Wednesday, June 30, 2010

Donut Berlin



Assalamualaikum.. Buat donut Berlin ni untuk sarapan. Motif? Kenapa nak berahsia... haha.. mana ada motif, tak de sapa sapa nak ke Berlin, tapi...lagi jauh..lagi lama.. atau sekadar ilusi..atau halusinasi.. kikiki... Jangan ada orang cakap haku tak betul sudah.

Kak Hana mekasih untuk resepi donut Berlin versi Ampang ni. Maaf la gincu tu sememeh sikit, kerja asyik nak cepat je. Tu warna hijau tu, kalau sapa tengok jangan muntah hijau pulak, tu lebih buttercream, picit buat cream tu, Bais suka yang tu je. Yang lain dia tak pandang. Jamu mata semua ye...daaaaa...



DONUT BERLIN @ BERLINER
sumber: Kak Hana dari buku resepi kak Hana

Bahan-bahan
500g tepung roti - tpg gandum pong boleh-saya guna tepung roti
20g yis kering
295ml susu segar suam
50g gula
6g garam
25g butter
25g shortening
50g kuning telur
1/2 sk parutan kulit lemon
esen vanila - tk ltk sbb dh ade lemon
Filling - ikut suka

Cara-cara:
Campurkan yis dan juga susu segar suam. Ketepikan. Biarkan yis kembang lebih kurang 40min.
Gaul tepung, gula, garam seperti breadcrumbs. Masukkan butter dan juga shortening. Gaul lagi.
Lobangkan bahagian tengah doh.. Kocok2kan kuning telur dan tuang ke dalam tepung. Kacau rata. Tuang campuran susu dan juga yis yg dh kembang td sedikit demi sedikit. Uli.
Masukkan pula esen vanila dan juga parutan lemon. Uli sehingga menjadi doh yg licin dan elastik.
Kaedah lain - Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker. dan tekan menu Dough. On kan tunggu sehingga siap.
Tutup doh tadi dengan kain lembab atau cyling film, perap hingga naik dua kali ganda. Doh nih mudah naik, so tak amik masa lama sgt.
Tumbuk2kan doh. Bahagikan kepada bulat2 kecil lebih kurang 40g setiap satu.
Naikkan doh skali lagik. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan. dan sejukkan.
Sadurkan donut ke dalam gula halus dan tekan sket agar donut leper sedikit.
Inject@paipkan filling ke dalam donut.
Siap utk dihidang.

6 comments:

HALAMANKU said...[Reply to comment]

mmm rajin tul budak Izzah ni.. erma kalau wat versi yang celup2 yang isi dalam x pernah cuber.. kalu erma wat jadi Donut bocor gaknyer he he he he nak 2 ketui merah n ijo ye he he he

izahdaut said...[Reply to comment]

kikiki..ko erma...ni pun bebudak ni punya pasal la, nak nguyap apa...kalau saya sorang2 ada gak ku beli je..kekeke..mana ada bocor lah!!sabo je la erma ni..

hana said...[Reply to comment]

aku nak semuaa!! tak kira la gincu ijo ke, merah ke, itam ke, pelel ke! bak bakkk..... pas makan aku nak g Berlin! ahhh! g berlin wat per! nak g US! (ade ke??!) huH!!

mummyseri said...[Reply to comment]

kalerpul la intinyer..best ni..kena trylah bile2..

NiezaMan said...[Reply to comment]

alahai..bestnya donut..
dah lama x buat..
mengancam sungguh la part yg meleleh tu..

izahdaut said...[Reply to comment]

hana..
kak hana sabo ye..mmg dah nasib kak hana duduk je la kat jepun tuuuhh..nanti2 cik abg bawak pi jalan2 tengok bunge ye..kikiki

mummyseri.
aii seri, lama tak nampak ekk.. tu la inti cream pun ada..dak bais ni inti cream tu plak yg dia layan.yag bery tak mo plak

niezaman..
tu la tu..teringin yg nak ada inti yg mcm kat kedai donut popular2 tu...tapi ni mmg sangat lembut yg amat..ala ala kedai gak ni