CSS

Tuesday, June 1, 2010

Jelly Cincau Gula Melaka

Assalamualaikum..mmmm masih bersedih cerita kat Gaza tu... ya Allah.. tak tau nak cakap apa. Jadi...kita layan je la jelly cincau ni. Senang je nak buatkan.Campak je apa yang rasa patut dan sedap. Anak saya yang kecik memang suka sangat jelly ke agar-agar simple mcm ni. Satu bekas sure tak cukup, tak cukup sebab sesambil ummi suapkan dia, ummi suapkan mulut sendrik jugak.



Eh..tibe tibe nak makan eskrim goreng plak..asik usha kat umah kak linapg, tibe2 blog akkaaaak tu dah buat. Dah la gambo die mm tak yah cakap la kan..semua maklum. Eh tetibe lepas geram kat sini lak. kekeke...

Cara nak buat senang je:

seketoi gula melaka
10gm serbuk agar-agar
2 liter air dan lebih sikit
daun pandan skit
seketoi cincau potong ikut suka



Caranya: Masak air ngan gula melaka ngan pandan dan agar2 sampai hancur semua gula. Cincau tadi potong2 letak dalam bekas. Dah masak agar2 masuk je lah dalam bekas cincau tadi ye. Lupe lak, rasa la dulu tahap kemanisan gula tu, kalau nak manis lagi, boleh tambah gula kastor je. Gile senang..kalau tak reti ni ku sumpah jadi cincau je..kuikui..

3 comments:

cikmanggis said...[Reply to comment]

cuaca begini panas dapat jelly ni baru sedap:)

Wanieyra said...[Reply to comment]

izah, memang sedap mkn time cuaca panas2 ni.
Betul ckp izah tu, nampaknya balik nanti kena cari rotilah, nak buat ais cream goreng...he..he

izahdaut said...[Reply to comment]

cikmanggis..
betul kak..sedap je tekak

ira..
tu la tu..geram plak nak merasa aiskrim goreng..dah lama tak makan