CSS

Saturday, June 26, 2010

Rendang Daging Limau Purut

Assalamualaikum..selamat berhujung minggu ye. Dan bersama doakan ROs Onigiri selamat dan sihat menempuh 2 minggu di ICU kerana tumpah darah. Semalam dah nak buat entry rendang ni. Rendang dah habis baru nak masuk resepi. Bukan apa, semalam agak kelam kabut sebab tetiba pulak hubby ajak juga ke Bangi jumpa doktor pakar di hospital Annur pasal alergy kulit si abang Bais ni. Dan sama juga, doktor kata alergy dan perlu lebih pemantauan. Memang selalu kena stanby ubat katanya. Tak perlu tahap untuk uji darah bagai. Tunggu dan pantau.



Untuk resepi rendang ni, saya copy dari rumah kak Yatie, sebenarnya basic rendang ni memang mcm ni la, saja nak ikut resepi plak kali ni. Kak Yatie, terima kasih daun keladi.



Rendang Daging Limau Purut
Source: Kak Yatie USA

Bahan-Bahan
*1 kg daging ( dihiris kecil dan nipis)
*1 paket kecil rempah kari daging (+- 4 sb.)
*1/4 cawan cili kisar
*4 cawan santan (sedikit pekat)
*1/3 cawan kerisik
*1 keping gula kabung/gula melaka (anggaran 1/3 cawan bila dihancurkan)
*2 keping asam gelugor
*garam secukup rasa
*7 helai daun limau purut
*5 sudu besar minyak masak

Bahan Kisar Basah

*12 ulas bawang merah - dikisar
*4 ulas bawang putih - dikisar
*2 inci halia - dikisar
*2 inci lengkuas - dikisar
*2 inci kunyit hidup - dikisar
*3 batang serai - dikisar

Bahan Tumis

*1 batang kulit kayu manis
*2 kuntum bunga lawang
*3 kuntum bunga cengkih
*4 biji buah pelaga
*2 batang serai - diketuk

Bahan Disangai dan Dikisar Kering

*1 batang kecil kulit kayu manis (x perlu sangai, kisar je)
*3 sudu besar biji ketumbar
*2 sudu kecil jintan manis
*1 sudu kecil jintan putih

Cara Memasak
Basuh daging dan toskan. Gaulkan daging dengan rempah kari dan perap sebentar (lebihkurang 20 - 30 minit)
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan2 tumis sebentar hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar basah dan cili kering kisar dan kacau sebentar.
Masukkan bahan kisar kering dan juga daging yang diperap tadi. Kacau rata sebentar. Masak hingga keluar air daging dan kering sedikit airnya. Kacau sesekali.
Masukkan santan dan kacau rata. Masak dengan api sederhana agar daging lembut elok.
Masukkan pula gula kabung dan asam gelugor. Masak lagi hingga daging mesra.
Bila daging sudah hampir masak, masukkan kerisek, limau purut dan garam secukup rasa dan masak hingga kuahnya pekat sedikit (ikut suka kalau nak kering sedikit). Kacau rata-rata. (bila kerisek sudah dimasukkan, masakan akan mudah hangus, elok dikacau selalu).
Seimbangkan rasa dan tutup api bila daging sudah benar2 empuk dan kuahnya pekat/kering.

9 comments:

Yatie said...[Reply to comment]

Salam Izah,
Memang sedap daging rendang ni...harum bau daun limau tu...arini takde pantun mantun....sedih teringatkan Ros...mudah2an Ros dan keluarga sabar dan tabah menghadapi situasi ini..moga segalanya di permudahkan..Amin.

3 hungry tummies said...[Reply to comment]

Eh sungguh menyelerakan! Saya harus masak 2kg danging hehe

Ayu said...[Reply to comment]

salam izah,
samalah maca yatie, k ayu
dah tak ada ayat nak kasi..
cuma kalau ada lebih daging tu..postkan sini sikit..hahah

izahdaut said...[Reply to comment]

kak yatie..
aminn...moga semua dipermudahkan buat ros n family nye.memang la kak yatie harum je bau rendang ni.,skali skala sedap dpt mkan rendang.hubby suka ngat kalau daging buat rendang

3 hungry tummies..
hihihi...boleh ke makan rendang banyak tu..nanti nak tunggu rendang style siam pulak kot..

ayu..
hehehe...kak ayu..nanti saya post..post resepi boleh?hehehe

Mas said...[Reply to comment]

sedap nampak rendang daging tu izah...kejam betul izah ni, dah abis baru tunjuk...mas dah meleleh air liur tengok rendang tu...hu..hu..

izahdaut said...[Reply to comment]

hehehheee...mas..menu semlam kan katanya...memang dah habis... tak pe nanti mas buat plak ek...lap meleleh tu..hahhaa

smeajough said...[Reply to comment]

mon explication Dolabuy Goyard son commentaire est ici Louis Vuitton Dolabuy étudiez ce site https://www .dolabuy.co

Anonymous said...[Reply to comment]

Get the facts f3v50d6q78 replica ysl bags replica bags wholesale in divisoria replica bags toronto top article d9c18k3y37 replica bags supplier replica bags paypal Continued p4z14l8t02 replica bags sydney

Anonymous said...[Reply to comment]

my sources replica bags uk see this website replica bags forum aaa replica bags replica bags india