CSS

Wednesday, June 2, 2010

Hotdog Bread n Roti John

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)

Assalamualaikum.. Sihat hari ni kengkawan. Ni brekfast kami sekuarga. Sebelum tidur saya siapkan roti hotdog nya dulu. Resepi kak Yani@MyR. Rupe roti tu agak tak senonoh sikit. Tapi lembut dan sesuai untuk saya buat pagi ni roti John. ok ni resepi untuk roti. Kak Yani jadi kan 6 ketul, tapi saya nak buat beso sikit saya buat 4 ketul. Memang bebaloi...



Hotdog Bread
Source: Kak Yani@My R

Bahan-bahan ( 6 biji )
160ml air
250g tepung roti
14g(1 1/2 sudu besar) gula
4g(1 sudu kecil) garam
8g(1 sudu besar) lemak sayur
2.4g(3/4 sudu kecil) dry yeast
16g(3 sudu besar) susu tepung
-saya tambah sikit bread softener

Cara-cara:
Masukkkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. On kan. tunggu siap
Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.
Buatlah bentuk panjang seperti gambar lebih kurang 13 cm
Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.

Roti John yang kedekut inti!! Hikhik..saya snap yang tu, agak ala ala malu nak tunjuk isinya. Maleh nak posing2 yang lain sebab dah dihidang untuk ngap. Memang puas hati bagi saya yang gemar roti John ni. Buat semuanya sendiri puas hati ko. Anak pun suka makan. O




Resepi roti john kak Hana yang saya copy resepinye dari kak Yatie US yag sedang bercuti tu.



Roti John
Source: Kak Hana
Copy: kak Yatie

Bahan-bahan:
* 150g daging cincang
* 1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
* 1 sudu kecil serbuk kari
* Carrot@kentang- potong dadu kecil-(saya tak letak)
* garam dan sedikit gula
* 2 biji telur
* daun sup - cincang halus
* minyak@butter
* Roti Hotdog (roti putih boleh juga)
* Sos Cili@Tomato dan mayonis

Cara-cara:
Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging dan carrot@kentang. Masukkan skali kari yang dibancuh dengan sedikit air. Perasakan dengan garam. Masak hingga agak kering.
Mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan daging tadi dan juga daun sup. Kacau.
Panaskan butter@minyak sedikit ke dalam kuali. Tuang telur dan daging tadi. Belah roti tak putus dan letak di atas telur. Jika menggunakan kuali besar leh wat banyak sekaligus. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
Paipkan sos dan juga mayonis. Boleh juga letak salad atau sebagainya. Kemudian tutup semula roti tu. Potong dan siap dihidang.


10 comments:

anymz said...[Reply to comment]

sayang betul akak dgn engko ni izah oi.baru nak skodeng kat dapur hana nak buat roti john. ..tapi mungkin akak beli je roti tu..tak dan nak buat roti dah ni..

izahdaut said...[Reply to comment]

hehhee..bagus bagus..sanagt suka disayangi dan menyayangi..waahh

Watierman said...[Reply to comment]

Salam Dik...alahai...kalau 6 ketoi mesti ada balen untuk akak..ni 4 ketoi...nak minta pun tak gamak....melangut jer lah kat tingkap ni!

TopsyTurvyMum said...[Reply to comment]

Salam Izah,

cantiknya hot dog bread u ni...
i pernah buat tapi tak selembut camni...boleh la amik resepi ni..thanks for sharing:)

Mas said...[Reply to comment]

jeles tengok roti sosej izah ni,cantik ...bila la mas nak buat..takut tak jadi..he..he..

salamdariborneo said...[Reply to comment]

nak bf kat sini la,ada roti john ....

izahdaut said...[Reply to comment]

watierman..
kak wati..4 ketoi tapi habis 3 ketoi je..buat besar2 kenyang perut suke hati..nah amik seketoi lagi ni

TTM..
tu la first time buat roti resepii kak yani,alhamdulillah lembut boleh tahan..

mas..
apa plak tak jadinya..godek2 je ikut resepi tu,insyaAllah..yang penting yis jangan lemau..hehe

salamdari borneo..
hikhik..dah nak lunch la pulak..boleh je

Kak Aidah said...[Reply to comment]

Salam Izah,
Rajin nya meroti. anak2 akak suka resepi yg macam ni, boleh lah akak cuba nanti

izahdaut said...[Reply to comment]

kak aidah..meroti jugak sebab mlm2 baru eringin nak buat roti john untuk BF..mana nak gagau cari roti mlm2..mm buat sendrik la jawapnya..

eima said...[Reply to comment]

salam kak izah,bestnya tgk roti jhon kak izah....boleh di cuba nie hujung minggu...