CSS

Monday, August 15, 2011

Bingka Roti 2



Assalamualaikum..

Selamat pagi yang terang benderang. Ceria ceria semua harapnya. Terus aje lah bercakap pasal bingka yang sangat sodap ni. Pernah buat bingka roti? Acu cuba buat resepi ni. Sedaaapp.. anak2 duk ulang makan. Lembut lemak manis yang sedang2. Sebelum ni pernah buat bingka roti resepi Mas Duniaku di sini. Beda resepi ni sebab roti nya dikisar. Macam buat puding. 

Bebulan pose ni, memang tak putus bekalan roti kat rumah ni. Kes maknya malas nak masak breakfast tuk diorang. Hehee.. Macam2 aje boleh dibuat ngan roti ni kan. Tapinya slalu ada lebih sekeping 2 gitu, tak pun belen2 yang digunting dari kerak2 tepi tu. Sebab tu la saya buat bingka ni. Hasilnya memang berbaloi. Satu adunan dapat sedang elok puas dmakan la. Saya buat berbuka dan budak2 ni boleh buat breakfast pulak esokkannya. Resepi dari Riaputih@myR. Tq Ria..


BINGKA ROTI


Bahan-bahan ( 4 orang )

2 bj telur 'A'  * izah guna B
5 keping roti gardenia
1 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
1 camb planta   *izah guna butter
1/4 camt garam
500ml susu cair (1 tin 400ml + 100ml air) * Izah guna santan 
Bijan
1 camt esen vanila


Cara-cara

Kisar gula dan telur(guna blender je). Kemudian masukkan planta. Kisar lagi.
Masukkan susu cair dan roti, biar sekejap dan kisar.
Akhir sekali masukkan esen vanila, garam dan tepung. Kisar lagi sampai sebati.
Tuang ke dalam loyang bingka yg telah dilengser, tabur bijan (sangrai terlebih dahulu) dan bakar atas api perlahan selama 1 jam. 

Izah bakar pada suhu 180 C lebih kurang 1 jam atau sehingga permukaan bingka berwarne perang.
Dilink di atas ada ditunjukkan cawan yang biasa tuan resepi guna. Cawan tea tu, tapi saya guna cawan ukuran metriks 250ml secawan, dan saya kurangkan satu sudu setiap ukuran. Iaitu tapung dan gula, saya kurangkan sesudu besar lebihkurang.
Izah recommend kan gunakan santan baru bingka ni berbau lebih wangii dan terasa 'kebingkaannya'.


32 comments:

mizwa said...[Reply to comment]

wahhhhhh sgt boleh cuba nie semua barang ada kat umah hhehehe...dah lama xmakan benda cenggini..dlu lau buat bingka/bengkang nie masak guna sabut kelapa boh bekas isi adunan dlm bekas lain pehtu boh la sabut kelapa atas tudung peyuk dgn bawah...nostalgia...

izahdaut said...[Reply to comment]

mizwa..
memang pun nostalgia gitu kan. acuan bingka kan dia ada lubang bulat2 kat penuttup dia tukan. masak dapur arang lak., lagi la sedap kuihnyer tuu..

nOOrsha said...[Reply to comment]

waa..lame aku tak membingke.. bingke2 ni memang peberet en hb nih... :)

izahdaut said...[Reply to comment]

noorsha..
bingka ni simple je shaa.. sedap

Yatie said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah,
sedap tngk bingka rotimu itew....leh cuba gak resepi yg ni...halus mulus je bingka tu..cantik, bab yg kerak tu yg bestkan..

Anonymous said...[Reply to comment]

sedapnya, nampak senang je ye nak buat, boleh try ni

izahdaut said...[Reply to comment]

kak yatie..
simple n sedap kak. mmg la kalau bingka tang kerak tu la yang sedapnya kan. tapi bingka ni kerak pun sedap isi nya pun sedap gebu halus gitu

tina othman..
a ah senang je kan. tapi kalau letak santan tu mmg lagi sedap lemaknya tu tau..cube laah

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

Assalamualaikum izah akak cayang...
cantik nye bingka tu izah.... teringin nak mencubanya... nanti nak cuba gak ler buat tp akak nie kalu bab bingka2 nie selalu buat x jadi.. huhuuu... cantik suka tgk kejadian bingka yg izah buat tu

izahdaut said...[Reply to comment]

Kak diana
Waalaikumussalam waahmatullah..
Kak diana canteekkkk.. Cube try buat, insyaAllah elok je kejadiannya. Sedap pun sedap kak

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...[Reply to comment]

Salam ramadhan izah.Mesti sedap bingka ni ya.Selalunya buat pudding .yang ni lain sikit kan.Kak Ros pasti nak cuba ni.nanti kak ros CNP resepi boleh?

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Salam Izah... setuju kalau pakai santan memang lagi wangi n sedap.. sukernyer... ader ker lagi.. nak jugak.. he he he

Rabiatun Adawyah said...[Reply to comment]

assalamualaikum Izah..sedapnyer nampak bingka roti ni..belum pernah rase lagi ni. nak kena try le buat berbuka kang..

Kak Sam said...[Reply to comment]

Ala guna fresh milk boleh tak? hehehehe

Mieza said...[Reply to comment]

izah dearie..boleh cuba ni semua bahan ada..hubby mmg suka kuih mcm gini..mcm kuih bakar gitu..

Ummi said...[Reply to comment]

Salam Izah, bingka roti pun nampak menyelerakan pulak.. :)

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

halus mulus nmpak bingka izah tu..klu guna santan mmg smerbak 1 rumah. :)

Mas said...[Reply to comment]

makcik..
mlm baru sampai rumah kau...
sibuk sikit siang tadi...muahaha3...
wehhhh..bingka roti..
lama betoi aku tak buat..
sedappnya tengokk...

sitiezahim said...[Reply to comment]

bes bes..simple je leh saya terai hehe

Juwita Jamaludin said...[Reply to comment]

nampak menarik je izah.. tambah ada bijantu bila tergigit sedap.. kuih2 gini sedao makan bila berbukakan

quinnie said...[Reply to comment]

izah lain kali kita nak cuba resepi si ria ni pulak..tak perasan ada resepi ni kat myr..hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek
tu la..biasa kita buat pudingkan blend emua ni. cube buat bingka pulak. rasa dia lembut halus lebih kurang puding, cume ada wangi santan tu la.. eh lemak santan.. hehe.. sila la kak ros amik resepinya

izahdaut said...[Reply to comment]

@HALAMANKU
habis dah erma..biasa la budak2 berdua tu, kalau kuih lembut gini memang suke. selera mcm org tua tua sikit. hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Rabiatun Adawyah
silakan lah kak.. sedap aje ni..kalau buat lagi banyak kerak lagi sedap ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kak Sam
boleh je kak sam, sebab ala ala susu cair kan. tapi kalau kuih bakar ni mmg ngam ngan santan.. baru la terserlah bingkanya tu.. wangiii jee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mieza
sama la saya kak mieza, hubby saya suke gak, kalau donut2 ni yang dia memang tak berapa sukee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ummi
sedap jgak ni kak ummi. selalau makan puding roti, skali skala tuko buat bingka lak

izahdaut said...[Reply to comment]

@Deliah's Deli
a ah..dekat2 nak masak tu, hamboii bau nyer wangii je

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
haii biasa la kalau memborong tak sedor diri.. sampai belen duit tinggal rm10 khaannn.. hahhaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@sitiezahim
try la hajar.. sedap jugak ni. cume nak kena kurangkan sikit la kalau pakai cawan metriks. kalau terkeras tak best lerr

izahdaut said...[Reply to comment]

@Juwita Jamaludin
a ah..makan ni je ita, tak yah makan nasi dah, sebab kekenyangan betui.

izahdaut said...[Reply to comment]

@quinnie
dah pernah try bingka gini ye? leh la try resepi ni lak, tapi sebab cawan dia tu kecik sikit, kena kurangkan la sikit sukatan cawan tu

tun_telani said...[Reply to comment]

kak izah!! dulu2 tun penah makan nii.. sedapp!!! skrg ni, nk msk kuih2 berasaskan roti slow sikit, sbb susah nk dpt roti putih g kompom halal.. uwaa.. windunyer kt gardinea...