CSS

Wednesday, May 19, 2010

Custard Raising Bun

Gambaran syurga, Allah berfirman, maksudnya: "Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka."-Ar Ra'd:35

Assalamualaikum.. ni nak cepat buat entry ni. Si kecik dok mengamuk je.baru je tertido..makan tak mau main pun tak mau. Asyik kemam mulut je. Check dalam mulut ada dua batang gigi lagi nak tumbuh. Tu agaknya tak selesa nak mamam tu. Pastu pulak, kejap tadi baru perasan seluruh kaki naik bintik-bintik merah. Tu tangan duk tergaru-garu. Kesian la dia...sesambil menggaru, mulut menyanyi teriakkan esak yang sungguh menguji kesabaran.. Sabarkan ku ya Allah..huhu..

Niha..roti bai dah mari..roti lalahoo..roti la lahoo..macam ni la sing kat kampung jerit time jual roti. Kecik-kecik dulu sing ni jual roti jalan kaki je, atas kepala ada tong beso warna putih macam-macam roti ada..punya la suka datang umah sebab adikberadik ramai duk berebut berkejar nak roti. Mak la dok jeling-jeling je. Sampai ada akak ku sowang tu jadi anak angkat dia. Hahaha..tak leh blah tull cerita bai jual roti ni. Uissh tadi nak cepat ni banyak lak melalut nye.



Ok layan resepi roti ni. Adunan ni dapat skit je la roti. Kalau skali hadap dah abis ni..baguss.. Amik resepi kat umah kak Hana. Ada jugak umah kak Ummi Kuantan dan banyak lagi. Asalnya kurang pasti lak. Tapi leh jenguk umah kak Hana ye.

Castard Raising Bun
Copy: Kak Hana
Bahan-bahan
75 gm tepung roti
75 gm tepung kek - hana gune tpg gandum je
1 camca teh yis
60 gm susu segar
1/2 biji telor
30 gm gula pasir
25 gm mentega

Bahan Kastad:
1 cam. besar tepung kastad
1/2 cam. besar gula pasir
85 gm susu segar
10 gm mentega
1 cam. teh esen vanila
20 gm raisins/mixed fruits - hana lebihkan
1/2 biji telor untuk sapuan


Cara-Cara
Untuk Kastad: (Boleh tuka filling red bean atau sebagainya)
Masukkan kesemua bahan kastad ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau dengan api perlahan sehingga pekat sedikit. Tutup api dan biarkan sejuk. Cover dengan cling film.


Untuk Bun:-
Masukkan kesemua bahan-bahan roti di dalam mixing bowl dan kacau sebati. Uli sehingga menjadi doh, elastik dan tidak melekat di tangan. (Atau kaedah lain, masukkan ke dalam bread machine, tekan setting doh, biarkan doh siap.) Setelah siap diuli, biarkan doh naik sehingga 2 kali ganda dalam masa 45 minit - 1 jam. Kemudian tumbuk2 kan doh untuk keluarkan angin dan rehatkan doh 15 minit lagi. Kemudian canaikan doh menjadi bentuk "oblong" dan sapukan kastad, taburkan raisins. Gulungkan seperti swiss roll dan potong ikut suka ketebalannya.. Susun atas pan yang telah digris dan biarkan doh naik sekali lagi. Sapukan bun dengan telor dan bakar pada suhu 180 deg. celcius selama 15 minit/hingga masak. Setelah masak, sapukan mentega agar bun kelihatan berkilat.

11 comments:

anymz said...[Reply to comment]

nak sikit izah..sedap nya

MAS ( DUNIAKU ) said...[Reply to comment]

teringin tengok roti izah, kena buat ni...

Watierman, rmanbkr said...[Reply to comment]

Salam Dik....hui...tergoda nak buat ni tapi kena sabar sikit...takut kejutan bill letrik hehehe!!!Comel2 lak tu!!

Miss you sis!

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

salam izah :) tinggi bonar izah letak roti2yg sedap tu,x sampai tgan den...nampaknyer cium bau je la :D

izahdaut said...[Reply to comment]

anymz..
kak anim..dah abih..nanti kak anim cube bagi saya ckeeet bekk

mas..
buat mas jgn tak buat..wateroux ada lagi kan?hehe

watierman..
kak wati bz lagi ke...hehe..saya pun sama.bil blan lepas agak mengejutkan sang somi...die tanya nape,saya jawab aircond kot..hehhe..miss u too kakak

deliah deli
hehhe..tingkat 17 tuu..tinggi..memang bagi bau jela.sebab dah abes pun.tapi kalau dah abes nak bagi bau apa ek..hehhee..aaa jap..bau menu lain lak la kan..

indahhouse said...[Reply to comment]

salam kak izah,
wahhh! menjadi betul custard raisin bun kak izah. saya nak tumpang minum petang la...hihihi

izahdaut said...[Reply to comment]

nurindah...
nur..buatla,,sesuai ni buat brekpes esok.akak buat ni skali hadap jee..kholas habis

TREAT AND TRICK said...[Reply to comment]

Salam Izah, sedap inti kasted ni, boleh kak cuba nanti...

♥LOVE2COOK♥ said...[Reply to comment]

Custard bun looks really delicious dear! mintakkkk ;)

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Izzah... fuh gayat mak.... tingkat beraper tu.. nak capai 2 ketui tu tapi...huh seram.. he eh he rajinnyer zah.. masuk list...syedap tu..

izahdaut said...[Reply to comment]

treat n trick..
ye kak..boleh try..boleh tengok umah kak hana lagi comel rotinya

lovetocook..
hikhik..ala love finish oready..nanti buat bagi kite skit ekk

halamnku..
cik erma ku cayang..mmg tinggin tau..mana nak dapat umah tinggi camni kat bangi..meh datang ampang meh..sesambil bawak bun ni