Telah berkata Ibnu Abas ra, bahawa, "Seorang perempuan dari Khats'am datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku ini gadis yang telah dewasa dan aku ingin sekali berkahwin. Maka apakah hak suami itu? Rasulullah SAW bersabda:
"Hak suami yang ada pada isteri adalah jika suami menginginkannya maka ia tidak boleh menolaknya. Janganlah isteri memberikan sesuatu dari dalam rumahnya kecuali dengan izin suami. Jika isteri melakukan demikian , maka dia berdosa dan pahalanya untuk si suami. Termasuk haknya pula hendaklah seorang isteri tidak berpuasa kecuali ia telah mendapat izinnya. Jika ia lakukan (tanpa izin) maka dia hanya lapar dan dahaga sahaja serta puasanya tidak diterima. Dan jika isteri keluar dari rumah tanpa mendapat izin dari suaminya, maka para malaikat melaknatinya sampai dia kembali ke rumahnya atau bertaubat."
Assalamualaikum ..Dah mulakan minggu baru, hari isnin yang ceria. Kali ni nak tayang roti yang sangat mabeless ni. Sangat la teruja hati ini bila buat roti menjadi gebu lembut moist sedap dan paling penting anak dan suami suka....rasa sehari tu berjalan dengan indah dan tersenyum... Terima kasih teramat buat ROS yang pandai meroti tu. Belajar pandai2 pastu share dengan semua orang, terimakasih Ros, Allah jua yang membalasnya dan memanjangkan pahalamu dik. Saya buat roti ni kecik comel je sebab senang bebudak bedua tu nak pegang.
First time try buat roti macam ni dan saya letak inti coklat nutella. Bila dah kuar oven, gigit sikit roti tu nak rasa..waaaah..rasa cam nak melompat-lompat keriangan tau. Macam biasa roti ni saya letak sikit wateroux masa nak bancuh tu. Meh tengok resepi yang diamik dari Ros.
Bun Nescafe Excella filled with Chocolate
sumber:ros http://jintanmanis.com
Bahan-bahan:
180 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
3/4 biji telur
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin
1 1/2 sudu kecil yis
100ml susu segar
2 sudu besar gula
1 paket nescafe excella ( ros guna yang cecair, klu nak guna yang serbuk pun boleh)
3 paket mini toblerone coklat ( nak tukar dengan krim coklat nuttella pun boleh)
Cara-caranya
1) Kalau ade BM Pilih menu Dough dan On je, kalau takde campurkan kesemua bahan dalam bekas adunan kecuali marjerin dan uli sehingga menjadi doh.
2) Masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti dan boleh isikan inti coklat toblerone yang telah dipotong kecil.
4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan marjerin . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
5) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Gliss roti dengan baki telur+1\2 sudu kecil susu dan beberapa titik madu dan bakar selama 18-20 minit atau sehingga perang. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan marjerin.
6) Sejukkan roti di atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara, Sedia untuk dihidangkan dan amat sesuai untuk sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.
Nota Ros: Kalau takde Nescafe 3 in one bentuk cecair tu boleh guna 3inOne yang serbuk tu ataupun nescafe biasa je, cuma kena bancuh dengan sedikit air, supaya senang larut dan mudah sebati dalam doh nanti, jika tidak mahu letak inti coklat pun takpe, biarkan kosong sahaja. : )
Note Izah: Saya letak 1 1/2 sudu kecil nescafe + 1 sudu kecil serbuk koko dibancuh dengan separuh susu segar. Saya juga letak 3 sudu besar rata wateroux dan kurangkan sedikit susu segar.
8 comments:
Salam izah..
nak roti..nakkk..gebus n lembutkan..
anak2 pon suke mkn..
Selamat hari ibu buat Izah;)
Amboi izahhh..cantik gebu tertarik menarik mmg dabommm roti ittewww....kak D x pandai ler nk buat...mintak kat izah sket lah ye...hehe
Salam Dik....Akak dah muncul kembali ni...alahai dah bau roti sedap ni sampai Penang....nak sikit....rindunya...pada adik2 Akak semua....yang rajin2 memasak pulak tu!!terus rasa nak makan.....Miss you Dik....Salam Hari Ibu...and I know...you are ONE GREAT MUM!!
mummyseri..
mmg lembut, suke bla anak2 makan tu kira berbaloi buat. slamat ari ibu juga..
mamaD..
ala kak D tu tak mo try je.tangan kak D tu semua jadi je bila buat tau..plak2 tang kek mkengekkek ni.
Watierman..
kak wati..muah muah..miss u too.. slamat ari ibu jugak kat akka...akak la lagi great great mum sebab sronok tengok makann bekalkan untuk anak2 semuaa
amboi..meroti lagi ye, mas pun meroti hari ni, sejak letak wateroux, roti mas bertambah sedap dan lembut,,sukanya..nnti nak try roti nescafe izah la..
Waduh, tak tahan tengok roti Izah ni.
p/s : Terima kasihlah sudi terima award mama tu ye.
salam izzah.
brp kali dah akk masuk blog izzah ni sbb tertarik nak tengok bun nescafe yg gebu. geramnya....
mas(duniaku)..
oo yeke mas, bagus bagus..dah majuk setapak lagikan.try la wat roti ni pulak.pasti anak2 berebut bila inti coklat plak tu.
mamaFami..
mama, try buat n jadi mmg suke ma, kalu tak jadi tongsam la jawabnyee..ehhee
anis..
kak nis,hahhaa..jgan gitu kak nis, ce kak nis buat gerenti lagi menggebu dari saya ..
Post a Comment