Syurga: "Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan : "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya."2:25
Assalamualaikum..ngantuknyeeeeeeeeeee... Siapa tak buat lagi kuih lapis ni rugilah. Sebab sedap woo. Hari tu lapis kopi biasa, hari ni lapis kopi dengan pisang. Makk aaai. Buat ni skali hadap je dah habis ko. Ramai dah buat lapis ni kan. Sedapkan!! Give me Five!! Cayalah..
Kuih Lapis Pisang
Source: Kak Jun
Bahan A:-
2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2 cawan)
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad/jagung (akak guna tepung jagung)
1 sudu teh garam
Bahan B:-
1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
1/4 cawan air
sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya)
Bahan C:-(saya buat bancuhan kopi)
1/4 cawan air
sedikit pewarna merah
Cara Membuat:-
Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pian (B).
Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.
4 comments:
Salam Izah,
ramainya buat kuih lapis pisang ni...macam2 kaler pulak tuu..tak tahann..tak tahannn..mesti sedappp nii..:D
hah..toce2 izah..hari jumaat ni nak buat kuih ni gi umah org nikah..takkan pi dgn lenggang kangkung pulak kan.mekaseh lah bg idea..hehe
haittt.. mmg cayalah iza, Yus mmg malas sikit bab lapis melapis ni... hik2
TTM..\
bagi pengemar kuih2 kukus cenggini, ni mmg salah satu kuih yang sangat2 sedap..tip top mantoooop..
kak anim..
hehhee..kak anim, banyak betul ni menu nak bagi umah kenduri tau..kek coklat ada..lapis pun ada..wah nak buat kenduri la ajak kak anim..kekkee
sariyusa..
jgn la malas..sedap nih...ok,kalau malas, gi bancuh je, suh hubby yang lapiskan..die rajin ke dapur kan..hwahhaa
Post a Comment