CSS

Thursday, May 27, 2010

Mixed Vege Sausage Bun

"Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau." Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) niscaya kamu dapat melihat-Ku." Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu[565], dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pingsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman."-(7:143)

-Para mufassirin ada yang mengartikan yang nampak oleh gunung itu ialah kebesaran dan kekuasaan Allah, dan ada pula yang menafsirkan bahwa yang nampak itu hanyalah cahaya Allah. Bagaimanapun juga nampaknya Tuhan itu bukanlah nampak makhluk, hanyalah nampak yang sesuai sifat-sifat Tuhan yang tidak dapat diukur dengan ukuran manusia.

Assalamualaikum kengkawan.. Roti lagi? Ni gara-gara kak Hana blog berhantu tu la..tak pasai meroti lahi.hikhik..To Ira, jangan jemu ek roti lagi ari ni...muahaha. Roti ni sangat lembut gebus dan mulus. Macam yang beli kat bakery tu la. Bebudak ni pun suka rotinya lembut.



Boleh jenguk sini untuk tengok resepi rumah Kak Hana dan boleh terus tengok demo dari CikMatGebu. Saya turut tampalkan resepinya di sini.

Bahan-bahan
300 g tepung roti
60 g gula halus
5 g garam halus
10 g susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
2 camca teh instat yeast (mauripan)
30 g telur (pecah kan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang)
150 ml air
30 g mentega
Bahan lain
8 batang sosej ayam "ayamas", celur 5 minit, tos dan sejukkan
Mix vege secukupnya
Sos tomato secukupnya
Mayonnaise secukupnya

Telur untuk disapu (baki 30 g tadi)

Cara-cara:

UNTUK DOH ROTI :- Campur semua bahan2 untuk dok kecuali mentega, gaul hinnga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (kurang lebih 15 - 20 minit). Bulat2kan dah, letak dalam bekas dan balut bekas tadi dengan plastik bersih, biar 1 jam hingga doh naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 dalam Bread Maker, pilih setting untuk "DOH", tekan "ON" dan tunggu hingga siap.




-Saya uli tangan je, uli sampai tepung2 lembik tu dah tak melekat kat tangan. Adunan saya agak lembik jadi saya tambahkan 3 sudu makan tepung. Saya uli lebih kurang 20-25minit. Fuh bepeluh tap tap menambah perisa roti..kikiki. Mcm dalam gambo tu tunggu sejam mengembang. Bahagikan doh bulat dan saya dapat 9 biji tiap satu lebih kurang 70gm.

UNTUK MIX VEGE SAUSAGE BUN :- Keluarkan doh, tumbuk dan bagi kepada 8 bahagian sama besar (hana bg 35g setiap satu je), bulat2kan doh dan biar doh rehat 10 minit. Ambil satu doh canai memanjang sama ukuran dengan sosej tadi. Balut sosej dan kerat kepada 4 bahagian sama besar, kemudian kerat lagi supaya mendapat 8 keratan (seperti dalam gambar).




Pusingkan setiap belahan tadi ke kanan dan ke kiri sehingga mendapat bentuk macam dalam gambar. Alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Tekan sedikit roti, buat kaedah sama untuk baki doh dan sosej tadi. Biarkan 45 minit hingga naik.

Sapu dengan telur, tabur dengan mix vege dan paipkan mayonnaise dan kemudian sos tomato. Buat hingga siap. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebenuhnya sebelum dihidangkan.


6 comments:

MAS ( DUNIAKU ) said...[Reply to comment]

sosej bun dah gi rumah izah la,geram la tengok roti izah ni,gigit sikit..

indahhouse said...[Reply to comment]

salam kak izah,
ini dah bole buka bakeri kak... saya bawa nescafe, tumpang minum pagi... hehe...

anymz said...[Reply to comment]

nak buat la izah.hari ini anak2 balik dari asrama.bahan2 semua ada.jap gi boleh la start menguli.thanx for the idea izah

Ctnaemah said...[Reply to comment]

apesal akak buat tak jadi.. terpeleot roti akak..huhuhu

Azita Zain said...[Reply to comment]

hehehe...mmg berkenan ngn roti ni tp lum penah cuba lg. lps ni mesti nk buat. nk test skill buat roti cam gini lak....

izahdaut said...[Reply to comment]

mas..
apa lagi mas..u turn lak roti sosej ni..anak2 pasti suke

indah..
wah bakeri lagi tu..huii benkrap sebab anak2 je mkan..taktak utung..hihi

kak anim..
orait kak..nnti bleh ttengok hasilnya..mmg lembut n sodap

kak ct..
hoh napa lak ye..hihihi..lembik ke? saya pun ter jadi plak kali ni..kdg2 jadi kdgg2 tak jugak..try lagi kak..kasi tiup2 skit.

kak ita..
kak ita, sangat tak rugi cube roti ni.sebab mmg teryata kegebuannya,cube jgn tak buat