxt

CikGu Ma said...[Reply to comment]

saya sangat suka kerabu...tapi belum cuba lagi kerabu jantung pisang..jantung lembu ada kot =)

p/s: perkongsian yg sangat bagus..bagi resipi, ada tazkirah buat santapan rohani =)

Aymy With L♥ve said...[Reply to comment]

Mmg sedap kerabu jantung pisang... suke sangat... dulu pernah try sekali... tapi resipi tu letak dua tiga sudu santan yg dah dimasak... sedap jugak...

AZLITA AZIZ said...[Reply to comment]

Semoga kita pergi dalam iman...
cerita izah tentang abah buat akak sedih teringat kat bapa akak.. dah lama tak jenguk dia.. harap2 biarlah dia sihat.. berapa hari ni akak asyik termimpikan dia aje.. huhu sedih lah izah...

lagi sedih... sebab akak tak pandai makan jantung pisang... :(

Mieza said...[Reply to comment]

izaaahhhhhhh ini le raja segala kerabu..sedap kerabu ni..akk kalo blk umah mak mentua banyak jantung pisang...habis la aku kerja kan jadi kabu..berselera gitu makan nasi kalau ada kabu ni..sedap zah!

Yatie said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah,
mana dpt jantung pisang tu,..hehehehe jngn mareee eehhhhh...akak taulah Izah beli kat pasar...teringin gak nak wat kerabu mcm ni, tapi tulah tak jumpa2 si jantung pisang nih..nak cari gaklah... nak wat gak mcm Izah..

Along Maklong said...[Reply to comment]

alahai..
sedap nampaknya kerabu jantung pisang ni.. tapi tulah.. bukan senang nak jumpa jantung pisang kat selayang ni.. tunggu balik kampunglah nampak gayanya.. hehe

Juwita Jamaludin said...[Reply to comment]

izah tak pernah tgk cerita tu.. tula gerun je dengar ...sedih dengar carita arwah bapa izah ita pun sama abah dah tak de..:(

kena beli kerabu ni nak buat walaupun kerabu dalam tin

Diana @ Melley Mey said...[Reply to comment]

Assalamualaikum izah...
tgk kerabu tu mmg nampak sedap ler izah... akak mmg suka kalu bab2 kerabu nie..

izahdaut said...[Reply to comment]

@ilahjy
kalau cicah air asam tu memang biasa jugak makan ..kalau kat kampung la, sebab akak saya mmg suke jantung pisang..tapi saya tak la layan sangat. tapi bila buat kerabu.. mak aiii sedap rupanya kak ilah yee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Umi
betul tu..elok la dijadikan sayur sampingan kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
hahaha.. nak suh minum air sebab terbatuk karang batal la pose.. kiki// ala akak pun ada jugak terr tidur dengan nyaman nya lepan subuh pulak2 seambil nak tidorkan budak kecik tu.. selamatttt.. ce ko tengok kot kayu balak tu ada jantung tun, leh buat kerabu jantung balak.. hahaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@anymz
alfatihahhh.. semoga roh arwah ditempatkan dengan orang2 beriman. alhamdulillah akak merasa puaskan dapat menjaga arwah. arwah abah pulak pergi seminggu lepas raya, dan seminggu sebelum Bais lahir. teringat2 dia risau kan saya sebab bangun sakit perut memalam. pada hal terlebih makan soto.sakit perut. hehehe

kak nim, ngapa la tak amik je.. tak pe, nanti beli 2 biji ek.. eh dua biji jantung ke? kikiki... tapi saya buat tu sebiji kecik je. bajet2 mesti dapat sikit, rupanya bila dah disatukan ngan tomato u, jadi banyakk pulak. lagi saya letak kantan kak. lagiii laaa sedap!!

izahdaut said...[Reply to comment]

@HaSue
crite tu ada kaya aa miskin la... yang miskin tu drebar si kaya, si miskin tu la yang nampak tanda2 tu kat diri dia.. dan mati eksiden ngan sikaya tu.. ntah la, kalau ikutkan simple je crite tuu..tapi ada rohnya..

aku tengok gak crite tu..tapi sebab masih menusuk2 lagi crite 100hari tu, aku jadi talk brapa layan lak crite rambut tbelh 7 tu.

ko uke kerabu ke mek.. sedap gilersss nii

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ida,Japan
kat sana ada jantung pisang ke kak? ke balik mesia je rasa jantung...saya tak tau rupanya sedap dibuat lauk jantung pisang ni. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@ijayuji
ye la tu ADIK ika.. dia crite tanda2 mati dlm 100 hari before.. ika... kalau kena yang keras tu memang kureng la kan. manis nyer tu tak de kan.. uishh kalau dapat balik kampung buat kerabu ni sedap la sangat...

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ayu
tu la, kalau akak tak cakap ni resepi kak hana senyap tu, saya pun tak perasan rupanya kak hana..hehehhe.. majlah jelita ni saya tak beli. saya beli yg satu lagi tu..

mekasih kak ayu..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ayu Safieza @ Humaira'
woo ada ye jantung pisang kat sana... hehe.. alal kan biasanya kalau jantung pisang ni paling koman pun rebus n cicah sambal je kan..ni buat kerabu mak aiii sodap tul ayuuu weh

izahdaut said...[Reply to comment]

@Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi
kena tenok dari mula baru best...hehe.. sempoi vee resepi ni. tapi sedaaappp

izahdaut said...[Reply to comment]

@Anonymous
MR DXXT..
terima kasih berkongsi takirah di sini.. really appreciate it.. semoga Ramadhan ini menbersihkan lagi jiwa2 orang2 yang kita sayang..dan semoga jiwa kita juga sejernih dan sekilau berlian itu.. bantu dan doakanlah untuk semuanya... tq my dear mr D

izahdaut said...[Reply to comment]

@CikGu Ma
mekasih cikgu ma, sudi menjenguk di sini.. kerabu jantung pisang ni sangat best.. lemak2 dia pun terasa.. saya sukeee sangat.. boleh la dicube dirumah. simple je pun bahan2 nya

izahdaut said...[Reply to comment]

@Aymy With L♥ve
tu la, saya pun pernah ingat2 lupa kalau jantung pisang ni biasa ngam ngan santan.. tapi bila ada resepi gini, ikut style kosong ni dulu la. kalau dapat rsepi yg bersantan nanti nak try pulak.

izahdaut said...[Reply to comment]

@AZLITA AZIZ
heheh.. boleh pulak kak ita buat lawak.. hehehe saboo jela.. kak ita tak pandai makan jantung pisang ek... saya sebenarnya tak suke jantung jugak. sama jugak kes kak ayu pun. tak reti makan, tapi kan bila dah dibuat kerabu.. alahaiii sedap kak. cube laaaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mieza
ooo ye ke kak ..saya memang tak tau sedap dibuat kerabu.. bila dah buattt.. makaiiiii memang bes la.. balik kampung nanti for sure saya buat kerabu ni. sebab kat kampung memang banyaaaaakkk pokok pisang

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
waalaikumussalam warahmatullah.. ngengada kak yatie neh.. hehehe... i cari kak jantung hati.. eh jantung pisang. sedaaappp..tu kak mieja kata raja kerabu ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@Along Maklong
maklong saya selalu beli kat jusco.. insyaAllah memang selalu je ada..kat jusco tu ada sudut sayur kampung. tu yang suke tuu

izahdaut said...[Reply to comment]

@Juwita Jamaludin
ooo ada jugak dlm tin ye jantung pisang tu.. bagus la kan...

alfatihah,..bila ingat rasa sedihh je kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Diana @ Melley Mey
waalaikumussalam warahmatullah..
akak, kalau tak reti makan jantung pisang pun mesti akui kerabu ni sedap kan