Assalamualaikum..Wah banyak masa hari ni nak mengadap lappy bila hubby tak de kena balik utara. Kalau tidak hari minggu gini ada la aktiviti keluar keluar ke, menonton ke..kan kan..
Tadi brekfast anak, ni brekfast orang dewasa pulak. Kari ayam tomato ni dapat resepi masa melilau umah kak Hana. Sebab senang tak perlu daun kari bagai, so saya buat la dan hasilnya memang sedap. Makan dengan nasi sedap makan dengan roti pun sedap.Jadinya pagi ni makan roti jala dengan kari ayam ni. Tapi tak berapa merah mcm umah kak Hana tu..hehee..Mekasih semua yang mengenalkan resepi ni.
RESEPI KARI AYAM TOMATO
Sumber : E-Na Kitchen - resepi asal dr Syamila
Copy: Kak Hana
Bahan-bahan
6 Ketul ayam
2 biji tomato
200ml santan pekat
400ml air
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 1/2 sudu besar rempah kari ayam dan daging Adabi (di bancuh dgn air)
1 sk serbuk cili giling (optional)
1 biji kentang (di belah 4)
1 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
sedikit gula
garam dan perasa.
Cara membuatnya :
Sebiji tomato di potong dadu kecil dan sebiji lagi di belah 4.
Bawang merah, bawang putih dan halia di blend/ tumbuk sehingga hancur.
Tumis bawang dan rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih) sehingga naik bau / kekuningan.
Masukkan serbuk cili yg di bancuh dgn sedikit air dan kacau sehingga garing.
Kemudian masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
Masukkan sebiji tomato yg dipotong dadu. Kacau sehingga hancur.
Masukkan ayam dan kacau sekejap.
Masukkan air dan biarkan mendidih sehingga ayam empuk.
Kemudian masukkan santan dan ubi kentang.
Perasakan gula dan garam
Bila kentang telah masak masukkan tomato yang di belah 4.
Biarkan mendidih sebentar dan angkat. Selamat mencuba!
TIPS : Untuk mendapatkan kari yang merah cantik berminyak:
Semasa menumis pastikan rempah kari dan serbuk cili betul2 masak,wangi, garing (jangan sampai hangit) barulah dimasukkan tomato.
5 comments:
mmm syedapnyer Zah.. rajin tul menjala... kena join ni.. cam syedap n ringan jek kari tu.. raser syedap... ader lagi?
dah abih erma.sedap rasa dia..lain skit dari kari biasa..mmg agak ringan rasa dia, tak heavy kari tapi lemak..mcm tu la.mmg sedap cicah rotijala yg tak hanyir tu
nanti nak cuba neh..thanx izah...
mmm silakan jojoe..first try memang best sebab rasa kari dia lite lite je, tak de daun kari tu kan.senang pun sennag.. nak ke gulai lemak pun ada
mmm syedapnyer Zah.. rajin tul menjala... kena join ni.. cam syedap n ringan jek kari tu.. raser syedap... ader lagi?
Post a Comment