CSS

Monday, August 22, 2011

Biskut Cinta 3 Warna




Assalamualaikum...

Terima kasih sekali lagi yang sudi tinggal komen memberi ucapan Selamat hari lahir buat saya dan doa doa kalian amat membuatkan saya terharu dan tergeli hati pun ado. Semua ini saya semat dalam hati dan akan menjadi kenangan indah saya dalam dunia blogging ni. Terharu mokcik!!

Canner puasa kalian dah hujung2 ni? Sahur masih berselera lagi ke? Biasanya saya kalau dah hujung2 ni, sahur pun pakai ikut selera suami je. Kalau kata nak cempedak goreng, pepagi buta tu la saya menggoreng cempedak. Hehe.. Kalau jaman2 bujang dulu, bangun minum air je kalau dah hujung2 ni, tapi kalau balik kampung memang wajib ler bersahur. Mak mesti kejutkan jugak dengan kejutan berstrategi nyer tu. Hehe.. mengimbau kenangan lak.





Biskut raya ke-3 saya. Again..buat untuk tahun ni. Resepi tahun lepas dah tunjuk DISINI , asal dari keluarga mertua adik saya di Tapah. Tak silap katanya dapat resepi belajar masak Kemas. Sekut ni ada permintaan lagi. Jadi saya buatkan lah untuk memenuhi permintaan. Memang sedap sekut ni. Kalau lepas bakar biarkan beberapa minit dulu nak alihkan dari tray, sebab sekut ni lembuttt sangat, Nanti habis pecah berderai. Biskut melted in the mouth. Wangi bau minyak sapi. Rasa mcm sekut arab lebih kurang. Ada yang buat golek2 je sebiji besar guli, tapi sekut ni lembutt sangat, kena letak dlm paper cup. Kalau idak pecah gitu jela. Bagi yang teringin nak mencuba saya tepekkan sekali lagi resepinya.





BISKUT CINTA 3 WARNA
by: izah muffin lover

300 gm minyak sapi
1 cawan gula kastor
2 biji kuning telur
500 gm tepung gandum * izah kurangkan 50-60 gm
3 pewarna makanan yang disukai

Caranya:

Pukul minyak sapi bersama gula kastor hingga sebati dan berkrim. Masukkan pula kuning telur dan pukul hingga sebati. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan uli sebati. Bahagikan doh kepada 3 dan masukkan pewarna yang disukai. Ulikan sehingga warna sebati. Cantumkan tiga warna menjadi saiz sebesar guli dan letakkan ke dalam paper cup. Bakar pada suhu 180 C selama 22-25 minit.

Biarkan biskut beberapa minit di dalam tray sebelum alihkan ke atas redai. Bimbang biskut akan pecah jika dialihkan panas2.


22 comments:

Azlita Aziz said...[Reply to comment]

amboiii... cik izah kita ni bercintan-cintun pulak pagi2 ni.. hihi
comel kukis tu.. rasa2 sama tak rasa mcm kuih suji kristal tu ek..??

Kak Sam said...[Reply to comment]

Assalamualaikum...
Amboi berkaler2 cintanya.

Yatie said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah,
ceria je pagi ni eehhh...maklumlah smlm birthday gurl...mesti dpt sesuatu yg istimewakan...happy birthday sekali lagi utk Izah yg manis...ceria je tngk sekut raya ni..kaler maler tu yg best..anak2 mesti sukakan...

izahdaut said...[Reply to comment]

@AZLITA AZIZ
hehe... bercinta lak kan... kak ita, maybe sama kot sebab main nyer minyak suji kan. tapi resepi kak ita tu lagi sedap kot banyak bebahannya tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kak Sam
waalaikumussalam warahmatullah..
tu la kak sam.. warne tu yang bercinta kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
heheh sajaa je kak yatie ngusik ekkkk... ala special gitu gitu la kan...hehe...betul kak yatie, saya sorok balang nyer. kalau nampak dek bais, siap laa di ngendeng nyer sekut nih.haishh

anymz said...[Reply to comment]

kalau ada masa akak nak buat lah zah.mana tau myk sapi berlebih.takmo simpan dah takut expired lagi..kihkihkih

HaSue said...[Reply to comment]

aku suka sebab ko buh ade kaler biru kan..mmg comel jek kukis ko tuh haaa...aku asyik berkepit ngan zhariff nih camne nak ngukis..huwahhh...ko tolong jaga dia jap buleh?

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

Assalamualaikum izah...
wah cantiknya nama biskut nie... comel lg gitu... nampak pun dah tau sedap.... suka2!!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...[Reply to comment]

Yelah, Izah. Memang mcm biskut arab, rsepi pun hampir sama. Tapi kalu kat tgn akak, dia tukar nama tau, biskut cinta tiga segi, ngeh3!

mimiey said...[Reply to comment]

semekom...
cakkkk...tibe2 muncul...hehheheh...
muncul ni pun sbb nk wish hepy besday kt kak izah cayang...
moga dlm lindungan Allah sentiasa..

K.Nor said...[Reply to comment]

mcm biskut arabian night jer bila digabungkan 3 kaler gitu

Acik Erna said...[Reply to comment]

izah..tahun lepas akak ada buat..memang sedapkan..

izahdaut said...[Reply to comment]

@anymz
ye la kak nim, jadikan pengajaran dan pembeljaran untuk hidup masa hadapan. ngeee

izahdaut said...[Reply to comment]

@HaSue
sian ko, tak sporting tul dak zhariff neh. hehe.. pandai ko.. memang biru pun

izahdaut said...[Reply to comment]

@Diana @ Melley Mey
waalaikumusslaam warahmatullah..
comel n sedap tu.. manis pun sedang2 je kak diana

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sari Yusa Ibrahim
eee betul ke kak sari.. ke nama sesuak ahti je. ngeehehe... lebih kurang la kak, cume mungkin texture dia je berlainnan

izahdaut said...[Reply to comment]

@mimiey
tq mie.. lama tak dengar cerita. awat tak hupdate blog haaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@K.Nor
wohh lagi sedap namanya tu kak nor. tak pernah lak dengor

izahdaut said...[Reply to comment]

@Acik Erna
dah buat ye kak.. sedap kan. tu yang ada permintaan tu

Mas said...[Reply to comment]

makcik...cantik berseri2 biskut kau tu...
nanti anto la subang sebalang yerk...

sitiezahim said...[Reply to comment]

hehhe macam tau2 je saya nak menerai taun ni...kikiki