Sunday, June 27, 2010

Kuih Bakar Kentang



Assalamualaikum..selamat pagi ahad. Saya buat kuih ni semalam. Memang sedap dan lembut. Bebudak ni pun suka makan. Kejap je habis. Untuk makan 3 mulut sederhana besar cukup la adunan yang cukup cukup makan ni, tapi kalau mulut ala ala gergasi tu, boleh la di doublekan adunannya..hahaha...saya buat tak de bijan bagai, simple dimple je ni. Copy resepi kat kak Asma dan kak Asma amik kat kak As,f kak As amik kat kak Jun. Terima kasih akak akak ye, nanti bebulan pose sesuai la ni buat berbuka. Babai nak melayan anak anak pulak ni.





Kuih Bakar Kentang
Source: Kak Jun
Copy: Kak Asma

Bahan-bahan ( 1 family... )
2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek
1 biji telur
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning atau hijau
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan- as guna butter je..(sama ngan akak)
3 sudu susu cair(ni akak tambah)
Cara-cara
Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
* jun masak dalam acuan kecil2 dan bakardalam oven selama 15-20min



5 comments:

kak Erna said...[Reply to comment]

salam izah..akak dh tengok kat asma..izah pulak buat memang confirm la sedap ni..sekarang juga akak nak gi dapor buat...akak nak gantikan warna ngan air daun pandan..bolih kan...

kak Erna said...[Reply to comment]

izah..kuih bakaar akak dah masak..sedap..wangi..cuma masa nak bakar tadi..ntah ape kena ngan oven..abis satu rumah blackout..akak bakar dalam kuali je..jadi jugak la..

izahdaut said...[Reply to comment]

waah..dah jadi ke kak? bagus bagus..boleh je kan bakkar dengan api je kan..saya tak de acuan yg bakar kat api tu..jadi jugak ye kak?wangi la bau pandan tu kan

Eliza said...[Reply to comment]

salam izah. npk sedap dan senang. petang nnt nak cuba buat. spt biasa eh..mintak izin c&p.

izahdaut said...[Reply to comment]

try la akak..senang jekan..saya pun try sebab mudah nk buat tu la...