CSS

Monday, August 1, 2011

Kek Gula Hangus


Assalamualaikum..

Wah wah wah... mengekek lak di bulan puasa gini. Tak kesior teman. Hehe.. Nak tunjuk gak menu tertunda. Dah 2 minggu dah gamaknya usia gambo ni. Tak teredit edit lagi, la ni baru siap edit n nak tayang ler dipertama hari di bulan Ramadhan ni. Hari tu tetibe tekak ni trasa nak makan kek gula hangus. Tapi tak mau resepi yang guna mixer dan yang kena perap. Nak cepat makan gitukan. So saya dipertemukan dengan resepi yang menepati kehendak seperti yang disebut di atas. Tak menggunakan mixer dan tak perlu perap. Dan hasilnya seperti gambo di atas dan di bawah. Ok la.. kek saya ni ada la jugak sarangnya kan. Kek nya pun sedap tak mengecewakan. Kek gini kejap je habis kat rumah ni. Tak berapa manis..just nice. Saya buat satu adunan, makan kenduri kek ni 2 hari. Hehe..

Tq to Yummiez untuk resepi ni. I likeee..


KEK GULA HANGUS
sumber: yummiez@myR

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

Untuk gula hangus:

210 g gula
240 g air
80 g butter

Untuk kek:

6 biji telur
160 g susu pekat
180 g tepung gandum *
2 1/2 sudu kecil baking soda *
* Bahan2 ini diayak bersama

Cara-cara

Gula hangus: Masak gula di dalam sebiji periuk sehingga berwarna keperangan. Kemudian, tambah air dan kacau sehingga gula larut dalam air semula.
Tambah butter, tutup api dan biar butter cair dlm gula hangus tu. Ketepikan.
Pukul telur sedikit dengan hand whisk. Tambahkan susu pekat dan kacau hingga sebati.
Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking soda tadi ke dalam bancuhan telur dan kacau sehingga sebati.
Tambahkan gula hangus ke dalam adunan dan gaul sebati.
Sapukan sedikit butter ke dalam loyang pembakar dan alas dgn kertas baking. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan biar selama 5-10 minit supaya baking soda dpt bertindak balas.
Bakar adunan di dalam oven selama 1 jam pada suhu 180 deg C. Siap, dan hidangkan.



11 comments:

Gee® said...[Reply to comment]

uik! sabor sabor... k.gee singgah jap aje takut terlioq... ops...Bais pose tak?

Citarasa Rinduan said...[Reply to comment]

salam ramadhan izah........
aduh!!
ayu rasa spjang puasa nie.. awal2 posa kena posa singgah blog izah lah..

tak tahan!!!
hhehehehe

K.Nor said...[Reply to comment]

huhhhh tu la , kata lg ke akak duk tayang entri tertunggak.. dia pun sama gak.. hehe

chikadakbiru said...[Reply to comment]

kek ni sedap..tak muak makan.. :)adess pagi2 dh telan air liuq

anymz said...[Reply to comment]

salam ramadhan zah,

hahaha...eh gelak dulu....gelak le jah oi baca komentar en daut kat bawah nuuuuuuuun..sampaikan salam ramadhan akak sekeluarga buat en daut dan familynya yang comel ni ya..sampai la ni akak dok senyum2 sorang2 ni jah..
Ayat sikit punya baguih tu.penuh dgn bahasa kiasan..

Baru hari ni akak berkesempatan bersiaran.sibuk ulang alik rumah MIL...
angkut 3 keping kek gula hangus ni nak makan masa buka nanti..
eh!nak rasa gelak lagi nih..

Mas said...[Reply to comment]

ijahhhh....entry tertunggak jah....
layan....he..he..
wehh..aku pun suka kek gula hagus...
lama dah tak buat.....
pada kau jah..mana lagi best..resepi ni ke, resepi yg kene perap tu..

Ayu Safieza @ Humaira' said...[Reply to comment]

Assalamualaikumwbh Sis…
Ayu ingin mengucapakan selamat menyambut ramadhan. Semoga kita sama2 memanfaatkan bulan yang penuh rahmat, keampunan dan yg dijanji dijauhkan dari neraka ini oleh NYA. Mohon maaf jika ada tersalah, terusik, terkata dan terbicara yang mungkin ada menyakiti selama ini.:)

Have a blessed and contented Ramadhan for u and family…Amen.

Ucu Faridah said...[Reply to comment]

salam ramadhan...kek gula hangus@ sarang semut fav tu...

izahdaut said...[Reply to comment]

@Gee®
hehehe.. sabo ye kak Gee bebulan tak boleh makan ni.. bais tak puasanya la.. hehe.. cakap kat dia jom puasa bais.nak nak katanya, tapi bile kabo tak leh makan kuih, tak leh minum air ..terus je kata. hmm tak nak la ummi ni, tak nak kawan ngan ummi lah..ade ke patut..kiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Citarasa Rinduan
ye salam ramadhan juge buat ayu n kelaurga....ala jgn gitu.. jgn puasa lak dtg blog ni ye.. hehehe.. masak biasa2 je ni...bebulan puasa lak kan. simple2 je

Diana @ Melley Mey said...[Reply to comment]

izah... x per izah.. entri tertangguh pun ok gak tu.. akak lagi selalu buat entri tertangguh.. ehhehehhe
nie pun kegemaran anak2 akak nie.. dah lama x buat dah...