CSS

Friday, August 26, 2011

Biskut Snow Almond


Assalamualaikum..

Ngeeeee.. Ramai ye kata sakan saya mengukis tahun ni. Hehe.. Mood mcm kak Anim ni, suke buat kukis tapi dalam amaun sikit2 je. Sikit ke? Heee... snow almond ni saya buat 2 resepi. Ni pun sebab ada adik yang mengoder sekut ni. Memang la sekut ni sedap. Tak dipertikaikan kecuali yang tak suke coklat la kan. Eh ngapa sakan sangat nak mengukis ni ye. Hmm suke je sebab bila satu2 kukis tu menjadi, rasa nak try resepi lain lak. Bahan2 pun ada je dalam stor tu. Itu je la sebabnya. Jom layan kukis snow almond yang tak seberapa dari saya ni. Resepi pertama dari  Ummifeeza asal resepi dari majalah Saji dan saya amik dari blog NOORSHA. Dan resepi kedua dari mak Kak Hana yang saya amik dari blog IKA BANGKOK. *Senyap dah makcik ni. Busy la tu .. TQ to all of u.. Dua2 sedaaapp sangat. Tak de beza pun.





SNOW ALMOND (1)
sumber: NOORSHA


BAHAN A:
200gm butter
100gm gula kastor
1 sudu besar shortening
1 sudu kecil esen kopi
1 biji kuning telur

BAHAN B:-
220gm tepung gandum
70gm tepung ubi
50gm nestum - dikisar (noorsha letak 25gm nestum 25 gm cocoa crunch
40gm badam kisar
1 sudu besar coffeemate - saya guna susu tepung

HIASAN:
Coklat masakan - dicairkan
white breadcrumb - Noorsha gune kelapa kering


Cara-cara
Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi.
Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.



BISKUT SNOW ALMOND (2)
Resepi: Kak Hana
sumber: IKA BANGKOK

Bahan-bahan
250g butter
90g gula halus - leh kurangkan
50g badam kisar @ serbuk badam
50g tepung ubi
25g coffeemate
25g nestum - kisar
1sk esen coffee
1 biji telur
tepung gandum secukupnya *yg ni anggaran kita lebih kurang 3 cwn lebih, kalau nak terap leh lebihkan lagi sampai boleh di terap * Izah letak 3 cawan ngam2.

Utk saduran
Chocolate masakan>>double boiler
Nestum @ breadcrumbs


Cara-cara
Pukul butter dan juga gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen kopi dan pukul lagi hingga berkrim.
Masukkan badam kisar, tepung ubi, nestum dan coffeemate. Gaul menggunakan spatula.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan atau boleh di terap.
Bentukkan ikut suka samada terap menggunakan cutter, bentuk kiub atau bulat2kan.
Bakar suhu 170-180 selama 15min atau hingga keperangan. Sejukkan atas redai.
Cairkan coklat masakan secara double boiler. Celupkan kukis tadi. Kemudian golek2kan ke dalam nestum@breadcrumbs. Jika buat bulat2 bleh masukkan ke dalam paper cup yg comel2.
Simpan dalam bekas kedap udara.



8 comments:

Amie said...[Reply to comment]

ada snow almod di sini ye... Kak Amie punya dah habis anak-anak makan malam tadi, kalau nak makan nanti minta sikit ye Izah...

Uncle Lee said...[Reply to comment]

Hello Izah, first time I see these snow almond muffins.
And I live in a snowy country too, ha ha.
I suka your pineapple tarts, one of my favourites!
Ada lagi? Ha ha.
Can see you ada black belt in making cakes.
Here's wishing you and all at home the very best of hari raya.
Keep a song in your heart.
Lee.

indahhouse said...[Reply to comment]

Salam kak Izah,
:) Bestnya snow almond. Teringin..teringin. Sana sini ada snow. Dlm list ni.

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan
Salam Aidilfitri buat kak Izah sekeluarga. Mohon maaf zahir dan batin kalu ada terkasar bahasa atau tersalah cara. Moga Syawal ini yg terbaik buat kak izah sekeluarga. :D

Yatie said...[Reply to comment]

uwaaaaa berderet2 kukis yg sedap2 kat umah Izah ni, mmng tak selesai2 lagikan wat kukis ni..nak kena bahagi2 tu yg jadi tak siap2 tu...heheheh.....takpe sesekali terasa kemeriahannya...mmng sedapkan biskut ni...bnyk resepi eekkkk..

Gee® said...[Reply to comment]

waaa... terbaek!!

nOOrsha said...[Reply to comment]

sedapnye izah.. aku punye da tggl 1/2 balang.. mintak kt ko sketla..hehe... selamat ari raya izah.. ampun maf zahir batin klo ade gurauan n kate2 aku yg terkasar selamr ni... :)

Mas said...[Reply to comment]

wehh..ni yg aku tak sabar2 nak menerai biskut ni..
tunggu lepas raya..he3

nurul huda said...[Reply to comment]

wahh.. biskut favourite jugak nie.. memang ade niat nak buat tapi tak tawu lah sempat ke tak.. huhu.. suke yang salut dgn nestum tu... :DD