CSS

Thursday, April 24, 2014

Kek Buah Kukus Moist


Assalamualaikum

Hari yang mendung. Baru je lepas hujan. Air paip pulak makin kecil dan kecil dan kecil dan akan berakhir dengan .. tak yah la nak bgtau kan. Paham amik sendiri. Syukur..bila air paip kecil bermakna tadahan perlu diperbanyakkan. Tong perlu dpenuhkan. Baldi banyakkan. Air masak perlu cukupkan bekalan. Kendi jgn kurang air. Bekas2 yang boleh menakung air cepat penuh kan aje. Tapi... syukur lagi skali sebab rumah saya bukan paip direct. Biasa semalaman aje air tak de. Cuma org mcm saya yang kadang2 (aje) ada order musti cukup bekalan airnya. Eceh.. rope bunyi dah ada kilang kome. Hahaha..




Saya bukan penggemar kek buah. Benar.. saya memang tak gemar. 
Kalau org kata kek buah paling sedap hakak beli ni..cer la rasa... baik saya rasa. hmm ok. Ianya tetap rasa kek buah yang tak digemari. Haha.. tapi saya makan la jugak sepotong dua.atau tiga.. atau empat. eh..eh..

Mas kata kek resepi ni sedap. Ok saya cuba.
Hmm saya buat kek buah. Kek buah!!
Korang cer tengok resepinya. Simple je. Selamat berkek buah ok!!
Terima kasih chef dan semua yg terlibat.



Kek Buah Kukus
Resepi : Chef Zubaidah bte Chepa dipetik dari buku Steamed Cake terbitan One Publisher.
Rujukan : Kak Azie Kitchen. dan Mas 

Bahan :
225 gm Mentega 
340 gm gula pasir
50 gm air panas
500 gm Mixed Fruits
3 biji telur saiz A 
1 sk vanilla essence

Bahan Ayak:
1 sk cream of tartar 
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum 
1 sk serbuk Nutmeg @ buah pala 




Cara :
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega @ butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.
Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.
Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega. 

Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.
Alas tutup pengukus ngan tuala @ kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang @ bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji. 

Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.











7 comments:

Anonymous said...[Reply to comment]

Meriah buahnya, saya pun kurang gemar sb kadang2 tergigit tah buah apa yg mcm pahit2 tu kan, tapi resepi ni menggoda jiwa, simpan untuk raya lah

Mas said...[Reply to comment]

he3....
sedapp kan..
klu gemar..entah berapa puluh potong ko bedal jah...
seriusss...cantikkk kek buah ko tu

IeRA said...[Reply to comment]

salam.

sedapnya.. saya blm pernah lg buah kek buah

Azian Nd said...[Reply to comment]

Izah, cantik jadinya kek buah tu..rata aje buahnya dan nampak moist.

fazianbatrisyia said...[Reply to comment]

kek buah mmg sedap...ni kalau hb I yg Nampak ni mesti soh sy buat lg

Unknown said...[Reply to comment]

sedapnye...cadang jugak nak buat kek buah. bahan da ade tapi mud rajin tak sampai lagi.

Anonymous said...[Reply to comment]

iphone cases, louboutin, soccer jerseys, valentino shoes, asics running shoes, new balance, celine handbags, chi flat iron, wedding dresses, ghd, beats by dre, soccer shoes, baseball bats, mont blanc, nike air max, timberland boots, hollister, nike roshe, ferragamo shoes, lancel, birkin bag, longchamp, converse outlet, jimmy choo shoes, nike air max, north face outlet, herve leger, mac cosmetics, abercrombie and fitch, ray ban, lululemon, gucci, hollister, vans shoes, nike trainers, oakley, hollister, bottega veneta, insanity workout, instyler, mcm handbags, north face outlet, reebok shoes, p90x workout, babyliss, vans, nike huarache, ralph lauren, nfl jerseys, converse