CSS

Friday, May 14, 2010

Puding Laici Dangdut

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Jangan kau membenci tetamu. Siapa yang membenci tetamu sesungguhnya dia membenci Allah dan siapa yang membenci Allah , maka Dia akan membencinya."

Baginda bersabda lagi:"Jangan makan makanan orang taqwa kecuali orang taqwa juga. Dan hendaklah undangan itu tidak mengkhususkan kepada oarang-orang kaya, tanpa orang-orang fakir."

Rasulullah SAW bersabda: "Seburuk-buruk makanan di majlis kenduri ialah bila yang diundang ke situ hanya orang-orang kaya tanpa ada orang=orang fakir."

Assalamualaikum..selamat pagi semua. Agaknya semalam ada tak worang nangis pepetang sesambil nengok tv. haaa..baik ngaku sapa nangis. Tu senyum senyum tu malu ekk nak ngaku. Kikik..sapa tengok AdaMaya tau la, sapa tak tengok ssshh senyap senyap je. Malam pulak sapa layan Salam Terakhir..sapa nangis?ada tak..baik ngaku..menangis kerana Allah, ingati mati..bagus alhamdulillah.

Hari ni nak berdangdut ni. Goyang gerudi seh makan puding ni. Cepat je abis sebab ada makhluk dah tapau puding ni. Buat puding ni bila baca kak yati US kena tag ari tu n terbaca dessert kak Yatie yang sedap ialah Puding Laici dangdut ni. So..ini lah hasil nya. Nak buat pun senang nak makan pun senang dan habis pun senang. Buat dalam bekas dadih n bila separuh beku saya letakkan buah laici sebiji setiap bekas. Memang sedap n sejuk je lalu kat tekak weh. Meh layan resepi yang saya copy dari umah KAK YATIE US. Terimakasih kak!!




PUDING LAICI DANGDUT
Source: kak hanieliza
Bahan-bahan
* 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
* 2 liter air
* 2 cawan gula (saya letak 1 1/2 cawan je)
* 2 tin laici (asingkan airnya)
* 1 tin susu cair

Cara-Cara
Masak agar-agar hingga mendidih.
Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
Kemudian sejukkan dalam fridge.
Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.



(*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)

9 comments:

Yatie said...[Reply to comment]

Salam Izah, wow sedapnya puding laici dangdut ni....baru nak mintak dah abes ya...buatlah lagi, antor umah akak ya....akak tunggu tau..

indahhouse said...[Reply to comment]

salam kak izah,
wah! cantik puding dangdut ni ada laici bertenggek. kita pun teringin nak berdangdut jugakla..hihihi..

Mas said...[Reply to comment]

sedapnya puding laici dangdut kalau makan masa cuaca panas, sejuk tekak kan,mesti izah gelek dangdut masa buat puding laici ni, he..he..

desperate mama said...[Reply to comment]

waaahhh.. sedapnya... kena try nih... biar hubby ku pengsan terkejut... hehehehehe

Acik Erna said...[Reply to comment]

izah..oo macam tu.ye..dah setengah beku baru masukan laici..akak masu laici dulu..patutu laici dok bawah..tak nampak laicinya..

izahdaut said...[Reply to comment]

kak yatie..
saya pun amik resepi dari umah akak tau..nak suh buat antar umah sifu plak..mana bleh cam ni..tak aci aa..

nurindah..
apa tunggu lagi nur..jom a kita berlaici dangdut..sedaaaap je lalu kat tekak fuuuh

mas..
hahhaa..memang gelek masa buat ni mas..tapi gelek dengan anak2 nak panjat kaki kita la..biasa la anak2 ni time mak kat dapur ..semuanya resah gelisah

desperate mama..
piza..ganas tul ko ek nak bagi hubby pingsan..ha apa lagi kasi pingsan dengan puding dangdut maa

kak erna..
hehehe..kakerna, saya pun try je, sebab ingatkan tenggelam juge, rupenye elok je buah tu bertenggek kat atas..

♥MAMASYAZA♥ said...[Reply to comment]

sedapnya....

izahdaut said...[Reply to comment]

mamasyaza..mmg sedap.saya rasa banyak2 dessert yang ni mmg saya suka

MadaM LaLa said...[Reply to comment]

sedapnyer...leh try ni!!!