CSS

Tuesday, May 18, 2010

Churros

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: " Pada malam diisrakkan ke langit aku melihat bibir para lelaki dipotong dengan gunting dari Neraka. Kutanya "Siapa mereka wahai Jibril?" Dia menjawab "Mereka adalah alim ulamak yang memerintah kebaikan kepada manusia tapi melupakan dirinya sendiri."

Assalamuaalaikum.. selamat pagi teman semua. Ni dia kudap kudapan amik resepi dari umah kak Hana Jepun tu. Memang sesuai jadi kudap sesambil tengok tv dengan anak-anak. Sesambil layan wonderpet tu kan..huhuhu..Tapi kan masa nak buat kuih ni dok cari acuan tak bejumpa pulak, tah mana la disimpan. Last2 nya saya guna piping bag aje. Tapi kak hanaaa..mendera betui piping bag ku semua pecah. Tiga lapis piping bag baru siap semua adunan digoreng. Tapi hasilnya amat memuaskan. Tak de celup-celup coklatnya. Sebab dah tau bebudak tu mesti celupkan jari sendiri punya. Cuma saya buat lebih kan gula masa bancuh dan makan macam tu aje. Akan tetapi bunga nya tak cantik cam kak Hana tu kan. Sebab pakai acuan tangkap muat. Boleh juga Layan resepi kat sini.


Bahan-bahan
1 cawan air
1 sudu makan gula
11/2 cawan tepung gandum - hana buh 11/4 je
1 biji telur - size L
1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan butter
For dusting - Gula+cinnamon powder atau hot chocolate



Cara-cara
Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul2. Angkat dari api. Masukkan telur dan kacau sebati. Bleh rujuk cara2 wat Cream Puff. Cara2 yer bukan bahan2. :)
Panaskan minyak. Masukkan adunan ke dalam acuan (bleh gune nozle bentuk bintang dan masukkan lam piping bag). Picit dan potong panjang ikut suka@ picit dan bulatkan macam french crullers. Goreng hingga keemasan.Angkat dan toskan.
Taburkan gula+cinnamon atau celupkan ke dalam hot chocolate.

12 comments:

anymz said...[Reply to comment]

amboi izah dah buat dulu ya..akak pun nak masuk stor gi punggah brg2 yg akak jenguk sethn sekali(masa nak raya) je tuh.nak cari acuan.hehe

HALAMANKU said...[Reply to comment]

mmm Izzah yang budiman mengapa sungguh rajin hu hu.. churros Jepun dah sampai sini.. bila akan sampai ke dapur senang ku itew... nak kudap2 ngan izzah.. he he he

Anamarza said...[Reply to comment]

amboi memang rajin ke dapur la pae ni... klau still duk KL ni mahu datang ketuk pintu umah aok pae...

Kak Rose said...[Reply to comment]

wah, churros dan berjalan merata tempat nih.... mesti sedap makan2 sambil layan wanderpet...

izahdaut said...[Reply to comment]

anymz..
kak anim..hikhik..kantoi setahun sekali je jenguk.namepun storkan...lebih kurang saya je la..hubby saya kata bilik stor tu bilik hantu raya.berselerak je, tu ilang acuan tu..

erma..
bila lagi erma..sekarang la masuk dapur senangmu itu..boleh kekudap dengan hubbymu sesambil tengok tv..hikhik

anamarza..
szana..best je kalu aok kl lagi..kite makan sambil nyembang mak mak ni..best gak

kak rose..
hehhee..wonderpet apa yg penting kerjasama... memang la kak rose..sesambil nyanyi sesambil ngunyah ok..

Liyana s said...[Reply to comment]

chomel2nya churros dia..:)
sedap kan buat kudap2

izahdaut said...[Reply to comment]

liyana..
mmg best buat kudap tuk anak2. anak2 ni plak asik nak nyunyah je kan..

ummu said...[Reply to comment]

salam Izah.bestnya.sedap kudapan ni.anak2 akak memang suka.Thanks for sharing.Tahniah ya, blog Izah semakin menarik. akak tertarik dengan pendekatan izah ini;sedikit tazkirah pada setiap entry resipi, teruskan.

izahdaut said...[Reply to comment]

ummu..
kak timakasih sudi jenguk blog kite yg tak seberapa ni..insyaAllah saya akan teruskan.. sebarkan lah ajaran Nabi Allah walaupun satu ayat kan kak.. dan yg penting untuk ingatan diri sendiri juga

Neal said...[Reply to comment]

chomel2nya churros dia..:) sedap kan buat kudap2

MommaCergas said...[Reply to comment]

Satu adunan ni agak2 dpt byk mana, nak buat utk pot luck lusa, kena buat byk2 nih nampaknya hehe

Nurul Ashikin said...[Reply to comment]

Dik, satu adunan ni agak2 dpt byk mana, nak buat utk pot luck lusa, kena buat byk2 nih nampaknya hehe