CSS

Thursday, May 13, 2010

Nasi Ayam Goreng

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Ada tiga golongan Allah tidak akan menemui mereka di hari Kiamat dan tidak melihatnya pula, bahkan disediakan untuk mereka seksa yang pedih: orang tua yang berzina, raja yang menindas dan keluarga yang sombong."

Assalamualaikum..udah memikior nak masak aper lunch ni ker? Ataupun memikior nak makan kat mana kome? Mmmm pernah rasa nasi ayam goreng ni tak? Buatnya senang rasanya amatlah sedap. Buat untuk makan dinner kami dan kebetulan adik dari Kajang mai rumah langkah kanan la dia. Weii sedap sangat nasi simple macam ni, kata hubby saya 'kezambo betul nasi ni'. Kezambo tu ayat wah sedapnya..hahaha..Adik saya cakap macam rasa nasi arab pun ada bila ayam tu makan macam tu je kan. Kes malas nak wat sambal cicah dia sebenarnya sbab dah buat sambal terung dan udang. Ayam tu bila dah goreng pastu masukkan sekali masa tanak nasi tu, amboi haiii lembut sangat n rasa rempah nasi tu pun masuk kat dalam ayam tu. Terima kasih buat Tummy untuk resepi nasi yang mabeles ini. Dan saya terjumpa resepi ni dari kak Cik Manggis yang kata nasi ni sodap. Mintak izin n halalkan resepi ni nak copy kat sini pulak ye.





Nasi Ayam Goreng
dari: cikmanggis
asal: Tummy

Bahan-bahannya:

1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
1/2 cawan susu cair
sedikit kiub yam
garam lada hitam
daun ketumbar
2 cawan beras basmathi-cuci toskan (saya guna beras biasa cop bird of paradise je)



Cara-caranya:
Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan susu cair dan 5 cawan air.
susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.

6 comments:

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Izzahhh... bebetui 'Kezambo' pinjam ayat suami Izzah... he he he nampak syedaptu.. rajin tullah..masuk list...

izahdaut said...[Reply to comment]

erma..ni tak rajin sangat ni..kalau rajin ada rendang..ada gulai kawah..ada jelatah..ada coselaw..ahak ahak...kononn la kan.. ema mmg kezambo.kome mmg suka sebab ayam tu lembut sedap je..try buat ok..pasti SK mu kembang idung makan masakan mu

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ said...[Reply to comment]

tenkiu sudi kongsi resipi...nak cubalah nanti...hehe ari tu sy dah try buat ban kentang, tp x menjadilah, maybe pasal x uli lama or tepung tlebih..pasal adunan tu lembik sy dok tambah tepung..x perasan pesanan awak tu...hehehe...ingat sabtu ni nak try buat lg sekali... harap2 menjadi... hari tu wpun x naik sgt..anak sy suka makan...dia kata sedap... tu yg smgt sy nak try lg sekali...

nak tanya camne nak buat steamboat...selalu saya buat kuah sup je... ada x resipi yg mudah dan sedap....pasalnya hasben nak ajak member dia dtg umah sabtu ni...

ummu said...[Reply to comment]

salam Izah.
wah sedapnya ayam ni
geram nak memasak ni.:)

izahdaut said...[Reply to comment]

sue..tadi akak dah jawab kan..pasai steamboat tu akak pun tak penah try lagi..nanti kalu tau sumber ai bagitau okay

ummu..
ha apa lagi kalau dah geram tu..mari kita masak laa..

TopsyTurvyMum said...[Reply to comment]

salam Izah...

ni bukan resepi saya, dah check kat rumah cikmanggis tu...resepi dari Tummy :)

nampak sangat menarik...mesti dicuba jugak ni..:D