Tuesday, June 29, 2010

Macaroni Berkrim Simple



Assalamuaaikum.. Dah lunch ke? Hari ni memang tak de mood la, nak masak pun malas bebenor, tapi bagai kata kak Hana Jepun tu la, perut nak kena isi..pulak pulak perut anak anak tu ha. Entah la napa, sehari dua ni bebudak tu tak mo makan nasi pulak. Suapan pertama je ok, suapan seterusnya nak kena berkejor dengan deme sebab tak mo dekat n buka mulut. Aisshhh.. menduga betul la selera bebudak ni. Hari ni saya try buat macaroni yang macam ni. Aikk suka la pulak rupenya bebudak ni makan. Bagus.... idak le menambahkan mood ai yang tak berapa nak baik ni.. Psss kak Hana, bukan mood sebab hormon bulanan tu..tapiiiiiiii.... hmmmmmmm...

Ni resepi pada sapa yang nak cube, untuk bebudak direkemen kan sesangat.



Macaroni Berkrim
Sumber: Adaptasi dari Buku Resepi Pasta Cap Tauke

Bahan-bahan: ( beratnya saya agak2 je masa buat-ini sebagai rujukan je)
100gm macaroni
100gm isi ayam/udang
50gm kacang buncis
50gm bawang besar
30gm isi jagung (ayaaakkk..lupa lak nak letak)
1 sudu makan serbuk keju

A-3-4 sudu makan mentega (saya letak minyak sapi)
B-1/2 cawan sos krim*
C-sikit garam dan serbuk lada hitam/ lada sulah

*SOS Krim:
1 biji bawang besar cincang
1 keping daun bay
1 ulas bawang putih cincang
1 1/2 cawan susu segar

3 sudu makan mentega
1 sudu makan tepung gandum
sikit garam
sikit lada putih

Untuk sos krim caranya: masakan susu segar bersama bawang besar, bawang putih dan daun bay bersama selama 10 minit, ketepikan. Kemudian panaskan kuali dan masukkan mentega, gorengkan tepung sekejap dan masukkan adunan susu yng dimasak tadi. Perasakan dengan garam dan lada putih. Kacau hingga sos pekat.

Untuk macaroni berkrim caranya: Rebuskan macaroni dan ketepikan. Potong kacang menyerong, potong isi ayam kiub, cincang bawang dan ketepikan. Panaskan A dan tumis bawang hingga naik bau, masukkan ayam dan sayur. Tumis hingga ayam masak dan masukkan macaroni tadi dan kacau sebati. Kemudian masukkan B dan kacau sebati kemudian perasakan dengan C. Tabur dengan serbuk keju dan siap dihidang.


4 comments:

hana said...[Reply to comment]

tp apaaaaa????! huh! mencik btol org ckp tk abis nih! tdo dululah!! opss tapau makaroni! anak aku nak makan! hahahaaa

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

salam izah..klu mcm ni jgn kata budak..mak budak pun mkn brtambah 2,3 kali :)

Rokiah Abdul Aziz said...[Reply to comment]

sedapnyer nampak macaroni tp kat umah ni tak bape jalan.....nti kiah sorang je yg mkn...huhhu...tumpang mkan kat cni je la ye

izahdaut said...[Reply to comment]

kak hanA..
kikiki.. susah nak cakap la kak oiii.hidup dan mati ni..hehhe ..yoyo je.. ala nak tapau ke? nanti tak mo nyer deme makan,,sebab ibu nyer masak lagi bessttt..

deliah deli..
hahha..betul tuh..sokong sokong

rokiah..
ye ke kiah..la..nasib gak kat rumah ni jalan je macaroni..tapi meehoon ye..tak gemor