CSS

Saturday, May 1, 2010

Crab Stick Goreng Tepung

Rasulullah SAW bersabda, makudnya:"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali? Rasulullah SAW berkata:" selalulah ingat mati dan membaca Al Quran".

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Seseorang yang tiada sebahagian pun Al Quran di dalam hatinya adalah seumpama rumah yang telah ditinggalkan kosong."

Assalamualaikum..buat apa hujung2 minggu ni. Memasing ada je aktivitinya kan..

Ni saja nak tunjuk lauk lunch untuk anak-anak saya. Simple tapi sodap juge. Si kecik pun boleh habis satu pinggan nasi, opsss sesambil maknya menyuap anak, tersuap mulut sendiri lakss..hikhik. Sebenarnya lauk ni biasa je, semua orang pun pandai. Sesaja la kot-kot asyik masak special berempah je, tetiba nak makan simple, ni boleh mendatangkan idea.

Ni crab stick goreng tepung yang saya dapat idea dari Erma. Memang sedap buat makan kudap. Krupkrapkrupkrap ngunyah dah habis licin. Tapi saya bancuh ikut sesuka hati saya tepungnya tu. Tepung tu juga saya guna bancuhan untuk sotong goreng tepung. Cuma bezanya saya goreng crab stick ni tepung tu saya bancuh dengan air tanpa celup kat telur.


Jeng jeng..ini dia, sotong goreng tepung versi saya. Buat makan dinner last nite. Saya buat round2 rewang kat blog sifu sifu, semua pun ade resepi ni, tapi tak sure sama ke tidak sebab saya ikut sedap je buat ni. Tapi result nya sangat sodap, rangup dan berempah dan ditambah kemanisan sotong tu..mmm. Lepas dinner tu tergolek kenyang la kat depan TV pekena sotong ni..


Resepi pada sapa nak try walaupun ramai dah tahu pun.

2 sudu makan tepung gandum
2 sudumakan tepung jagung
2 sudu makan tepung beras
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar -saya sangai dan tumbuk halus
sedikit garam
sedikit kunyit
sebiji telur-pukul sedikit
sedikit lada sulah

Caranya: Bersihkan sotong dan potong bulat. Gaulkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan. Dalam mangkuk yang besar, satukan kesemua tepung bersama serbuk kari, jintan manis, ketumbar dan sedikit garam dan kunyit dan digaul rata. Kemudian masukkan telur ke dalam sotong tadi dan gaul sebati. Kemudian celupkan semua sotong tadi ke dalam bancuhan tepung, rata-ratakan biar sebati dan kesemua sotong dilumuri tepung. Goreng dengan meletakkan sepotong-sepotong sotong ke dalam kuali. Goreng hingga kekuningan dan garing.

Fuh! Ni cara nak senang dan cepat. Hikhik..


Ni pulak sup sayur dengan tofu lembut. Bebudak bedua tu suka sangap hirup sup macam ni sebab saaya buat macam sup special kat myR tu. Sedaaaap...Resepi sup ni bleh klik jenjalan kat myR tu.

6 comments:

MAMASYAZA said...[Reply to comment]

crab stick, akak penah cuba buat begedil, sedap gak, anak2 pun suka

izahdaut said...[Reply to comment]

oo bleh gak ye buat begedel..bleh cube nanti..

Yat Maria said...[Reply to comment]

salam iza...baik pun diletak resepi sotong goreng tpg tu..Yat kalo wat pakai hentam jer memang lah akan hentam jadinya..so ni leh copy resepi izah ya;)..sedap nampak sotong tu..

izahdaut said...[Reply to comment]

copy la cuba kyat..saya pun try hentam juge.tapi hentam agak2 jadi sedap plak kat tekak ni..tu pun agak2 je tu..terkurang terlebih bleh adjust nanti..

Sue @ Nenie said...[Reply to comment]

Salam, hari ni lauk celup-celup yaaaa...tapi best kannnn....kena pula ngan sup itewwwww

izahdaut said...[Reply to comment]

ha ah..mudah kak..sonang je..bebudak pung suke