CSS

Thursday, June 10, 2010

Lauk Simple: Gulai Lemak Daun Limau Purut

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)


Nak sambung lauk simple yang selalu ada kat dapur saya. Nila lauk simple yang teragak-agak nak di entrykan dalam blog ni. Tapi bila pikir blog sendiri ada sapa kesah, maka dienrtykan juga. Hahahaa..Teringat time awal-awal menceburkan diri sendiri di alam blogging ni, ada yang kata belog ai ni syok sendiri, ehhh..belog ai, memang la syok sendiri sebab masa tu sendiri tulis sendiri bace juga..



Udah udah merapik, bagi yang memang dah pandai masak, menu ni memang kacang je la, masak lauk ni sesambil tengok wonderpets je pun dah siap dan tak sempat nak berpeluh ketiak pun. Tapi bagi anak dara yang baru nak belajor masak boleh la rajin kan diri ke dapur mencubanya. Ni saya tepek resepi syok sendiri dari my own style, yang memang sedap bebeh.



Gulai Lemak Daun Limau Purut

Ayam setengah ekor- bukan ekor ayam, tapi seekor ayam ye..hihi
Bahan ditumbuk guna lesung:
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit
6-7 biji cili padi

1-2 batang serai titik
sekeping asam keping
2 biji kentang
6-7 helai daun limau purut
santan secukupnya
perasa garam dan gula

Tumis sedikit bahan yang ditumbuk bersama serai titik. Bila naik bau masukkan ayam dan kentang. Gaulkan rata bersama bahan bahan tumis seketika. Kemudian masukkan santan setinggi ayam dan kentang. Masukkan daun limau purut dan asam keping. Perasakan dan tunggu kentang empuk dan siap.


4 comments:

HALAMANKU said...[Reply to comment]

wow sangat laju n3 ok... yang simple tu yang kena kongsi.. kepada dapo2 senang kami.. + selera n citaraser..nak kena try ni he he he

indahhouse said...[Reply to comment]

salam kak izah,
ala kak. blog ni kita punya, tayang jer apa2... hihihi. menu yg kat dapur tu yg saya nak tngok. lain orang, lain ideanya. kita tambah2 ilmu.. ;)

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ said...[Reply to comment]

lantak la apa org nak kata, ni kan blog kite x suka jgn dtg jengok..hahaha emo plak haku..

sedapnya masak lemak daging...lama x masak camni..skrg asyik buat lauk simple2 je..sambal2 je..

izahdaut said...[Reply to comment]

erma..
memang simple, peam mata bleh buat kan..hubby suka makan mcm ni e..kite ok la..idak la yang berempah bagai tukan

nurindah..
betul tu nur..suka hati kite lakan..kikiki

sue..
yang ni simple sue,sebab saya guna isi ayam maleh nak potong ayam tulang2 tu..tu pun malas lagi..kalau ada yang paling senang ..paling senang tu la nak buatnya...hehe