CSS

Wednesday, June 9, 2010

Karipap Aiskrim Goreng

Assalamualaikum..

Rindu dengan kawan kawan blog ku semua. Lama tak menupdate blog ni disebabkan ada sedikit hal dan melayan tetamu cuti sekolah ke rumah ni. Maaf sebab tak sempat nak membalas message dan komen komen kawan dan insyaAllah saya akan cuba juga menjawabnya. Dan akan melawat ke blog kekawan yang semestinya bermacam2 menu yang dihapdatekan..

Dah dua kali buat aiskrim goreng ni walaupun tak de acuan cam kak Hana tu yang 4 segi tu kan..hehee tapi dengan baik hati dan bijaksananya kak Hana telah mensuggest kan menggunakan acuan keripap, maka jadilah karipap aiskrim goreng. Memang la sedapkan aiskrim goreng ni. Rangup di luar sejuk dan berkrim di dalam. Saya buat dua kali dan sekali saya sejukbekukan semalaman dan yang lagi satu saya buat tiga jam sahaja. Dan saya rekomen sejukbekukan dia semalaman lebih sedap sebab roti tu bila goreng tak berminyak langsung berbeza dengan yang tiga jam.


Resepinya yang di ambil kat blog kak Hana dan ada memula usha kat blog kak linapg. Terima kasih akak2 yang baik hati dan cun itu.


Aiskrim Goreng

Source: Kak Linapg
Copy: kak Hana

Bahan-bahan:

10 keping roti
5 scope aiskrim (apa2 perisa)
Plastik ( untuk balut roti)
Minyak

Cara-Cara:
Lembabkan roti dengan air ( saya spraykan roti tu )
Skopkan aiskrim ke atas roti.
Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi
Tekan acuan telur yang bulat tu supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)
Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman ( Saya simpan 2jam setengah jer)
Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan.

10 comments:

hana said...[Reply to comment]

kikikiki..... bergeliga jugak otak aku erk! wakakakaa... bagus bagusss..leh bg semangat kat org lain yg nak terai... akak pong sama cam ko! refer yg semalaman. pantang g supa, mesti nk bli aiskerim! wat bodo jerk laki aku bising! kahkahkahkah......

izahdaut said...[Reply to comment]

ekekeke..suke la tu..suke la org ikut idea die kan...kak hana, kalu kite pun sama a..sik beli sekerim je kan, laki aku pung jeling maut e..menakut kan..jadi sekrang cari idea alasan nk beli aiskrim..kikiki

Ziela Amjis said...[Reply to comment]

sedap nya

Chik Mimi said...[Reply to comment]

wah dah menjadik ye izah

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

salam izah..clever2x! clap*clap* mudah ya btnye tp klu sy ni harus masuk mulut bbrp keping sblm tunggu smlaman-hehehe!

Unknown said...[Reply to comment]

salam izah.
nampak sedaplah... orang yg tak suka sangat makan aiskrim mcm kakchik pun jadi terliur.
hana tu memang pandai dan rajin, kakchik pun selalu jenguk blog dia untuk skodeng resepi.

Mas said...[Reply to comment]

aiskrim goreng dah sampai rumah izah, sedapnya..gambar yang bawah tu mesti izah yang gigit...saje je nak goda mas, rasanya mas nak buat kat rumah mertua nanti..he..he..

izahdaut said...[Reply to comment]

lalalady..
hi..ye dik..cube la buat.sangat mudah n sodap

chikmimi..
ha ah..tak de cetak mcm kak hana, guna cetak karipap pun ok tuh..walaupun kecik tapi memang puas makan

deliah deli..
hikhik..mmg pun.sambil buat sambil makan masuk mulut.tu tak kira yang inti terlebih samapi roti tak mau melekat tu apa lagi masuk mulut la..hehee

kak chik..
thanks kakchik singgah blog saya niha..tula akak saya pun kata ada pun cara nak habiskan aiskrim.buat mcm ni laku cepat aiskrim, betul tu..siok dok menempek kat blog kak hana tu kan..mcm mcm resepi ader

mas..
hahaha..pandai ko mas..buat mas, beli banyak sikit roti tu, kalau sebuku roti tak cukup tau.pastu direkemen kan simpan semalaman tau, nanti baru sedap dan tak berminyak

cik ain | sweet thots said...[Reply to comment]

bagus juga idea guna acuan karipap ni eh. isy, x boleh jd.. nak kena buat juga ni.

izahdaut said...[Reply to comment]

buat tau..simple tapi bila dah goreng berebut nak makan..tak cukup punye