CSS

Tuesday, May 25, 2010

Roti Kacang Merah bertukar..

Rasulullah SAW bersabda : " Allah SWT berkata: Siapa sibuk mengingatiKu dari memintaKu maka Aku beri dia lebih baik dari apa yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta."

Assalamualaikum.. bertemu kembali pada hari selasa ni. Dah siap masak lunch iye..Ni die roti yang saya buat last week. Uli uli pakai tangan je. Sesapa nak excersise tangan tu elok sangat la kan. Sebenarnya ni dari resepi roti kacang merah tapi dah bertukar. Ternampak dalam belog sitinormah..geram dengan rotinya..jadi saya pun meroti jugak tapi tukar inti coklat. Sedap jugak dengan kelembutannya tu.





Roti Kacang Merah Extra
source : Cik Mat
copy: sitinormah

Bahan-Bahannya:

500 g tepung roti (high-protein flour)
100 g gula halus
5 g garam halus
20 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1 biji telur gred B, dipukul sedikit
11 g yis segera
40 g shortening (lemak sayur)
250 g air ( guna 50 g air suam bancuh yis + gula 1/2 sudu kecil )
inti kacang setiap satu 20 g



Cara membuatnya :-)
1. Satukan semua bahan diatas kecuali inti dan lemak sayur. Gaul rata hingga menjadi doh.
2. Tambah lemak sayur dan terus menguli hingga adunan menjadi lembut, anjal dan elastik, kalau guna mesin uli 10 - 15 minit dan 20 minit kalau gunakan tangan macam saya nih memamg betul2 air tangan lah katakan.
3. Tutup permukaan bekasnya doh dan biar doh naik 2 x ganda, kurang lebih 45 minit.
Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara dan uli sekejap.
4. Timbang 60 g untuk setiap bahagian (menghasilkan lebih kurang 16).
5. Isi inti kacang merah pada setiap bahagian, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap dan rehatkan hingga naik ( 30 - 45 minit. )
6. Sapu permukaan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan sebagai hiasan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau mengikut keadaan oven masing2.


5 comments:

indahhouse said...[Reply to comment]

salam kak izah,
kak izah kalu buat roti mesti menggebu punya... saya suka perisa coklat mahupun red bean. tumpang setangan tau...cobit2 skit.. ;)

MAS ( DUNIAKU ) said...[Reply to comment]

waduh izah, jangan koyak roti tu, tak tahan tengok, gebuss nya...kena rasa seketoi ni...

Yatie said...[Reply to comment]

Salam Izah,
Rajinnya adikku meroti..ada lagi tak...bilalah nak merasa roti gebumu itew...

izahdaut said...[Reply to comment]

nurindah,..
tak juge nur..agak2 keras kematu tu maleh nak tunjuk..kihkih..mm boleh sangat..cobit jgn tak cobit

mas..
apa lagi mas..godek la baut roti.kalau tengok blog sitinormah tu ada cara die ajar buat roti tu.sedap jugak kan layan roti camni

kak yati
hikhik..ala kak yati..rasa dalam online je boleh?nah amik seketoi...dap?jgn majuk ok..hehhe

Little Puteri said...[Reply to comment]

salam... minta resepi yer
http://littleputeri.blogspot.com