CSS

Monday, August 22, 2011

Roti Sosej Rangup


Assalamualaikum..

Menu sarapan anak2 saya. Saja la letak menu simple ni, sebab tak pernah pun lagi menu gini masuk blog. Diorang makan macam tu je, tak de sos mayonis bagai. Rangup je nengokkannya. Saya buat kaedah mcm kak Nor ajor dengan menyapukan telur menggunakan berus pada roti tu. Jimat telur dan serbuk roti tu pun elokk je melekat. Tak menjejes pun telur tu. Resepi ikut nafsu la nak makan berapa biji sosej n roti tu ye. Budak2 ni 4 ketul dah terlebih cukup dah. Saya letakkan cara kak Nor buat sosej rangup ni. Ada slice cheese dalam tu. Saya terrrlupa nak letak, padahal anak2 suke je. Lenkali leh buat lagi kan. TQ kak Norrr..






ROTI SOSEJ BERKEJU RANGUP

Bahan:

10kpg roti
10 batang sosej ~ direbus sekejap
10kpg slice cheese
1 bj telur ~ dipukul sedikit
breadcrumbs/serbuk roti secukupnya
minyak utk menggoreng

Cara:
Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej.
Sapukan hujung gulungan roti dgn sedikit telur (utk melekatkan)
Gulung dgn kemas. Buat hingga habis.
Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.


17 comments:

Kak Sam said...[Reply to comment]

Sib baik mak tak tumpang sekali

Rabiatun Adawyah said...[Reply to comment]

assalamualaikum..wahhh, sedapnyer..krup krap..krup krap...nampak pun rangup ajer ni..

Happy Birthday 2 u my dear...dah tiup2 lilin ker? hihihi..

K.Nor said...[Reply to comment]

mmg rangupkan jah.. ehhh ibu tak makan sama ke? hehe..

haa.. satu lg telur pun jimat gak :)

Amie said...[Reply to comment]

anak-anak memang suka roti sosej rangup ni.... mengenyangkan! buatnya pun ringkas dan mudah saja... tapi kena panggil mood rajin dulu ah...

syasya said...[Reply to comment]

sedapnye.....boleh buat untuk sahur ni...=))

Nazrah said...[Reply to comment]

kita nak cuba la..anak2 pasti suka

Mas said...[Reply to comment]

ini mak budak pun suka....
sedapp tu...

Tina Othman said...[Reply to comment]

wah menarik jugak kan, budak2 mesti suka ni

inahar ali said...[Reply to comment]

salam izah cayang..hepi belated besday ye..akak tertinggal ketapi..hehe! bak roll tu 2 ketui..daapnyer!!

IdaShazana said...[Reply to comment]

sebelum ramadhan dah frozenkan banyak2...senang di waktu darurat

Diana @ Melley Mey said...[Reply to comment]

Assalamualaikum izah...
waaahhh... sedaaapnya tgk... pic pun cantik... suka tgk...anak2 mesti suka nie kan.. irfan lg2 ler ... dah lama akak x buat mcm nie... sejak cuti nie semua pun cuti.. hehehehehe...

tun_telani said...[Reply to comment]

kak izah. tun suka makan niiii~~ dh lama laa pulak x makan roti. puasa jarang ada stok roti..aduh, terliur betul.

Juwita Jamaludin said...[Reply to comment]

zah.. sama plak entry kita .. tapi ita buat hari sabtu kelmarin.. hihi sedapkan... anak2 suka.. lawa la gambar izah geram tgk

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

buat buka pun ok gak ni..kiter pun suka! :)

LadyD said...[Reply to comment]

nak kena try jugak ni..anak2 suka roti cenggini.

quinnie said...[Reply to comment]

izah...sengil chooka hamnida....belated skit wish nya kita bz semalam..hari ni malam baru online....:)

Mamasya said...[Reply to comment]

Aslmkum Izah...

kebetulan semlmpun buat roti sosej gini tp versi tak letak cheese.mudah dan sedap....kesukaan anak-anak.