Tuesday, June 15, 2010

Kuih Sago Gula Melaka

Assalamualaikum.. selamat petang. Buat apa untuk makan petang ni, biasanya kalau rajin ada la, kalau tak combine makan malam aje la kan. Kuih sago ni sesuai la time time gula pasir susah nak dapat kat pasaran. Tapi semalam dah dapat dah gula..yuhuuuu. Alhamdulillah...



Biasanya saya buat kuih sago ni taram ikut sukatan sindiri je, tapi kebetulan jumpa sukatan yang sedang elok kat umah Mas, jadinya saya pun ikut la. Tapi ada la ubah ubah sikit tang sukatan tu. Hanya ubah letak gula melaka dan tambah sikit gula pasir. Seedapp sebab saya memang suka kuih sago. Meh tengok resepi cik puan Mas ni.



Bahan :
1 cawan sagu biji kecil
2 cawan air
3/4 gula pasir - kalau nak manis lagi boleh tambah
(saya guna setengah ketul gula melaka dan skit gula pasir)
sedikit pati sirap (saya skip)
1 helai daun pandan - untuk mewangikan kuih tu

untuk salut:
kelapa parut - agak 2
sedikit garam - digaul sebati dengan kelapa parut

Cara :
Rendam sagu hingga kembang.
Panaskan air, masukkan pati sirap, daun pandan dan gula, biar mendidih .
Toskan sagu tu dan masukkan sagu kedalam air yang mendidih tu, kacau hingga sagu menjadi agak 2 pekat dengan api sederhana, kalau masih ada biji 2 putih, tak pe, biarkan.
Tuang sagu kedalam loyang atau bekas kuih apom yang telah disapu dengan sedikit minyak, kukus selama 20 minit dengan api sederhana atau sehingga biji 2 putih sagu tu hilang.
Apabila sejuk, keluarkan dari bekas, kalau dari loyang potong ikut saiz yang dikehendaki dan salutkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

7 comments:

desperate mama said...[Reply to comment]

izah, nak nangis aku tengok kuih yg ko buat nih... sedapnye nampak... kecur air liur... *sambil berazam dalam hati untuk menjadi rajin seperti puan izah*

ain said...[Reply to comment]

sedapnya izah. mcm nak nompang semangkuk je.hehe

kat umah ni gula dah surut gak ni. nak pi cari cpt2.

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ said...[Reply to comment]

tsk tsk tsk ni fav saya tau...

Lovely Kitchen said...[Reply to comment]

skrg susah nak dpt gula lak ye...so kena kurangkan manis dalam makanan dan minuman, lebihkan manis dalam senyuman! he he klu izah dok sebelah umah dah mintak dah sagu tu sepiring...nak kasi tak????

kak Erna said...[Reply to comment]

salam izah..terima kasih akak dah dapat..resepi..suka sangat makan kuih yang dari sago..cuma nak buat kurang pandai..selalu tak jernih semua sagonya..masih ada putih2 tu..

Azita Zain said...[Reply to comment]

salam izah. sedapnya kuih sagu ni. terasa2 kat anak tekak dah...!

izahdaut said...[Reply to comment]

desperate mama..
fiza..hahaha..lawak la ko ni..aku paham azam ko tu...kiki.. aku tolong doakan..la piza nnti sumayyah kuat makan rajin la ko ke dapur nyerr

ain..
kak ain, saya pun baru dapt stok gula..dekat seminggu tak dapt cari guula.bleh try kak ain.sedap gak guna gula melaka ni

sue..
hihi..bleh try sue.sonang je tu.kot maryam suke lgi babaloi nk buat

ena lovely kitcen..
la ena, sesangt nk bagi sebab buat tu nk perabih sago, so terbanyak skit.puas gak nk ngabihnye...tu la gula dah habis, senyum pun tk berapa nk manis..hihihi

kak erna..
ala kak, mmg susah nk ilang putih tu.saya buat pun masih ada putih2 tapi ok sedap gakkan..

azita zain..
kak ita..saje zoom dekt skit, tu yg terasa2 kat tekak tu kan..hihihi