Tuesday, June 29, 2010

Ikan Pari Masak Hijau

Assalamualaikum.. selamat pagi. Menu makan malam semalam. First time buat ikan pari yang digoreng macam ni. Ha ah memang sedap la, sebab ikan ni lembut je dan rasa bebahan yang digoreng sama tu. Boleh buat lagi nanti. Tapikan lada hijau den udah tak cukup, yang ada lada merah je jadinya macam derhaka banyak la kat resepi ni. Tapi waah sedap tau. Memula nampak kat rumah kak Nor dan asal rumah kak Ayu Sg. Terima kasih akak berdua, memang sedap dan manis bila ikan pari masak cenggini. Mintak izin tepek resepi sini lak.



IKAN PARI MASAK HIJAU
Source: Kak Nor dan Kak Ayu

(resipi ambil kat dapur Ayu)

Ingredients:-
2-3 ekor anak ikan pari-dibersihkan, potong, gaul dengan kunyit & garam.
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar sambal belacan
3-4 batang daun kari
3 batang cili hijau dihiris ~ k.nor tumbuk kasar
1-2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & serbuk perasa secukupnya
5 - 7 bj cili padi ~ dihiris (yg ni k.nor tambah)-ni saya ikut kak Nor



Method:-
Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan ketepikan. Panaskan minyak, goreng ikan pari hingga agak garing. Angkat, toskan dan ketepikan. Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau. Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata . Masukkan sedikit perasa dan garam kalau necessary dan gaul rata. Masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan isi ikan. Matikan api. Siap untuk dihidang.
Sources:-From a cooking programme in suria channel

6 comments:

LENDANUAR said...[Reply to comment]

wah2....izah dah terkenan resepi kat umah kak nor ye....sedap kan..nanti nak buat jugak ler.tapi kena ke paso dulu ar...nak kena cari ikan pari mak ilai2....waakakkakakak

Ayu said...[Reply to comment]

salam izah,
ikan pari sudah mari ampang ya..
hehe..thank you for trying ya zah..glad you like it.. campak sini 2-3 ketul..nak rasa air tangan izah pulak..

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Izzah... syedapnyer.. makan ngan nasi panas2 + + ader kicap lak nak join lunch zah...

izahdaut said...[Reply to comment]

lendanuar..
aa kak gi pasor nun cari pari ye,jangan salah beli ikan gelama mak ilai ilai plak sudaaaahh...

ayu.
kak ayu..thank untuk resepi yang sedap ni..jadi ada la menu baru kat dapor saya ni..tak pernah makan pari simple n sodap mcm ni..

erma..
sedap nih..mkn smlm ada dengan sambal petai..walaaaa... teringat balik..rasa cam nak buat lagi..

K.Nor said...[Reply to comment]

ha... kan akak dah kata aritu, mmg sedap!! kan.. kan.. :)

izahdaut said...[Reply to comment]

ha ah..la kak nor..memang sedap.. saya jarang makan pari kat rumah ni..lepas ni boleh buat lagi la...mekasih kak