CSS

Monday, May 17, 2010

Bubur Lambuk

Dalam hadis Qudsi, Allah SWT berfirman: "Hai cucu Adam! Janganlah engkau melambatkan taubat, memanjangkan angan-angan dan kembali ke Akhirat tanpa amal. Berkata sebagai seorang abid namun berbuat seperti orang munafik. Jika diberi tidak menerima. Jika tidak diberi tidak sabar. Suka orang soleh tapi tidak termasuk mereka. Benci orang munafik tapi dia temasuk mereka. Dia perintahkan kebaikan tapi tidak melakukannya. Dia melarang kemungkaran namun tidak meninggalkannya."

Assalamualaikum..selamat pagi kengkawan.. Senyum senyum di pagi hari Isnin ye. MMmm harap semua sihat. Saya nak tayang bubur lambuk buat untuk kemasih hati yang sakit perut MC sampai dua hari. Rasanya sakit perut sebab makan sambal tempoyak pedas yang amat. Perut dah tak kuat nak mengadap lada yang pedas tu, natijahnya..mc laa.. So buat la bubur yang boleh duduk sesenyap dalam perut tu. Anak si kecik pun suka bubur ni. Tapi bebahan tak berapa nak cukup. Ikutkan teringin nak makan bubur lambuk terengganu style tu. Katanya boleh lagi sedap dari bubur lambuk kg Baru. Tapi tak pernah la lagi rasa Terengganu style tu. Ni saya buat ikut resepi yang saya jumpa dari blog resepi.iluvislam. tapi dari myresepi juge. Nak search kat myR tak leh load plak nak cari sapa post resepi ni. Jadi saya mintak izin pada empunya nye..terima kasih.



Bahan-bahan ( satu periuk untuk 4-5 orang )
sumber:resepi.iluvislam.com
(MyResepi.com)

1 cawan beras
3 cawan air
4-5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
2-3 sudu besar rempah kurma
sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
1 mangkuk daging/ atau lebih -ikut selera masing masing (dihiris nipis)
1/2 cawan santan
minyak untuk menumis
daun ketumbar (hiasan)
bawang goreng (hiasan)
garam & gula secukup rasa


Cara-cara:

Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga bunga lawang. Kemudia masukkan bawang, bawang putih & halia yang telah dia kisar bersama.
Bila dah naik bau, masukkan rempah kurma. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Masak hingga naik minyak.
Masukkan pula daging, beras & air. Biarkan bubur merenih sehingga daging dah beras masak.
Bila bubur dah masak..masukkan santan, rasa garam gula, & masak lagi sehingga mendidih.
Hiaskan dengan bawang goreng & daun ketumbar.

9 comments:

Yatie said...[Reply to comment]

Salam Izah,
Akak kalau teringin je, tak kira masa, buat je terus bubur lambuk ni....mmng sedapkan, telan je tak payah kunyah2...tup2 abes semangkuk, pastu tambah lagi..wawawa..mmng sedap..

Ada lagi tak...hi3 nak mintak semangkuk ni..

LENDANUAR said...[Reply to comment]

wah izzah..sedapya bubur lambuk..teringat pulak bubur lambuk mak lenda masak..leleh dah ni ayaq liur.....ngecuh...

MAS ( DUNIAKU ) said...[Reply to comment]

izah tahu tak, yang tak tahan ,tengok ikan bilis tu, rangup, memang kena dengan bubur ,

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Bubur...bubur...mmmm syedap tu.. bak kata mas selalau mkn time bulan pose... atau asyura.. nyum2 syedap.. ader lagi mai semangkuk zah..

izahdaut said...[Reply to comment]

kak yatie..
hehhee..memang kak yati..tak perasan bermangkuk mangkuk ditambah...dlm hati tak pe la bubur je nak tambah bebanyak kan..konon.. aipp kak yati nak semangkuk je? cukup ke nih..


lendanuar..
alamk..bubur airtangan omak lagi la sodap nyeee.. meleleh gak la kak

mas..
mas..mmg suka makan ddengan ikanbilis..lagi sedap kalau ada begedel..tambah sedap kalu ada meat ball lembut..tambah sedap kalu ada sambal kicap..makoii..kecur lak dahh

halamanku..
erma..sabo ma sabo...ooii ke bubur asyura ko ye erma..eh best gak bubur asyura weh.tapi tak le makan bermangkuk2..

indahhouse said...[Reply to comment]

salam kak izah,
Moga makin sembuh. saya pun suka bubur lambuk, style teganu... haish..teringat bulan pose :)

izahdaut said...[Reply to comment]

nurindah..
tu la akak pun teringin rasa terengganu style..ada banyak sayur kan..

shaniza said...[Reply to comment]

Salam..
Bubur ni kalau di Perlis dipanggil 'Moi'.. paling best makan moi sup, ada telur asin sekali. Kalau demam pun boleh selera makan moi..
Semoga cepat sembuh..

izahdaut said...[Reply to comment]

shaniza..
memang la namanya moi kan..betul betul kalau ada telur asin seedaaap sangat nih..ni pun mmg buat bebahan tak brapa nk cukup laa