CSS

Friday, May 28, 2010

Kuih Lapis Kopi

Assalamualaikum..

Wah merata tengok kuih lapis je. Tak ketinggalan saya pun nak melapis gak la. Dah cube lapis pisang memang sedap woo..plak2 tang pisang tak berapa hancur tu kan. Tapi kali ni saya letak kuih lapis kopi dulu yang diintai2 resepinya dari Dapur Kak Asma. Tengok hari tu ada kat dapur Mas juga. Memang sedap kuih lapis ni. Anak saya duk ulang makan lapis ni sampai tak makan nasi semua dah. Dia makan selapis selapis. Rasa cukup lemak dan manis2 lemak. Terima kasih kak Asma sebab tepek share resepi. Mintak izin pada tuan resepi nak tepek sini pulak.



Kuih Lapis Kopi
Source: Kak Asma

BAHAN A
2 cawan santan (dah cukup lemak dengan 2 cawan santan)
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir (saya guna 3/4 cawan dan manis yg sangat sesuai)
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh garam

BAHAN B
1 sudu teh coklat emulco
1 sudu makan serbok koko
1 sudu makan serbok nescafe
1/4 cawan air suam
semua bahan dicampur rata dan tapis.

BAHAN C
1/4 cawan air suam



CARANYA
Gaulkan semua bahan A sehingga sebati. dan tapiskan. Bahagikan kepada dua bahagian. Masukkan bahan B kedalam satu adunan, kacau rata. Biarkan warna asal satu adunan dan campurkan bahan C kacau rata. Masukkan satu senduk adunan koko kedalam loyang dan kukus selam 5 minit. Lapiskan satu senduk adunan asal dan kukus semula selama 5 minit. Lapiskan adunan koko dan warna asal serselang seli sehingga adunan habis.

NOTA AKAK: kuih lapis ni kurang lemak,jadi akak cadangkan tambahkan secawan lagi santan dan juga tambahkan sedikit tepung gandum..kena adjust sikit yea..tu pdpt akak..akak buat dalam bekas gini bukan ape selain cepat masak senang nak dimakan...

10 comments:

MAS ( DUNIAKU ) said...[Reply to comment]

rasa nak makan lagi kuih lapis kopi tu, sedap kan izah,yummy....mas tapau sikit boleh...

izahdaut said...[Reply to comment]

mas..mmg sedap..makan sekejap je abis mas..dah dua kali buat pun..nak tapau tak sempat la jawabnya mas..hikhik

Sari Yusa Ibrahim said...[Reply to comment]

betul2 ke sedap ni... ala.. malaslah nak melapis, mintak korang punya jerlah.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

kak yus kalau minat kuih camni mmg sedap laaa..cube la buat kak...seeeedaaaaap.yg lapis pisang lagi seeedaaaaaaaaaap.

jalilah_jy said...[Reply to comment]

fuhhh laaa makkk sedap nyee..tgok gmbauuu pun dah terancam selera akak...
kiranya minggu nie minggu talam laa yer.. dah amek ker resepi talam suji tuu?? hari tu juga akak masukkan..cyg punya pasal..

izahdaut said...[Reply to comment]

hik hik..maceh kak..saya dah amik tapi tak de tepung suji pulak nak buat..tu yg ngidam kui talam tu maka layan la lapis tu jeee

MamaFaMi said...[Reply to comment]

Rajinnya Izah melapis! Roti roti Izah pun sungguh menggoda...

izahdaut said...[Reply to comment]

Mama..sihat? tak de la rajin sangat ma..tengok orang melapis teringin pulak nak rasa lapis buatan sendriri..roti tu kejap je, siap buat skali hadap habis..tu pasai la kena buat lagi..

Sue @ Nenie said...[Reply to comment]

Salam...Wahhhh....alhamdulillah muncul satu lagi idea mewariasikan kuih lapisss...ada masa harus cuba gak ni...

izahdaut said...[Reply to comment]

sue@nenie..yess musti try..sedap ni..dah dua kali buat.tapi saya kurangkan gulaa..sedap