CSS

Friday, August 26, 2011

Biskut Coklat dengan Oat


Assalamualaikum..

Amboi cergas tul blog saya hari ni mengupdate resepi biskut lagi. 
Biskut ni saya recommend sangat.
Sangat sedap.
Bagi sapa2 nak habiskan tepung kentang sila lah buat biskut ni.
Adoii tak berenti la menggigitnya.
Bahaya.. bahayaa...hehe..
Tapikan nak cakap sekali lagi, biskut ni memang kenaaa sangat ngan selera saya.
Masa mengadun sekut ni pun, aduhaiiii bau nyer.. menusuk kalbu.
Resepi berasal dari seorang guru masakan,  Puan Norasikin Basri.
Saya nak mintak izin untuk share resepi di blog saya pula ye.
Terima kasih, resepi ni akan saya buat lagi.




BISKUT COKLAT DAN OAT


2 1/2 cwn oat segera
1/2 cwn serbuk koko
1 1/2 cwn tepung gandum
1 1/2 cwn tepung kentang
1 cmt baking powder
1 cmt soda bikarbonat
1 cwn mentega/majerin
1 cwn gula pasir
1 cwn gula perang
2 bj telur
1 cwn coklat chip / cincangan coklat


Cara membuat Biskut Coklat dengan Oat
Campurkan semua bahan-bahan kering seperti tepung, serbuk penaik, koko, coklat chip, oat dan lain-lain.
Pukul mentega dengan gula dan gula perang sehingga kembang.
Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
Campurkan adunan dengan bahan kering sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan spatula.
Setelah semuanya sebati, rehatkan adunan lebih kurang setengah jam.
Bentukkan mengikut suka dan hias dengan coklat chip, kacang dan sebagainya.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 12 - 15 minit sehingga masak. *izah bakar 17 minit.

Tip Masakan Berguna dari Puan Norasikin:

Oat biasanya menjadi pilihan untuk menambahkan khasiat dalam biskut berbanding bijirin lain seperti nestum, cornflake kerana ia lebih asli tanpa bahan-bahan tambahan yang lain.
Menggunakan tepung kentang adalah salah satu cara yang terbaik untuk menjadikan biskut kegemaran lebih rangup. Walaubagaimanapun kerangupannya akan berbeza kerana kerangupan menggunakan tepung kentang lebih kepada kerangupan snek. Jika tepung kentang yang digunakan berlebihan, akan mengakibatkan biskut menjadi garing seperti makanan ringan.
Alternatif terbaik untuk mengurangkan rasa manis pada biskut tanpa mengubahsuai resepi adalah dengan menggunakan gula perang. Dengan demikian, kuantiti gula dikekalkan dan tiada perubahan kuantiti pada bahan-bahan lain.


15 comments:

Tina Othman said...[Reply to comment]

wah boleh try ni, nampak menarik betul

fiqah said...[Reply to comment]

sdpnya nampak..bleh cb ne

Lieya said...[Reply to comment]

Sedapnye kakkk... Selamat hari rayaaaaaaaaaaaaaaa

dZana said...[Reply to comment]

sedapnya izah.. selamat hr raya maaf zahir n batin..

Mas said...[Reply to comment]

wehhhh...jet turbo betoi ari ni...
berdesup2 entry kuih raya kluar...
dah berapa jenis kuih raya kau ni izah.
rajinn betoi makcik sorang ni..

biskut coklat ngan oat ni...
rasanya sama tak ngan Chocolate Oats Crips yang aku buat tu..
tergodanya aku tengok...

makcik..nanti kau datang la beraya rumah aku..
aku tak buat pun open house...
pintu rumah aku terbuka jerk untuk sesiapa yg nak datang beraya...
nanti aku masak la apa2 untuk kau...
arthy

Meatloaf Recipes said...[Reply to comment]

Great posting! Thanks a lot for the recipe.

quinnie said...[Reply to comment]

mesti meriah meja ko thn ni izah...rajin tul...ingat nak buat biskut ni sebab berlambak oats kat rumah..tapi tak dek tepung kentang la pulakss..

selamat hari raya aidilfitri buat izah sekeluarga..mohon maaf jika ada terkasar bahasa..:)

Yatie said...[Reply to comment]

uwaaaa banyaknya kuih raya Izah...akak dok mengulang kuih2 yg sedia ada je sbb nak bagi mak dan mertua lebih sikit...jemu plk buat kuih yg sama jek..hehehehe..mmng nmpk sedap biskut ni Izah..bila free nnti leh try..

Juwita Jamaludin said...[Reply to comment]

izah ni mengoda betul la.. ita nampak pun tergoda harus buat ni esok kena cari tepung kentang dulu..:)

Wattie said...[Reply to comment]

Assalamualaikum,
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin, rajinnya Izah buat kukis, semua nmpk menarik

cikmanggis said...[Reply to comment]

selamat hari raya maaf zahir dan batin.minta dihalalkan segala resepi yang terambil:)

Nur-nba said...[Reply to comment]

Salam.. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Kak Izzah sekeluarga.. :) Sedapnya kalau dapat mengunyah sendiri biskut ni..

Gee® said...[Reply to comment]

Slmt Hr Raya Izah...maaf zahir & batin

miSs Hazzi said...[Reply to comment]

Salam.. saya selalu berkunjung ke sini tapi tak pernah bertanya/komen..
hehe Nama saya pun Izzah juga.

Nak tanya akak, kalau takde tepung kentang, nak substitute pakai ape ye?

tk.

Michael said...[Reply to comment]

tq sbb mencuba resepi saya. salam perkenalan.