CSS

Saturday, August 6, 2011

Isi Ayam Goreng Tomato



Assalamualaikum..

Alhamdulillah..dah seminggu berpuasa, terasa cepat benar masa berlalu. Kalau boleh dislowkan sikit, untuk memenuhi ibadah yang asik penuh dengan alasan, tak sempat la..tak sedar la.. haii kalau nak kumpul alasan mcm2 aje la kan. Teringat time2 remaja dan anak2 dara dulu, bulan puasa bulan yang rilex.. Boleh dipenuhi dengan pelbagai aktiviti ibadah. Tapi bila dah berumah tangga especially beranak kecik ni, ibadah cara lain pulak kan. Ye.. tak risau, sebab melayan kerenah anak2 dan menyediakan dan menyempurnakan kerja2 rumah bulan puasa ni sama besar ganjarannya kan. Sedangkan mengemas menyapu rumah pun bagaikan membersihkan kawasan kaabah rumah Allah.. Inikan pula dalam bulan puasa ni. Yang penting niatnya ikhlas.. InsyaAllah.. hebat ganjarannya. 

Lauk ayam di atas buat untuk berbuka merangkap menu sahur. Simple je. Tapi sedap jugak. Resepi dari majalah lama. Tetiba jumpa keratan resepi ni terselit dlm buku resepi. Sahhhh.. ni kerja jaman2 dulu la ni. Suke koyak  majalah tang resepi tu. Haha.. ramai la akak2 ku yang menjerit majalah dia kena koyak. Lalala.. Dulu2 kalau gaduh ngan akak2 ku yang 4 orang tu, tak dapat nak lawan balik sebab kita ni kan adik..punya jahat, gi koyakkan majalah kesyaangan diorang. Haha.. kalau diorang tanya sapa punya kerja, leh la tuduh si kecik adik bongsu. Dah adik bongsu sapa nak marah kan... Tak elok benor perangai...kiki

 Tapi sayang tak tau la majalah apa resepi ni sebab tak de lak tulis kat tepi2 nya tu. Rasanya kalau tak Jelita, mungkin Nona atau Keluarga..atau pun majalah Wanita. Ampun tak tahu sumber. Saya doakan tuan punya resepi sentiasa diberkati Allah dan diberi pahala dari sumber yang tak dia sangka. Terima kasih.

ISI AYAM GORENG TOMATO

300 gm isi ayam didadu
1 biji tomato
2 sudu besar cili kering kisar
1 tangkai cili merah-  hiris nipis
1 tangkai cili hijau- hiris nipis
2-3 cili padi- hiris nipis * ijah tambah
1 sb minyak masak
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sikit garam dan gula
3-4 helai daun limau purut

caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih yang dicincang.
2. Setelah wangi, masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan masak kira2 3-4 minit.
4. Kemudian masukkan daun limau purut dan cili padi.
5. Masukkan pula tomato didadu dan leyek hingga hancur. Rasakan garam dan gula.
6. Akhirnya masukkan cili dihiris dan bolehla diangkat.


32 comments:

Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi said...[Reply to comment]

hikhikhikhik...akak, part koyak majalah tu tak leh tahan..hehehehhe..tu kira serang hendam tu..kihkihkih ;0).
nak cuba resipi ni jugak nant. isi ayam ada byk dlm peti ais =0).

lina_pg said...[Reply to comment]

assalam izah..menu cenggini sesuai utk sahur...kalau ada kerajinan bleh try nnt

K.Nor said...[Reply to comment]

ish... tangan sapa la yg ganas sgt tu ya.. piat sket :)

ijayuji said...[Reply to comment]

Haaaaaa ni live dr teksi :D rempah KABSA Takde! Kikikiki.... Bukan sesuwai waktu sahur jerrr melabuh bila2 Masa klu rasa lapo :D

AZLITA AZIZ said...[Reply to comment]

salam izah...
waaa... ni senang anak2 nak makan tak de tulang.. nanti boleh cuba ni.. anak2 akak klu lauk masak cam ni dorang mmg suka..

Cendana Kasih said...[Reply to comment]

lauk simple2 cenggini mmg sedap..

Mas said...[Reply to comment]

kikikiki..sama kes mcm aku.....
dah tak kenal majalah mana..sano jerk..

wehh...sodapp aku nengok ayam tu....

Sofea said...[Reply to comment]

boleh geng la izah..suka gunting2 resepi dari majalah..tu dulu la..la ni semua dh dl intenet..search je! :)

♥LOVE2COOK♥ said...[Reply to comment]

Sedap nampak ayam tu Izah! Wahhh samalah kita pun suka koyak2 majalah mak dulu...hehe. Punyalah malas nak salin resipi, koyak dan simpan dlm folder...habis cerita.

Selamat Berpuasa buat Izah sefamili...;)
Kukis bila start?

Yatie said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah,
klakorlah baca kisah Izah jaman remaja, akak terasa gak tawww sbb suka koyak bab resepi..ada gak bab yg lain tu...bkn kakak yg marah, tapi mak akak yg marah sbb dah tak cantik majalah tu..ekekeke...
menu ayam mcm ni mmng senang dan sedapkan, akak suka kalau resepi letak daun limau..mmng best dan cepat laku punyerrrr..

Ummi said...[Reply to comment]

Izah, nampak sangat dah minat masak kan...kecik2 koyak tang resepi jek...hehhee, tp ayam ni mmg nampak sedap...eeemm pjg lg la list...

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

ayam ngan cili plus tomat mmg sedap sgt ni..blh bt sahur nnti..tq. :)

sebaik website ni x leh koyak2 kan..klu koyak2 kiter tau la keje sape.:))

quinnie said...[Reply to comment]

memang menduga keimanan betul tengok gambar ayam tomato ko ni izah....adeehhh...bila nak azan nih....kekeke

tun_telani said...[Reply to comment]

ish ish ish.. bertuah betol.. adik bongsu sape laa nih.. piap tangan dia.. biasa niiihhhh... hihi

harleena said...[Reply to comment]

nampak menyelerakan laaa menu ni Izzah... boleh masuk list ni...

izahdaut said...[Reply to comment]

@Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi
tak pernah koyak majalah ek.. hehehhee.. leh la cube,simple sesangatt aa lauk gini. buat tuk sahur kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@lina_pg
betul kak lina. sekejap je masak. memang sempoi.. hiris2 gini sesuai la untuk waktu singkat nak masakkan

izahdaut said...[Reply to comment]

@K.Nor
hahaha..tau dahh.. kak nor kan org yang cermat dengan majalah.. mau menggigil kalau ada org koyak majlah dia.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@ijayuji
betul ika.. suke sangat simple gini kan.. haha kabsa kabsa.. tak sudah2..jang bagi ratu kabsa kang..huh!!

izahdaut said...[Reply to comment]

@AZLITA AZIZ
mcm paprik pun ada cume bedanya ada tomato tu dilenyek2kan.. boleh la cube menu simple tuk sahur ni kak ita

izahdaut said...[Reply to comment]

@Cendana Kasih
woo pesen lain pulak ke kak noorma.. hehehhehe.. ala2 retis khaann

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
gimme 5 mas!!haha.. ada terkantoi tak?

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sofea
betul kak piaa.. sekarang search dlm internet je..lagi banyak lagi bervairasi resepinya.. cume kadang2 jumpa lauk simple dlm majalah tu dicube jugak la kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@♥LOVE2COOK♥
tq love.. kukis belum pikir lagi.. hehee..

love u pun sama ye.. hhaa.. ramai geng rupanya..sekarang ni kalau jumpa resepi berkenan biasanya ambik gambar kat enpon je resepi tu. tak yah koyak2 dah kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
haaha.. sama la jugak kite ye kak yatiee.. sekarang ni kalau ingatkan balik duk senyum sengsorang jelakan kak

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ummi
tu la kak ummi.. minat kumpul resepi..minat tengok masakan sedap..slalu imejin cemana rasa lauk pauk sedap. dulu susah..mana nak tau rasa laukpauk sedap, duk imejin kat majalah jela.. hehe..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Deliah's Deli
aipp website lain lak citernya del.. copy paste aaa.. haha..ee saboo jelaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@quinnie
oiitt brapa minit je lagi berbuka.. saboooo jelaaa..hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
tun..bukan akak.. adik bogsu akak yg buat..gi piat tangan dia.. hahaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@harleena
sila la harleena..buat tuk saur kan..simple

HaSue said...[Reply to comment]

selain dr suke gunting resepi..suke gunting sarikata lagu..kakaka..remaja2..
nampak menyelerakan la menu ayam tomato nih..lapo dah aku ni haa...ops takpe2..dugaannnn

Diana @ Melley Mey said...[Reply to comment]

hehehhe... suka baca kisah izah koyakkan majalah tu.. ehhehehe... comel jer yer .. ;)
ayam nie mmg nampak sedap n menyelerakan ler izah...